Hari Tujuh Puluh Empat

31 0 0
                                    

Jika usia aku panjang,
Berpeluang merasa tua.
Aku harap aku tidak tua dengan sekadar menanti saat ucap selamat tinggal kali terakhir.
Aku mahu terus sibuk dengan apa sahaja.
Sehingga saat itu sampai, aku terus pergi tanpa perlu tunggu.
Aku tidak punya kesabaran menunggu. Ya aku tidak sabar.
Aku tidak mahu menanti sambil mengenang hal hal lalu.
Ia cuma buat aku lebih derita dari berhadapan jemputan Izrail.
Aku hanya mahu hidup waktu itu. Ketika itu.
Aku mahu sentiasa sibuk supaya aku tidak perlu meratap kisah kisah aku yang tidak diendah.
Aku mahu terus bekerja biar saat itu nanti aku akan benar mampu berehat panjang.

Tidak kiralah saat bila waktunya.
Semoga aku tidak kekal terkurung dalam mana mana kotak konkrit.
Seperti aku benci pada menanti.
Moga aku tidak berkesempatan mengasihani diri.

GusarWhere stories live. Discover now