Hari Satu Ratus Empat Puluh Sembilan

12 0 0
                                    

Ternyata aku pernah terbayangkan wajah kamu mengetuk pintu hadapanku
Tersenyum dan menghulur jemari mu.
Mata kita saling bertautan bibir kita membisu tanpa suara.
Melihat kamu di mata ku sahaja sudah cukup buat aku lupa waktu berdetik dan bumi berputar.
Segalanya bagai lumpuh mungkin hilang juga kaku.
Getar jantungku sudah hilang rentak normal sampaikan juga hela nafasku terlalu pantas untuk aku hidu dan bertenang minit seterusnya.
Cukup aku dan kamu sahaja saling mendengar suara-suara tak terzahir tidak didengar bisa difaham.
Ternyata ini hari paling aku tunggu juga ternyata ini hari yang aku jumpa tiap malam tika tidurku kau menjengah aku yang sedang bermimpikan kamu.

GusarWhere stories live. Discover now