Hari Terakhir

19 2 0
                                    

Jika hari ini adalah yang terakhir untuk aku bicarakan tentang dia
Izin aku ceritakan semua
Semuanya.
Walau aku sendiri buntu dari mana detak jantungku hilang nada.
Ini cerita aku sampai berkali kali
Saat aku mahu mereka semua tahu
Debar aku benar
Ini adalah takdiran tuhan
Dan aku juga tahu itu adalah denial yang aku tidakkan
Namun biarkan saja kau menjadi kenangan terindah ku
Peneman saat merindu
Penguat saat jatuh
Masa depan pada masa laluku
Mungkin pada aku kau istimewa
Setiap bicara dalam bahasa yang cuma kita tahu
Pada aku itu tiada bandingnya
Cuma aku yang tersalah kira kira
Cuba menghapus batas dan mengait angan ke luar jendela.
Cukuplah sampai di sini, tidak perlu lagi aku menanti pada yang tak pasti
Jika kau tanya pada mahu ku paling jujur tersudut paling dalam
Mahu saja akan melontar jelas
Tentang kau yang hadir tiap lenaku saat resah
Saat kau yang menepuk bahu ku dari jauh tika jatuh
Saat kau yang mendengar bisik suara senyap ku.
Tapi mungkin kerana hanya kau yang aku biarkan ada
Atau mungkin kerana hanya pada kau aku yang jujur mahu dengarkan
Aku selalu pura pura tak apa
Selalu aku cuba lepaskan
Satu langkah kau kembali mendekat
Lalu aku liarkan imaginasiku
"Ah mungkin ini bisikan tuhan,"
Saat benar itu cuma nafsuku
Cuma ego defensif ku
Cuma material yang aku hargakan kamu
Kau adalah kesilapan remajaku
Aku sudah hanyut terlalu lama
Sudah terlalu dalam
Aku perlu kembali ke pesisir nyata
Cukup untuk aku terima kasih atas momen momen istimewa
Cukup untuk senyum senyum dan ketawa ketawa
Jujur aku sudah penat
Penat meneka neka
Pada hal yang aku sudah jelas jawapannya
Aku cuba untuk menolak realiti ini
Tapi siapa aku untuk menolak jalan hidupku
Aku sudah tak mahu bicara
Kerana tiap kalinya,
Titik titik harap masih berbunga
Aku tak mahu dibaja lalu mekar lagi
Cukup aku simpan cerita kita
Senyum kamu dan gelak aku
Dalam sebuah buku nota yang aku ceritakan tentang harapan
Dan kita berdua pada mahuku.
Izinkan aku pelan pelan mengundur diri
Kau terlalu tinggi untuk aku capai
Terlalu jauh untuk aku kejar
Tidak selayaknya aku biarkan
Sejak dari titik mula
Di rumah lama ku bersama senyum dan getar yang kali pertama menjengah tenangku juga selesa lagakmu
Di akhir laman kamu dan kau ceritakan tentang kali pertama dengan yang paling dekat.
Semuanya masih jelas.
Masih terpendam dan aku biarkan disitu
Tak perlu lagi disentuh.
Lebih baik aku yang berlalu
Sebelum aku dipaksa pergi
Dengan bahagia kamu dan dia.
Yang bukan untuk ku bukan untuk ku.
Doakan aku teruskan
Walau aku tahu kau sudah tidak di situ
Sesungguhnya masih tidak mudah.
Selamat tinggal
Engkau yang tidak aku namakan
Pada mana mana puisiku
Sesungguhnya menamatkan yang tidak pernah bermula itu paling sukar.
Hari ini aku mengiakan rasaku
Supaya terus pantas berlalu dan melupakan.
Sudah
Cukup
Untuk dua belas tahun ini terima kasih.
Kita sudah dewasa.
Terima kasih kerana menjadi peneman mencari kematanganku.
Izinkan aku berlalu dengan putus asa.

GusarWhere stories live. Discover now