Bab 27 - Soalan

5.7K 358 4
                                    


Lena menongkat dagunya, hanya mendengar Faiz pok-pek-pok-pek tak henti bercakap. Hanya jasadnya saja di situ, sedangkan fikirannya sudah lama melayang entah ke mana.

Hari itu, Faiz ajak Lena untuk melepak di satu kafe di dalam universiti mereka. Lena ikutkan saja, lagipun dia tak ada kuliah pada waktu itu.

"Lena! kau ni dengar tak apa aku cakap?" tanya Faiz, meninggikan sedikit suaranya, menyedarkan Lena dari lamunannya.

"Huh?" tanya Lena, terpinga-pinga. Faiz ada tanya sesuatu ke kepadanya tadi?

Faiz mengeluh. "Kau ni macam tak sihat je aku tengok. Kau demam ke ni?" tanya Faiz lalu memegang dahi Lena.

Dia mahu periksa sama ada Lena demam atau tidak. Namun, selang beberapa minit, ada tangan seseorang memegang tangan Faiz dengan kasar, memindahkan tangannya dari dahi Lena.

"Boleh tak kalau nak cakap tu tak payah pegang-pegang?" marah Rem. Dia mengetap giginya.

Panas hatinya melihat Faiz. Dia usha je Faiz dan Lena dari jauh, cuba bersabar. Namun dia tak boleh tahan lagi bila tengok Faiz menyentuh dahi Lena. Dia jealous!

"Kau pehal bro? Suka hati aku lah!" marah Faiz pula. Maruahnya tercalar diperlakukan sebegitu di depan Lena.

"Kau ni nak makan penumbuk aku ke?!" tanya Rem, bengang.

"Rem." tegur Lena. Dia memegang lengan Rem, menggeleng kepalanya kepada jejaka vampire itu.

Rem cuba bersabar. Dia kemudian menarik Lena keluar dari kafe tersebut. "You. Stay away from my girlfriend." Kata Rem pada Faiz.

"What? Girlfriend? Sejak bila ni Lena? Kenapa kau tak bagitahu aku pun?" tanya Faiz, mengejar Rem dan Lena di luar kafe. Sungguh dia terkejut. Kenapa dia tak tahu pun pasal ni?

"Er...ermm...ahhh..." Lena tergagap-gagap. Lena menggaru kepalanya yang tak gatal. Tak tahu nak explain macam mana.

Ting!

Tiba-tiba Rem dapat idea. Idea jahat.

"Eh, suka hati dia lah." Kata Rem, menyebelahi Lena. "Yang kau tu, apsal tak bagitahu dia yang kau tu sebenarnya vampire?" kata Rem.

Bulat mata Faiz. Sh*t! Rahsianya dah terkantoi. Macam mana mamat poyo ni boleh tahu doh?

Rem tersenyum sinis. Hah, ambik kau!

Lena ternganga. Sungguh dia terkejut. Rakan baiknya yang dikenali sejak sekolah menengah lagi tu sebenarnya seorang vampire?

"Kenapa kau tak beritahu aku? Sampai hati kau!" kata Lena, meninggikan suaranya. Dia rasa sakit hati diperlakukan sebegitu.

"I'm trying to tell you. Tapi..tapi..."

"Tapi kau tak percayakan aku, macam tu?" tanya Lena, kini bengang dengan Faiz.

"Bukan macam tu Lena.." balas Faiz cuba mempertahankan dirinya. Dia memandang tajam ke arah Rem. Dialah punca isu ni meletus.

Rem membalas renungan maut Faiz dengan membuat thumbs down kepadanya. Sengaja mahu mengejek. Sangat lah tak matang!

Lena mengeluh. "Kita jumpa lain kali lah, Faiz. Aku takde mood nak cakap dengan kau. Bye." Kata Lena lalu berlalu pergi dari situ.

Rem pula memberikan senyuman yang sinis kepada Faiz sebelum dia juga berlalu pergi dari situ, mengejar Lena. Baru puas hatinya!

Rem terhegeh-hegeh mengejar Lena yang sudah jauh ke hadapan. Bukan main laju perempuan ni!

Rem memanggil Lena berkali-kali namun sedikit pun Lena tak menoleh. Akhirnya Rem menggunakan kelajuan vampirenya, memberhenti di hadapan Lena.

MerahWhere stories live. Discover now