Lena menguap. Matanya masih tertutup. Kepalanya bersandar ke cermin tingkap bas universiti yang membawanya ke kuliah pada hari itu. Mengantuk yang amat!
Mana taknya, semalam seisi rumah sewanya bersengkang mata membuat assignments sambil bergosip mak jemah. Dan yang paling Lena benci sekali, dia lah yang menjadi topik gosip pada malam itu.
Ni semua gara-gara Rem menghantarnya pulang ke rumah sewa kelmarin. Housemates nya yang sememangnya kaki gosip dan busybody tak bertauliah pun apa lagi! Tak pasal-pasal dia menjadi topik panas malam itu.
Penat Lena nak menjawab semua soalan-soalan panas rakan-rakannya. Ingat ni melodi ke?
Lena teringat pasal kelmarin. Pelik, Rem langsung tidak berkata apa-apa di dalam kereta. Dia juga langsung tidak menjawab segala pertanyaannya sepanjang mereka di dalam kereta.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba hujan. Begitu lah keadaan Rem. Tiba-tiba je jadi dingin. Akhirnya Lena pun jadi menyampah nak cakap.
Mood swing Rem ni lagi teruk dari perempuan!
Untuk pujuk hati, Lena fikir mungkin Rem bersedih kerana berpisah dengan rakan kamcingnya, Nek Leha. What the.
Lena membuka matanya apabila bas berhenti. Ramai pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari bas. Dah lambat. Kelas bermula pukul 8 pagi. Sekarang sudah pukul 7.58 pagi. Semua takut dimarahi pensyarah.
Lena kembali menutup matanya. Memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain untuk keluar dahulu. Malas dia nak berebut. Padahal dia juga lewat seperti mereka.
Apabila bas sudah agak lengang, Lena bingkas bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari bas.
Bukan apa, dia takut dia tertidur dalam bas macam minggu-minggu lepas. Sedar-sedar bas dah bergerak ke tempat lain!
Dia berjalan mencari dewan kuliah yang sepatutnya dia masuk. Apabila sampai ke dewan kuliah yang dicari, dia perlahan-lahan masuk ikut pintu belakang.
Lega kerana pensyarah masih belum sampai. Para pelajar masih berborak dan membuat bising macam biasa.
Dia ternampak ada satu tempat kosong bersebelahan pelajar lelaki nerd yang bernama Wang Da Wei.
"Zaoshang hao, Da Wei." Sapa Lena, mengambil tempat duduk bersebelahan pelajar Cina itu.
Da Wei yang sedang menyikat rambutnya ke tepi itu membalas sapaan Lena. "Selamat pagi, Lena." katanya sambil tersenyum.
Lena sedang memerhati Da Wei menyikat rambutnya apabila dia terdengar suara Alin di hadapannya.
"Hang. Haa, hang lah. Apa nama hang?" tanya Alin, sambil menuding jarinya ke arah Lena.
Lena memandang Alin pelik. "Kau ni dah kenapa? Tertelan ubat gegat?"
"Aku lupa lah nama hang. Cepatlah, apa nama hang, babun?" tanya Alin, menggaru-garu kepalanya.
Lena menggulungkan matanya ke atas. "Lena lah, monyet." Balas Lena.
Jangan pelik, bahasa yang digunakan Lena dan Alin memang kedengaran agak biadab tetapi tujuan mereka hanya lah untuk bergurau mesra. Chill.
"Haah! Ya. Lena. Hang ni macam tak biasa pulak. Aku kan pelupa sikit. Nah, ni lab report yang kena hantaq harini. Giliran hang hantaq." Balas Alin memberi lab report kepada Lena berlalu ke tempat duduknya di hadapan Lena.
Lena membelek lab report yang diberi Alin. Memastikan tiada kesalahan yang dialkukan sebelum dihantar ke pensyarah.
Tiba-tiba dia rasa bahunya dicuit seseorang.
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...