Hari Lima Puluh Tiga

79 2 0
                                    

Memandu keluar rumah.
Latar langit dengan bayang pokok terasa mahu berhenti di tengah jalan yang punya hanya satu laluan. Di tengah kerana di tepi ada menereposok kereta ke lembah jahanam.
Ah terlalu banyak yang aku suarakan tadi. Sungguh ia bukan sesuatu yang boleh kau tahan. Terlalu berharga dan kemungkinan akan buat kau kehilangan. Ah celaka.
Seperti mak cik yang masuk ke simpang tanpa signal mahu isyarat tangan. Semoga mak cik bertaubat dan berjalan kaki.
Seperti kereta yang membawa pekerja ladang dengan terlalu laju sehingga mahu aku buka pintu dan membantu fungsi brek menggunakan kaki tanpa inertia.
Di bawah laluan ranting pokok dan buluh yang membentuk gerbang yang beberapa dengan ucapan sila pergi dari sini. Cuma aku sahaja terlalu degil untuk menebus masuk. Mungkin aku sedang menipu.
Di sambut najis najis haiwan ternakan yang bebas berpeleseran. Di elak elak namun tetap terpalit. Ah ayah kata tugas aku perlu sabar. Ayah terlalu sabar dan aku tidak mewarisinya.
Adrenalin aku laju. Kerana aku masih ingat beberapa walau lebih sedap suara fikiranku. Dan suara bibirku sumbang.
Honestly nobody want to grow up. Yeah seriously Sona One. Aku setuju.

GusarWhere stories live. Discover now