Bab 24 - Bayangan

5.3K 363 6
                                    

Rem melambai-lambaikan tangannya di hadapan Lena. Sah perempuan ni sedang berangan lagi!

"Hoi. Kau dengar tak apa aku tanya ni?" kata Rem menyedarkan Lena dari lamunannya.

"Dengar." Jawab Lena.

"Jadi?" Tanya Rem, kurang sabar. Dia sebenarnya gugup nak mati ni!

"Erm...Entah." jawab Lena acuh tak acuh. Dia menjawab tanpa melihat ke arah Rem, dan hanya memandang rumput.

"Entah?"

'Eh minah ni. Orang tanya betul-betul ni. Dia jawab memain pulak. Kau tak tahu betapa payahnya aku nak cakap ayat tu?' getus Rem.

Lena pandang Rem dengan perasaan bersalah. Macam mana dia nak explain pada Rem ni?

"Rem, secara jujurnya...I'm afraid. Of relationships. Saya takut..you know, suatu hari nanti.. mungkin..mungkin benda ni tak jadi. You know what I mean, right?"

"Yeah. I understand. Kau takut relationship ni terbengkalai di tengah jalan, macam tu?"

Lena mengangguk.

"It's no big deal. Kalau relationship ni tak menjadi, di mana aku harap sangat lah tak akan jadi macam tu, we can still be friends. Okay?"

Lena teringat akan ibu dan ayahnya. Dia dah nekad, tak mahu jadi seperti mereka. Mengikat jiwa dan raga bersama hingga ke jinjang pelamin, namun berantakan di saat dia baru hendak mengenali huruf dan abjad.

Setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya Lena pun menjawab. Walaupun otaknya berkata tidak, namun hatinya mengatakan sebaliknya.

"Okay." Lena mengangguk setuju. "Not JUST friends. But BEST friends. Deal?"

"Deal." Balas Rem. "So, I guess your answer is Yes?" dia mengaru belakang lehernya. Awkward.

Lena tersenyum. "Yes."

"Great!" kata Rem dengan gembira. Ah, indahnya dunia!

"It's official then. Hari ni adalah hari yang paling bersejarah. Jadi,nak bagi hari ni bertambah bersejarah, nah." Kata Rem lalu menghulurkan hadiah dari ibunya tempoh hari kepada Lena.

Hati Rem lega. Akhirnya dapat juga dia memberikan hadiah pemberian ibunya kepada Lena. Kali ni tiada lagi gangguan macam tempoh hari.

"They also said, you can find a true love, through this. Isn't exciting?"

Rem teringat kata-kata ibunya. Ya, dia rasa excited. Rem tak kisah sebenarnya jika benda ni semua palsu. Tak salah kan kalau dia cuba. Lagipun tak cuba, tak tahu kan?

"Apa ni?" tanya Lena, melihat sebuah kalung lama di tangan Rem. Terkejut dia. Benda apa yang berkarat-karat tu?

"Hadiah hari lahir dan hadiah as my girlfriend."

'Whoa. Antik gila hadiah dia.Hurmmm ambik je la.' Kata Lena dalam hati.

"Er...thanks. What a...wonderful gift." Lena buat-buat suka dan happy. Nak ambil hati.

Namun sebaik sahaja Lena mengambil kalung lama tersebut, tangannya dan tangan Rem bersama-sama memegang kalung tersebut.

Tindakan mereka itu menyebabkan cahaya dan bunyi nyaring tiba-tiba keluar dari kalung tersebut. Kedua-dua telinga Lena dan Rem berdesing dengan kuat akibat bunyi nyaring dan kepala mereka sakit teruk.

Lena memegang kepalanya. Sakit yang amat. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia nampak Rem sudah terjerit-jerit kesakitan. Di saat Lena rasa macam nak pengsan, dia ternampak dua bayang-bayang hitam. Dia yakin Rem juga nampak apa yang dia nampak.

Bayang-bayang tersebut kemudian bertukar menjadi imej seorang lelaki dan perempuan muda yang Rem dan Lena langsung tak kenali. Siapa mereka?

Rem dan Lena nampak lelaki dan perempuan tersebut kemudian ketawa bahagia, seperti sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

Kemudian scene bertukar. Kini mereka nampak lelaki tadi cedera parah dan berada dalam keadaan nazak, manakala si perempuan sedang menangis tersedu-sedu.

Perempuan muda itu kemudian memangku kepala lelaki tadi di pangkuannnya, sebelum dia meletakkan tapak tangannya di atas dada lelaki tadi sambil mulutnya berkata sesuatu yang Rem dan Lena tak faham maksudnya.

Dengan secara tiba-tiba luka-luka lelaki muda itu hilang, dan dia kembali sihat. Pada masa yang sama, di sekeliling perempuan muda itu mula dipenuhi dengan aura-aura hitam. Langit yang cerah menjadi mendung. Mata perempuan muda tadi kini bertukar hitam.

Lelaki tadi cuba memanggil si perempuan. Namun, tanpa diduga, perempuan tadi secara tiba-tiba mengeluarkan asap-asap hitam dari tapak tangannya. Asap-asap hitam itu mula mengelilingi si lelaki.

Lena dan Rem dengar lelaki tadi menjerit kesakitan. Lena dan Rem tak nampak apa yang berlaku pada lelaki tadi kerana asap hitam menutupi badannya. Tapi apa yang pasti, mereka tahu lelaki tadi sudah pun mati.

Perempuan tadi pula seakan baru tersedar dari tindakannya. Dia melihat lelaki yang sudah tiada itu dengan penuh sesalan, lalu menjerit sekuat hatinya. Jeritan perempuan tadi terlalu nyaring, mengakibatkan telinga Lena dan Rem kembali berdesing-desing. Kali ni, dua kali ganda lebih kuat dari yang pertama tadi.

Tak tahan dengan bunyi desingan yang kuat, Lena memegang kedua belah telinganya, menjerit sekuat-kuat hatinya.

Kalung yang dipegangnya bersama Rem jatuh ke rumput. Lena nampak secara samar-samar Rem rebah sebelum dia juga rebah bersebelahan Rem. Dan keadaan pun menjadi gelap. 


P/s: Ada orang kata, kalung lama tu dah lah berkarat, berhantu pula tu! Hahaha.

MerahWhere stories live. Discover now