"Oh sh*t. Dah lewat ni. Semua ni Lab Chemistry tu lah punya pasal." Kata Lena sambil memandang ke kiri dan ke kanan.
Keadaan jalan raya pada ketika itu sudah lengang. Manusia- manusia yang besusah-payah membanting tulang mencari sesuap nasi pun sudah pulang ke rumah. Sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi.
'Mohon lah jangan ada apa-apa yang tak baik terjadi.' Lena menadah tangan sambil melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang. 'Cis! Bulan mengambang pulak.'
Lena mempercepatkan langkahnya. Tangannya menggengam beg 'Jom Masuk U'nya dengan erat.
Lena mengaku dia memang seorang yang penakut. Hendak ke tandas pun dia kan mengheret sesiapa yang dikenali untuk menemaninya.
Inikan pula berjalan seorang diri pada malam-malam begitu. Lagi lah menakutkan. Lantas dia menyesal stay di makmal Kimia sehingga lewat malam.
"Ni semua Prof Wee Kiong la punya pasal. Cerewet nak mampus! Nak lab report macam tu lah, macam ini lah."Dia mula mempersalahkan Professor Kimianya itu.
Padahal dia tahu memang salah dia. Ego di dalam diri memujuk agar tidak mengaku dan menuding jari ke orang lain.
Dia juga seperti student universiti yang lain, suka sangat bertangguh, buat kerja last minutes, kemudian menyesal. Well, student's life lah katakan.
Jarak di antara rumah sewanya dengan universiti hanya mengambil masa selama 10 minit kalau berjalan kaki. Lena sudah berkali-kali membuat rayuan memohon asrama universiti namun rayuannya ditolak.
Atas alasan mata meritnya kurang. Sebab? sebab dia kurang aktif. Obviously. Dia bukannya pelajar aktif plus popular di universiti awam itu. Atlet lagi lah jauh menyimpang. Bau-bau bacang pun tidak.
Sebaliknya Lena merupakan pelajar yang kerap menghabiskan masa di perpustakaan. Selalu berseorangan di tingkat paling atas.
Tetapi dia bukan lah pelajar yang begitu asyik menghadap buku 24/7. Nerds. Tak, dia bukan budak nerd, yang berpakaian pelik dan berkaca mata besar.
Sebaliknya dia menghabiskan masanya di perpustakaan atas dua sebab. Yang pertama, sebab sejuk, dan yang kedua, untuk tidur.
Ya, dia teramat suka tidur di perpustakaan berbantalkan buku. Kaki tidur si Lena ni.
"Oh nenek kau hijau!" Tidak semena-mena kakinya tersepak sesuatu lalu dia melatah.
'Hai, melatah lagi. Nenek punya pasal lah ni. Duk melatah sangat. Kan dah berjangkit!'
Lena yakin sikap melatahnya itu dijangkiti dari neneknya. Dia memang kerap melatah sejak dia tinggal bersama neneknya, yang juga kuat melatah. Blame the grandmother, people.
Neneknya kalau melatah, lagi lah teruk. Sampai berjoget-joget! Kadang-kadang terkeluar lagu Hindustan.
Lena memandang ke bawah mencari benda yang disepaknya tadi. Matanya membulat setelah menyedari 'benda' yang disepaknya itu rupa-rupanya seekor katak. Katak yang bergerutu.
Geli geli geli!
Apa lagi. Pecut lah si Lena ni. Kalah Usain Bolt rasanya. Lari kemain!
Dulu apabila disuruh masuk acara lari, kemain mengelak. Macam-macam alasan. Sakit buku lali la, sakit jari hantu la, sakit anak tekak la. Adakah patut?
Setelah jauh dari tempat tadi, dia memperlahankan langkahnya. Tangan kanan mengurut-urut dadanya manakala tangan kirinya mengelap peluh di dahi. "Fuhh....Kus semangat."
Hati Lena terasa sedikit lega. Dia semakin hampir dengan rumah sewa yang dikongsi bersama 7 orang lagi rakan sekuliahnya. Dia kini melintasi taman permainan di kawasan rumah sewanya.
"Arghhh!"
Badan Lena jadi kaku. Bunyi apa tu??
Dia cuba memberanikan diri untuk melihat di sekeliling. Namun dia tidak nampak sesiapa pun. Kemudian dia cuba untuk menoleh ke belakang.
'Ish! Bahaya ni. Orang kata kalau kes-kes macam ni, JANGAN PANDANG BELAKANG. Nak toleh ke tak, nak toleh ke tak ni!' Lena dilema.
Dia merasakan bulu-bulu romanya meremang. Orang tua-tua kata kalau bulu roma meremang ni ada 'benda' berhampiran kita. Setahu Lena, kawasan rumah sewanya itu bukan kawasan yang 'keras'.
Tiba-tiba dia teringat akan kes penculikan kanak-kanak bernama Nureen yang berakhir dengan tragedi dua minggu lepas. Kanak-kanak itu dijumpai oleh pihak polis dalam keadaan yang menyedihkan setelah operasi mencari selama seminggu dilakukan. Tragedi yang menimpa kanak-kanak malang itu mendapat banyak perhatian dan simpati orang ramai.
'Takkan roh budak tu pula. Aku tahu la dia tak aman mati macam tu tapi mohon lah pergi jauh-jauh.' Lena berharap. Dia jadi takut. Nak terkencing pulak rasanya!
'Aip. Masa ni lah pundi kencing nak penuh!'
Dia tekad untuk meneruskan perjalanannya dan tidak ambil peduli akan bunyi yang didengarinya. 'Lagi cepat aku jalan, lagi cepat aku sampai.' Getusnya.
Tangannya menggenggam beg sandangnya dengan lebih kuat. Namun sebaik sahaja dia melangkah sebanyak dua kali, dia terdengar lagi bunyi itu lagi. Kali ini lebih kuat.
"T-tolong."
Siapa tu? Hantu? Hantu mana mintak tolong? Manusia? Harap-harapnya lah.
Setelah menghabiskan masa selama beberapa minit berdebat dengan diri sendiri sama ada mahu memeriksa di kawasan semak tersebut atau tidak, dia mengambil keputusan untuk pergi memeriksa kawasan semak tersebut.
' Mak aih!'
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang lelaki yang berlumuran darah terbaring di sebalik semak-samun itu.
Tahap terkejut yang dialami Lena sudah sampai level tertinggi sehinggakan mulutnya ternganga luas lalu membentuk seperti huruf O.
Sungguh dia tidak menduga untuk melihat keadaan ngeri seperti itu pada malam ini. Tidak pernah terlintas di fikirannya mahupun di saraf-saraf di otaknya untuk merasakan pengalaman seperti itu.
Otaknya kini menghantar gelombang ke seluruh badannya dan memberi isyarat panic attacks! ke seluruh saraf-saraf di dalam badannya.
Dan tanpa membuang masa, Lena menjerit sekuat hatinya. Menjerit macam dalam filem-filem seram tu, kuat dan nyaring!
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...