Jam 9.44 malam. Dah ambil tempat landing atas katil. Esok Isnin jadi perlu tidur awal bimbang terbabas. Hujan sedang turun lebat. Sejuk menggigit dalam selimut selubung. Menanti katup.
Sementara tu aku mahu titipkan surat buat seseorang moga letih menulis nanti aku bisa tidur lena.
Kehadapan seseorang,
Aku sedang menanti seseorang yang aku tidak pasti adakah kamu atau tidak. Seseorang itu aku perhati dari jauh. Dan hadirnya kadang buat aku tersenyum tanpa bicara. Aku sendiri tidak yakin sejauh mana aku benar pasti yang aku tunggu dia. Kerana puas aku mencari korelasi tapi tak jumpa.
Kepada seseorang yang mungkin bukan kamu. Aku sering merayu-rayu pada Tuhan agar hati aku tidak terlajak kira menuntun yang bukan-bukan lebih dari perlunya. Dan dia adalah sempurna yang entah bagai mana benak aku bisa tercuit. Mungkin kerana kesepian yang ditinggalkan oleh teman lama buat aku mencari sandaran sementara agar aku bisa melupa. Cukup aku kata dia terlalu sempurna sehingga menjadi mustahil buatku dan aku sudah seringkali mengingatkan hatiku. Ada ketika dengan teguh aku yakin dia bukan untuk aku. Sudah Tuhan aturkan yang terbaik buatnya dan yang terbaik itu bukan aku. Yang aku alami kali ini cuma dilema terbawa-bawa rasa remaja ; sementara dan tidak kekal. Namun, kadangkala hati cuba menyangkak cuba menduga tentang bagaimana aku nanti terima saat yang terbaik untuknya tiba. Aku kembali hilang keyakinan seketika. Aku tak pasti yang rasa ini apa. Pada dia atau siapa dia. Atau sebenarnya sekadar pemuas kepada keinginan sempurna dia buat aku berbangga-bangga. Sungguh Tuhan untuk kali ini aku tidak tahu.
Kehadapan seseorang
Aku seupaya menapis raksa meliar agar nanti aku tidak terjatuh duduk lagi. Puas sudah aku menepuk nepuk tangan sebelahan sunyi benar tidak bernada. Sudah puas sudah serik.
Kepada seseorang yang mungkin dihantar Tuhan bagi menjawab segala selirat rasa,
Maafkan aku kerana pernah rasa terlalu mahu pada seseorang yang bukan kamu. Dan jujur aku kata saat tulis ini aku masih berharap yang aku beri baca dia. Maafkan aku kerana aku ini terlalu lemah untuk seketika ini mengalah. Namun, kepada seseorang jika satu hari nanti saat kau bacakan ini dan kau bukan dia tahulah aku, dia adalah kesilapan laluku kerana mahuku. Jujur aku dia adalah masa laluku dan masa depanku adalah kamu. Kau juga adalah jawapan buat persoalanku pada Tuhan kini aku sudah tidak menyoal lagi.
Dan jika kamu adalah dia, jujur aku tak berani memikirkannya. Keranan inginku terlalu liar dan engkau adalah sempurna.
Jika aku tidak ketemu pada salah satunya. Maka tahulah kamu seseorang yang sedang membaca, Tuhan telah rencanakan hatiku hanya buat DIA. Dan bahagiaku bukan pada keduanya.
Sekian,
Dari aku yang sedang memikirkan seseorang dan cuba untuk tidak fikirkannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gusar
PoetryCatatan pendek sebab ada kala aku terlalu malas walau untuk satu titik
