Satu hari pari-pari datang mengetuk pintu kamarku lalu berkata
"Akan aku tunaikan tiga permintaanmu."
Aku tanpa perlu berfikir panjang untuk mengira yang mana perlu aku pinta dahulu.1. Hantarkan aku ke satu daerah baru yang mampu aku bekerja tanpa dipijak kehendak manusia kerana aku selalu gagal memenuhi ekspetasi mereka dan emosi aku dalam ramai adalah asing.
2. Lepaskan aku dari segala belengu agar aku mampu tersenyum lagi dalam duniaku kerana aku letih mengharap harap dan memberi beri.
3. Biar aku punya ayah ibu lebih lama lagi. Terpaling lama. Kerana... Doa mereka terpaling ajaib.
"Adakah kau pasti manusia? Tidak kau mahu cinta dari sang jaka?"
"Cinta sang jaka tak teragung kasih ayah ibuku dan akhirnya aku akan kehilangan semua. Cuma yang aku tahu hidupku dan ayah ibuku adalah apa yang menerima aku walau kudis dikaki ku kian menghitam. Dan jaka bersama segala sempurna-sempurna, mahu-mahunya terlalu banyak yang perlu aku bayar. Taruhan yang terlalu tinggi. Kerosakan boleh jadi terlalu nyata. Aku belum cukup berani. Biarkan saja Sang jaka menjadi urusan Tuhan. Aku tak mahu campur tangan. Dan tidak juga sepatutnya kau."
"Kau seperti menghinaku."
"Adakah kau tuhan wahai pari-pari?"
"Tidak."
"Jadi kenapa perlu kau pertikaikan? Bukankah kau hanya mahu tahu apa yang aku mahu? Laksanakan saja tugasmu."
"Ya baiklah, aku akan lakukan tugasku."
Lalu terus si pari-pari menghilang aku cuba mengejarnya namun sia-sia.
"Aku sudah melakukan tugasku. Dan kini kau perlu lakukan tugasmu manusia."
Satu suara berbisik di telingaku tanpa figur. Lalu semuanya gelap dan aku terjelepuk di lantai kamar mengusap kudis di kaki kananku. Pedih.