Ada masa aku hanya mahu lihat bulan yang mengejar saat aku berlalu
Ada masa aku hanya mahu dengar desir ombak menghempas pantai dalam bicara yang tak kan pernah difaham.
Ada masa aku hanya mahu sendirian tanpa menjengah waktu terang mentari diganti pekat malam, berapa banyak bintang malam ini berapa terang bulan hari ini gagal menarik perhatianku.Seperti ada masa aku mahu menjadi sesuatu dan adakala aku hanya berbaring menghadap siling. Atau diteman cecair ditubir mata.
Adakala aku mengagak-agak bagaimana hari terakhir aku nanti.
Adakala aku berangan-angan jejaka berdamping di atas pelamin raja sehari.Adakala aku terlalu kecewa
Adakala aku berdiri dengan luka yang masih bernanah
Adakala aku tertawaSegala kemungkinan, pengharapan dan penantian semakin terpilih
Lingkup mengecil
Kerana masa sekadar detik dan usia adalah angka
Aku tak hidup kerana keduanya.
Tiada apa yang perlu dikejar.
Hanye bergerak dalam satu laluan yang perlahan-lahan aku tentukan.
Bergerak. Ya bergerak.Antara semuanya. Yang aku perlu lakukan adalah bergerak.
Ke lombong, gaung, laut, pantai, lembah, gunung pasti setiap perjalanan punya rencana.
Kerana DIA tak pernah sia-sia.
