Aku hidup dalam dunia yang berada ditengah-tengah antara normal dan abnormal.
Tidak terlalu normal tidak jugak terlalu abnormal.
Aku memilih untuk berada diantara keduanya.
Kerana berada disalah satu antaranya adalah norma dan dunia aku adalah sesuatu yang asing.
Seperti aku kerja atas kerana tanggungjawab dan aku sebal atas kerana terpaksa.
Dunia yang aku diami absurd.
Seperti aku rindu pada gelak ramai tetapi aku terlalu selesa sendirian.
Ruang waktu aku terpisah. Antara peribadi dan formaliti.
Aku hidup dalam semua yang tidak pasti dan aku persoalkan tetapi tetap aku langgarkan tanpa perasaan. Hidup aku bagi mereka hanya lapisan kulit yang aku benarkan mereka intai jenguk dan hidup aku untuk mereka adalah segala apa yang aku simpan dibalik sela rantai nyawa dibalik alir keringat dan darah.
Yang kadang kala aku sendiri tak pasti ada.