Bab 26 - Normal

5.5K 348 28
                                    

"Masalahnya sekarang ialah Lena. She's a castor."

Jantung Rem seakan berhenti berdenyut mendengar kata-kata ayahnya. Lena ialah seorang castor. Patutlah Rem tak dapat nak hidu identiti Lena dan neneknya sebelum ni. Jadi, Nek Leha juga seorang castor rupanya!

Mereka kaum yang kuat dan berkuasa. Identiti mereka memang tak dapat dihidu oleh sesiapa.

"Terlalu bahaya. Nenek tak mahu kamu berdua diapa-apakan. Percayalah, ini untuk kebaikan Lena juga. Kamu mesti tak mahu Lena diapa-apakan, kan?"

Rem teringat kata-kata nenek Lena tempoh hari. Kini baru Rem sedar apa maksud Nek Leha.

Rem menelan air liur.

"What's wrong with her being a castor? Dia juga berhak hidup. Apa? Kamu semua bercadang nak hapuskan Lena jugak ke macam mana semua orang buat pada kaumnya suatu ketika dahulu? Sehinggakan mereka pupus di muka bumi ni?"

Rem mula risau. Dia risau jika identiti Lena diketahui orang. Ada yang mahu membunuh untuk menyelamatkan diri, dan ada pula yang mahu memiliki untuk mendapatkan kuasa dan takhta.

Rem tak mahu Lena dibunuh atau diambil orang!

"Bukan tu masalahnya. Keluarga kamu takut, kamu dan Lena juga akan jadi seperti Razman dan Laila, yang berakhir dengan tragedi. Mereka takut Lena akan mengulangi sejarah hitam tu nanti. Kemungkinan dia juga akan terbunuh kamu nanti."kata seseorang.

Semua mata yang berada di bilik itu kini beralih ke pintu bilik sekali lagi. Kali ni, Lena kenal siapa yang berdiri di muka pintu tu.

"Nenek!" katanya lalu berlari mendapatkan neneknya.

"Apa yang nenek buat kat sini?" tanya Lena. Kepala Lena dah berserabut mendengar perbualan ahli keluarga Rem yang melibatkan dirinya itu. Dia tak faham, dia pening, keliru dan sakit hati!

"Nenek datang nak bawa kamu pulang." Kata neneknya.

Datuk Rem menghampiri Lena dan neneknya. "Jadi ini rancangan kamu, Latipah? Memisahkan mereka?"

"Tak, Razi. Tak. Aku tak bercadang nak pisahkan mereka, malah aku bercadang untuk satukan mereka secepat yang mungkin. Aku takkan ulang kesilapan kita. Macam yang kau cakap, takdir itu milik mereka, bukan kita." Kata Nek leha lalu menarik Lena keluar dari rumah keluarga Rem.

Lena hanya membiarkan neneknya menariknya keluar dari bilik tu. Lena sempat menoleh ke belakang, melihat Rem yang juga sedang memandangnya dengan wajah yang sedih.

******

Lena hanya memandang kosong nasi di pinggannya. Dia tak ada selera nak makan. Setelah dia dan neneknya keluar dari rumah Rem, mereka menahan sebuah teksi, lalu bergerak ke rumah sewa Lena.

Mujur waktu tu rakan-rakannya masih ada kuliah pada hari itu. Nenek Lena memasak untuk mereka makan tengahari. Namun, masing-masing tak lalu nak makan.

"Kamu tak mahu tanya apa-apa pada nenek ke, Rose?" tanya Nek Leha dengan hati-hati. Dia tahu cucunya itu sedang bengang.

Lena yang asyik merenung nasi dari tadi mengangkat mukanya, memandang neneknya.

"Ada. Rose nak tanya, kenapa datuk Rem panggil nenek Latipah?" tanya Lena dengan muka yang serius.

"Dalam banyak-banyak benda, yang itu kamu nak tanya?" tanya Nek Leha.

Nek Leha tak percaya dengan tindakan cucunya. Cucunya itu kadang-kadang memang lain dari yang lain. Lena masih lagi memandang neneknya dengan serius.

"Sebab tu...er..hurmmm..ahh...." nenek Lena tergagap-gagap nak jawab.

"Apa?" tanya Lena, kurang sabar.

"Nama manja yang datuk Rem beri." Jawab Nek Leha, malu-malu.

Lena ternganga. Nama manja? Eww. Tak boleh geli lagi ke? Apa sejarah neneknya dan datuk Rem pulak ni?

"Kami juga pernah bercinta satu ketika dulu. Tapi...tak ke mana. Terputus di tengah jalan. Terbelangkalai. Tak siap. Tak jadi. Tak guna.Tragedi. Tahi." Kata Nek Leha, mula merapu dana.

"Kami ingat sumpahan tu akan terjadi pada kami. Jadi kami ambil keputusan untuk berpisah. Rupa-rupanya bukan. Ia milik kamu. Kamu dan Rem." kata neneknya lagi.

Lena jadi sedih mendengar nama Rem. Dia dah mula rindu sebenarnya! Belum sampai 24 jam dah rindu.

Lena mengeluh. "Jom pura-pura tiada apa yang berlaku pada hari ini, dan jom kita hadapi hari-hari mendatang macam biasa, macam selalu, yang NORMAL." Kata Lena.

"Tak boleh, Rose. Kamu harus terima hakikat yang kamu bukan manusia biasa. Kamu tu seorang castor. Mungkin sekarang ni kita je castor yang wujud di muka bumi ni." Kata neneknya.

"Castor, castor, castor! Rose pun tak faham lah benda ni semua! Kenapa kita tak boleh nak pura-pura hidup macam manusia lain pula?!" Lena melenting.

Lena perasan, sejak dia menyambut hari lahirnya yang ke-21, sikap panas barannya semakin menjadi-jadi. Setiap masa, dia rasa macam nak marah saja. Kadang-kadang, dia rasa macam nak telan orang pun ada.

"Sebab benda yang tak elok akan terjadi! Kamu tengoklah apa yang jadi pada ibu bapa kamu? Mereka tak hati-hati. Sebab ibu kamu marah ayah kamu nak ceraikan dia malam tu, dia secara tak sengaja terbunuh ayah kamu!"

Lena tersentap. Dia seakan tak percaya apa yang dia dengar.

"Apa? Tak..tak mungkin. Mereka mati dalam kebakaran! Rose ada kat tempat kejadian. Rose nampak dengan mata kepala Rose sendiri!"

"Tak semua benda yang kita nampak, kita boleh percaya, Rose." Kata Nek Leha, cuba bertenang. "Sebab tu mereka nak bunuh kita. Sebab kuasa jahat yang dalam diri kita, yang kita sendiri tak boleh nak kawal."

Lena terdiam. Dia rasa dia nak hampir gila. Betapa Lena berharap yang dia memang gila sekarang ni. At least, boleh lah dia bergelak ketawa dengan rakan-rakannya yang lain di wad bahagia.

Lena memohon diri untuk masuk ke bilik. Dia tak ada mood nak cakap dengan neneknya sekarang. Tak pasal-pasal ada yang terguris hati.

Lena merenung ke luar jendela. Kenapa semua benda ni terjadi pada dia? Selama ni hidupnya normal saja. Tak ada pun vampire, castor, sumpahan segala bagai ni.

Hidupnya aman dan tenteram. Ya, Lena mula merindui hidupnya yang dulu, yang aman, yang bosan, dan yang normal.

      

MerahWhere stories live. Discover now