Bab 31 - Culik

4.9K 309 8
                                    

Lena me'make up' kan wajahnya dengan berhati-hati. Kemudian, dia menonyoh-nonyoh pula gincu yang tak terang sangat warnanya di bibir. Akhir sekali, dia sembur minyak wangi Victoria Secret yang dia pinjam dari Alin ke seluruh badan.

Amboi. Sembur sana, sembur sini.

Selepas lama membelek diri di hadapan cermin, baru dia puas hati.

Benarlah kata orang, kita akan jadi cantik bila kita jatuh cinta. Ihiks! Tak percaya? Cubalah jatuh cinta.

Gediknya. Haha.

Setelah mengucapkan 'babai' kepada Alin, dia bergerak keluar dari rumah. Dia menunggu Rem di depan pagar rumah sewanya. Mereka dah rancang nak keluar dating pada hari itu. Dating macam orang lain, tengok wayang semua tu. Macam couple yang normal.

Lena dan Rem banyak menghabiskan masa di perpustakaan, namun satu rujukan mengenai apa-apa yang berkaitan sumpahan dia dan Rem pun tak jumpa. Jadi, mereka ingat nak keluar dating sekejap untuk hilangkan stress.

Yelah, sampai Rem pun dah bising-bising bosan asyik bertapa di perpustakaan lama tu. Bak kata Alin, 'kematu punggung' dah si Rem ni.

Sedang Lena asyik membelek-belek wajah menggunakan cermin depan smartphonenya, datang sebuah van berwarna hitam memberhenti betul-betul di hadapannya.

Keluar 2 orang lelaki berbadan sado memakai topeng menghampiri Lena.

'Erk. Macam tak bagus je situasi ni. Baik aku blah.'

Lena baru sahaja nak membuka langkahnya untuk cabut dari situ namun dua lelaki bertopeng hitam tadi pantas memegang lengannya.

"Lepas lah! Apa yang korang nak dari aku, hah?!"

Lena meronta-ronta agar dilepaskan. Sengaja menjerit kuat-kuat agar Alin, yang seorang sahaja berada di dalam rumah pada waktu itu dapat mendengarnya.

Kalau Alin tak dengar, dia harap sekurang-kurangnya jiran-jirannya yang lain dengar. Yelah, sekarang ni kan waktu siang.

'Diorang ni mesti nak culik aku. Berani betul culik orang siang-siang buta macam ni.'

Seorang lelaki yang tidak memakai apa-apa topeng keluar tiba-tiba dari tempat duduk hadapan van hitam tersebut. Dia tersenyum sinis memandang Lena. Bulat mata Lena setelah menyedari siapa lelaki yang kini berada di hadapannya.

"Kau!" jerit Lena sambil memandang lelaki tersebut dengan perasaan marah dan kecewa.

......................................................................................................................................................

Tangan Alin terketar-ketar memegang telefon bimbit. Bengkak matanya akibat menangis tanpa henti. Dia nampak apa yang terjadi pada Lena. Namun dia tak sempat nak buat apa-apa kerana sebaik sahaja dia keluar dari rumah, van hitam tersebut segera beredar dari situ.

Akibat panik menimpa diri, Alin jadi tak ketahuan. Belum pernah dia alami situasi sebegini dalam hidupnya. Yalah, bukan setiap hari rakan baik kita diculik orang!

Dalam keadaan panik dan takut, dia segera menelefon Rem. Hanya Rem sahaja yang dia rasa boleh tolong dia mengenai Lena. Setelah beberapa minit, panggilannya dijawab.

"Hello. Hah, Alin. Bagitahu Lena kejap lagi aku sampai. Tadi tayar kereta aku pancit ah."

"R-Rem...ta-tadi ada.." tergagap-gagap Alin nak beritahu Rem. Dia masih belum berhenti menangis. Masih panik dan terkejut.

"Wei. Kau pehal ni? What happened?" tanya Rem dalam telefon.

"Le-lena...Lena..." jawab Alin tersedu-sedan.

"Lena? Kenapa dengan Lena?" tanya Rem dengan risau.

"Lena...dia...aku rasa dia kena culik..A-aku nampak ta-tadi....apa nak buat ni Rem. Lena..." kata Alin lalu menangis sekuat hati. Dia takut benar kalau apa-apa terjadi pada Lena.

"What?! Kau tunggu situ. Aku on the way nak sampai ni. Jangan pergi mana-mana. Nanti aku sampai." Jawab Rem lalu memutuskan panggilan dengan tergesa-gesa.

Setelah Rem memutuskan panggilan, Alin menunggu di hadapan rumah dengan hati yang gelisah. Hatinya tak tenang. Kakinya terasa lembik. Ni pertama kali nampak orang kena culik. Kawan baik sendiri pulak tu yang kena culik!

Selang beberapa minit, muncul kereta Rem di hadapan rumah. Dia memberhentikan kereta secara mengejut.

Rem yang segak bergaya berbaju kotak-kotak merah dan hitam itu tergopoh-gapah keluar dari keretanya menghampiri Alin.

"Alin, kau cerita kat aku dari A to Z sekarang." Perintah Rem, kedengaran terdesak.

Selepas Rem menerima panggilan dari Alin sebentar tadi, pantas saja dia pandu keretanya dengan laju. Peluh menitik-nitik di dahi.

Alin pun menceritakan segala-galanya tentang apa yang dia nampak sebentar tadi. Dia beritahu Rem dia nampak 2 orang lelaki bertopeng dan berbadan sado mengheret Lena masuk ke dalam van. Dan Alin juga beritahu dia nampak seorang lagi lelaki lain yang dia tak nampak mukanya, sebab waktu tu lelaki tersebut membelakangi Alin.

Wajah Rem sudah bertukar merah-kemerahan. Selepas selesai Alin menceritakan pada Rem, dia menangis lagi sampai teresak-esak. Dah macam ibu ayam hilang anak. Macam kena histeria pun ada.

"Rem, aku takut diorang apa-apa kan dia. Kau tahu lah, Lena tu kan castor. Apa yang kita nak buat ni?" tanya Alin.

Alin tahu Rem sekarang tengah bengang gila. Nafas Rem naik turun naik turun. Bila-bila masa saja boleh meletup.

"Aku tahu siapa! Aku masih dapat kesan bau dia sampai sekarang. Tak guna punya firaun!" marah Rem.

Rem kemudian segera bergerak ke keretanya semula. Sebelum itu, dia sempat berpesan pada Alin.

"Kau masuk rumah dulu. Telefon dan bagitahu Wang Da Wei pasal ni. Jangan bagitahu family aku dan Nek Leha lagi. Kalau aku dengan Lena tak balik dalam masa...... 7 jam.....er... kau telefon ajelah polis." Kata Rem lalu menghidupkan enjin keretanya.

Rem masuk ke dalam keretanya dengan hati yang panas. Dia tahu siapa yang menculik Lena sebentar tadi. Bau penculik-penculik durjana dan ketua mereka tu masih dapat dihidu sampai sekarang walaupun sudah samar-samar.

Rem menggenggam tangannya. 

'Sh*t!! Aku bersumpah kalau korang apa-apakan Lena, aku tak akan teragak-agak nak bunuh korang. Aku akan koyak-koyak badan korang sampai berkecai. Aku dah tak peduli kau siapa. Termasuklah family aku sendiri sekalipun.'

Rem memegang stereng keretanya dengan erat. Dia menekan minyak kereta dengan kuat lalu memandu dengan laju di atas jalan raya. Di mindanya hanya ada satu tempat yang dia perlu tuju.

Rumahnya sendiri.



p/s : Omoooo. Siapa yang culik Lena ni sebenarnya? Kesian kat Alin. Tak pasal-pasal kena jadi saksi. *spoiler alert* chapter seterusnya adalah plot twist cerita ni.

MerahWhere stories live. Discover now