Hari sembilan ribu satu ratus dua puluh lima

54 0 0
                                    

Waktu sedia segala kemungkinan terpaling tragis.
Di satu detik sama tetap menyandar bahu terpaling selesa
Pada harap bait bait pohon menebak hijab
Ketemu lapis atas tujuh.

Tuhan, ruang lingkar aku kuncup,
Bingit ukur bibir melirik menggoncang raksa
Benar dikata kata apa makna ada jika tiada bukan apa-apa.

Untuk hari sembilan ribu satu ratus dua puluh lima menatap wajah dimamah usia
Sedia terima sukar jerih memberi dewasa itu lebih punya harga.
Kini aku sedar aku bukan apa apa siapa siapa. Kerana rindu aku juga sia-sia. Jadi perlu apa lagi aku tunggu

Hari sembilan ribu satu ratus dua puluh Lima
Tuhan mengajar aku cuma simpan rasa jangan dibiar percuma
Enteng pedih.

Peluk saja syurgaku menatap terus wajah dan lirik mata itu. Kucup detik ini lama lama
Agar nanti tidak juga aku sebal merindu
tertinggal.

Untuk hari ke sembilan ribu satu ratus dua puluh Lima. Terima kasih syurgaku.
Segalanya.
Sungguh aku masih lagi yang gagal.

GusarWhere stories live. Discover now