Bab 19 - Suka

5.8K 397 4
                                    

Max nampak bintang-bintang berterbangan di sekeliling kepalanya. Dia pening! Selepas dia dan Rem ke kampung nenek Lena untuk menyiasat identiti sebenar nenek Lena, dia jadi pening.

Kepala Max bertambah pening melihat Rem yang dari tadi tak henti-henti mundar-mandir di hadapannya.

"Dude, tolong ah. Berhenti mundar-mandir macam tu boleh tak!" marah Max kepada sepupunya yang degil itu.

"I can't! I just... can't!" kata Rem memegang kepalanya. Dia frust!

"Gosh, stop doing that! Kau fikir kau seorang je ke yang frust hah? Aku ni pening kau tahu tak?! Entah apa benda lah nenek si Lena ni buat kat aku!" Max mengamuk.

Sumpah kepalanya sakit sekarang.

"Apa maksud kau? Apa yang Nek Leha buat? Kau cakap kau tak boleh nak baca fikiran dia." Tanya Rem, mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang keliru teruk.

Max memicit-micit kepalanya. Dia dan Rem sudah pergi ke kampung nenek Lena, namun tidak memperoleh apa-apa maklumat. Malah, sakit yang datang.

"Ye, aku tak boleh baca fikiran dia. Nenek Lena tu...ada something yang block her mind dari aku. And it makes me dizzy like hell."

Rem mengeluh. Dia dah hilang akal. Nenek Lena langsung tak membantu. Rem kemudian teringat kata-kata Nek Leha.

"Rem, perkara yang tidak sepatutnya diketahui, lebih baik terus tidak diketahui. Jika tidak, sesiapa yang mengetahui sesuatu yang dia tidak sepatutnya ketahui, akan menyesal di kemudian hari kerana mengetahui. Kamu faham apa maksud nenek?"

"Terlalu bahaya. Nenek tak mahu kamu berdua diapa-apakan. Percayalah, ini untuk kebaikan Lena juga. Kamu mesti tak mahu Lena diapa-apakan, kan?"

Rem mengeluh lagi. Dia menutup matanya dan berfikir semasak-masaknya. Kalau ini semua untuk kebaikan Lena, dan dirinya juga...

"I think, we should stop." Katanya.

"Stop what?" tanya Max, masih lagi memicit-micit kepalanya.

"Digging the secret." Balas Rem, wajahnya serius.

Max kini memandang Rem dengan serius juga. "What? Kenapa pulak?"

"Bak kata Nek Leha, untuk kebaikan semua orang. Mungkin, lebih baik kita tak tahu apa-apa." Kata Rem, yang sudah berputus asa.

"Kau nak give up macam tu je? Sejak bila kau cepat mengaku kalah ni? Jangan cakap kau masih bengang pasal mamat vampire kelmarin tu?" Max menduga.

Hati Rem kembali panas mengingati hal kelmarin. "Hal ni takde kena mengena dengan mamat poyo tu okay."

"Ye...ke...?" tanya Max, sengaja mahu lihat reaksi Rem.

"Ye lah! Semua benda kita dah buat, semua tak membuahkan hasil. Aku pun dah malas nak ambil tahu pasal perempuan tu. Huh, ada ke patut dia ignore je aku semalam? Dia ingat aku ni tunggul kayu ke?! Pastu blah macam tu dengan sape-sape entah!" Marah Rem.

Panas betul hati dia tengok Lena dan vampire poyo tu bermesra-mesra depan dia.

"Er my dear cousin, I think... I think you like her." Kata Max, dengan berhati-hati.

"Yes! I do like her!" balas Rem, tanpa sedar. Dia masih lagi sedang marah.

Max tersenyum sinis. Rem tersedar yang dia dah terlepas cakap.

Rem cepat-cepat memegang bibirnya. 

"Did I just....said that I...I like her?" tanya Rem.

"Yes. Clearly and....emotionally." balas Max, tersenyum sinis.

Rem menepuk dahinya yang luas.

'Sh*t! Kenapalah aku boleh cakap macam tu pulak? Haishhhh.Tahi betul. M-Malu pulak.'

Max mula ketawa mengilai-ngilai sehingga mengalir air matanya. Dia menekan perutnya, sakit kerana ketawa terlalu kuat.

"Apa? Rem, yang gagah, yang macho, yang degil, heartless ni MALU? Bwahahahhahahah. Oh tuhan, lawaknya dia ni!"

Rem menjeling sepupunya itu. "Diam ah." Katanya.

Tapi serius dia malu!

Lama jugak masa yang diambil Max untuk berhenti ketawa. Selepas dia penat ketawa, dia memandang Rem dengan serius.

"Esok birthday dia kau tahu? Yang ke-21." Beritahu Max.

"Macam mana kau tahu pulak?" tanya Rem, curiga.

'Aik. Aku pun tak tahu birthday Lena. macam mana mangkuk ayun ni tahu?'

Max menggulungkan matanya ke atas setelah membaca fikiran Rem.

"Kau lah yang mangkuk ayun tu. Aku tahu sebab aku baca fikiran dia semalam."

"Ohh." Balas Rem.

Tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat familiar, semakin dekat dengan dia dan Max. Namun, dia buat endah tak endah saja. Fikirannya kini tertumpu kepada seorang gadis misteri bernama Lena.

"Go get a special birthday gift for her then. Win her heart, man!" kata Max dengan bersemangat, menepuk-nepuk belakang Rem.

Rem mengangguk kepalanya laju-laju tanda setuju.

Tiba-tiba, pintu bilik Rem dibuka seseorang. Tersembul kepala seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an di balik pintu.

"Win whose heart?"

Rem dan Max terkejut beruk mendengar suara wanita itu. Rem membulatkan matanya setelah menyedari siapa wanita tersebut.

"Ibu!"

MerahWhere stories live. Discover now