Aleesya Farhanah yang berusia 25 tahun telah menamatkan pembelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sarjana muda teknologi maklumat dan pejabat. Selaku anak sulung daripada 4 adik beradik,dia berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengaminkan segala doanya siang dan malam untuk membahagiakan keluarga tersayangnya.
"Weh Ana,kita kan dah habis konvo so lepas ni kau cadang nak apply kerja kat mana? Ambik dalam bidang yang sama tak?",tanya Aisyah Sofea iaitu rakan karib Aleesya Farhanah semasa di zaman universitinya. Walaupun Aisyah Sofea merupakan anak kepada seorang usahawan terkenal iaitu Dato Syed Azraai,namun dia tidak pernah menjatuhkan status Aleesya Farhanah yang hanya anak kepada seorang petani di kampung.
"Emm sebenarnya aku ada apply kerja sebagai setiausaha dekat syarikat A.H Holdings. Kau doakan aku dapat tau"
"Insha Allah dapat punya. Nanti kalau kau dah jumpa jodoh dekat syarikat tu jangan lupa hantar kad kahwin dekat aku ye? Mana lah tau dapat pikat CEO yang handsome and smart ke kan hehe"
"Ishhh apa kau mengarut ni? Mana tau CEO syarikat tu dah tua kerepot lepastu nyanyuk macam mana? Hm habis la mak aku dapat menantu sebaya hahahaha"
"Alaaaa betul apa aku cakap. Kau ni sah tak selalu khatam novel melayu. Novel melayu semua cerita pasal CEO yang kiut miut fall in love dengan secretary dia sendiri tau. Lepastu happily ever after. Kau tak nak ke macam tu?",usik Aisya Sofea
"Hahaha banyak la kau punya kiut. Entah entah girlfriend kiri kanan. Tak pasal pasal aku kena jadi PA girlfriend dia sekali. Life orang kaya majoriti banyak macam tu kan",jawab Aleesya Farhanah.
"Ehh ehh kalau dah jodoh tak kemana. Kena terima jugak weh. Takpe lah,aku sebagai kawan baik kau yang cantik dan comel ni akan selalu doakan kau dapat jodoh yang baik comel handsome dan yang paling penting sekali terima segala kekurangan dan kelebihan kau seadanya",pujuk Aisyah Sofea kepada rakannya.
"Amin ya rabbal alamin. Aku tambah sikit so that Aisyah Sofea could be aunty for my cutie children. Ecewahhh berangan hahahaha",ketawa Aleesya Farhanah terbahak bahak.
"Yela tu. Aku buli anak kau cukup cukup nanti hahahaha baru padan muka. Okayla,aku chaww dulu eh? Mak aku suruh balik awal hari ni sebab nak aku temankan dia shopping nanti. Kau jaga diri tau. Hati hati drive. Assalamualaikum, pamit Aisyah Sofea lantas berlalu pergi meninggalkan Aleesya Farhanah sendirian di restoran itu.
"Waalaikumsalam",balas sepatah oleh Aleesya Farhanah lalu mengambil kunci kereta di dalam tas tangannya untuk beransur pulang ke rumah sewanya di Shah Alam. Dia tinggal di sana bersama Aina yang juga merupakan teman universitinya semenjak diploma lagi.
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...