Bab 16 - Kawan

6.3K 442 44
                                    


Lena terjaga dari tidurnya. Perlahan-lahan dia menguap sambil mengeliat malas. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan, memandang keadaan sekeliling. Dia kini berada di atas sofa di ruang tamu rumah neneknya.

'Eh, kenapa aku boleh tertidur kat sini pula?'

Sedang dia asyik memaksa otaknya berfikir, dia tiba-tiba terdengar ketawa seseorang dari luar rumah. Lena bangun dari sofa, menghampiri tingkap yang berhampiran.

Dia membuka tingkap tersebut lalu mendapati ketawa bahagia (atau ketawa gedik bagi Lena) itu datangnya dari Nek Leha dan Rem yang berada di luar rumah.

'Amboi, bukan main lagi kau, eh. Semalam punya lah lembik. Suara pun dengar tak dengar je. Dapat je bekalan makanan dia tu terus bertenaga. Entah ape-ape lah dia ni.'

Lena teringat akan hal semalam. Selepas dia berjaya mencari suppy darah dalam bonet kereta Rem, dia cepat-cepat menghulurkan beg-beg plastik berisi darah itu kepada Rem dengan segera.

Dan tanpa membuang masa, Rem mengambil makanan rujinya itu lalu minum dengan lahapnya, tanpa meninggalkan setitis pun.

Lena tiba-tiba rasa macam scene yang berlaku di depan matanya itu sungguh scary.

Lena ingat selepas Rem minum darah-darah tersebut, dia akan kembali bertenaga. Tetapi sangkaannya salah. Rem kembali pengsan selepas meminum ke semua darah-darah tersebut.

Lena jadi buntu. Dia pening. Tak cukupkah suppy darah-darah tersebut untuk Rem?

Akhirnya Lena mengambil keputusan untuk mengalihkan Rem dari dapur ke ruang tamu.

Ye lah, kang nanti esok pagi neneknya terkejut beruk pulak nampak si Rem ni terbaring di dapur kesayangannya. Tak pasal-pasal neneknya pulak yang pengsan.

Pada asalnya Lena ingin membawa Rem ke bilik tetamu yang diduduki Rem. Namun plan nya berubah. Dia tak larat nak mengangkat si Rem ni ke tingkat atas!

Terpaksalah dia mengheret si Rem ke ruang tamu. Tu pun termengah-mengah. Berat bak hang si Rem ni.

Selepas dia menunggu hampir sejam namun si Rem masih tak bangun-bangun, Lena pun tertidur di sofa itu sehingga ke pagi.

Lena kembali ke alam nyata. Dia memerhati saja aksi Rem dan Nek Leha dari tingkap.

Melihat Rem yang cukup aktif di atas pokok rambutan, mengutip buah-buah rambutan dengan gembiranya lalu membaling ke dalam bakul di atas tanah. Neneknya pula, ketawa gembira sambil menepuk-nepuk tangan, agaknya seronok sangat melihat aksi Rem.

Lena hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Baru sahaja dia hendak pergi dari situ, namanya tiba-tiba diseru.

"Hah, Rose. Kau nak ke mana tu? Mari sini. Tolong Rem kutip buah-buah rambutan yang jatuh ni."

Tanpa membantah cakap neneknya, Lena keluar dari rumah lalu menghampiri neneknya dan Rem.

Dia mula mengutip buah-buah rambutan yang sudah ranum di atas tanah apabila neneknya tiba-tiba menjerit sakit perut lalu berlari ke tandas, meninggalkan mereka berdua di situ.

Lena meneruskan aktivitinya mengutip buah rambutan yang jatuh tanpa mempedulikan Rem yang masih di atas pokok. Secara tiba-tiba, Rem turun dari dahan pokok lalu mendarat betul-betul di hadapan Lena.

"Oi mak kau vampire lembik!" Lena melatah, terkejut dengan tindakan Rem.

Rem tersentap. "Vampire lembik?"

'Oh Lena, apsal kau melatah macam tu? Tahi betul kau ni.' Fikir Lena.

Lena cepat-cepat cover. "Eh, bukan vampire lembik lah....rambutan ni haa, yang lembik. Dah busuk." Kata Lena menggaru-garu kepalanya.

MerahWhere stories live. Discover now