Bab 2 - Bantuan

7.7K 494 19
                                    

WARNING: Ada sedikit adegan berdarah.


Lena merasakan kedua belah kakinya menjadi lembik serta-merta dan kepalanya menjadi pening.

Penglihatannya mula kabur kerana air matanya turun mencurah-curah membasahi pipi. Tangannya berketar-ketar dengan teruk.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia berlari dari situ secepat mungkin. Namun kakinya tidak mengizinkan.

Otaknya pula bersetuju dengan kakinya dan asyik mengulang 'kasihan' banyak kali. Lena menarik nafas dalam-dalam.

'Okay, Lena, steady, steady.'

Perlahan-lahan dia menghampiri lelaki berlumuran darah tersebut.

"Hey, awak okey tak? Hello?" katanya sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan lelaki tersebut.

Dia cuba pula menggoncang-goncangkan lengan lelaki tersebut. Namun langsung tiada reaksi dari lelaki itu.

'Alamak! Dah mati ke dia ni?'

Lena teringat masa zaman sekolah menengah dulu. Waktu Pendidikan Jasmani. Ada ajar macam mana nak periksa nadi.

Lena memeriksa nadi lelaki tersebut. Hidup lagi. Nasib baik Lena fokus waktu PJ dulu!

Dia memerhati wajah lelaki tersebut secara teliti. Wajahnya dibasahi dengan darah di bahagian dahi namun Lena masih dapat melihat dengan jelas.

'Wah handsomenya! tapi kenapa aku macam kenal je mamat ni eh? Kat mana aku pernah jumpa dia?'

Puas dia berfikir siapakah mamat familiar di hadapannya itu. Berkerut-kerut wajahnya cuba mengingati di mana dia pernah melihat lelaki handsome itu.

Lena kemudiannya kembali menumpukan perhatian kepada lelaki itu. Dia mendapati leher dan bahagian perut lelaki tersebut luka dengan teruk.

Darah tidak berhenti-henti mengalir menyebabkan baju biru muda yang dipakai lelaki itu menjadi merah. Seluar jeansnya pula dikotori tanah.

Tekak Lena menjadi loya akibat melihat begitu banyak darah. Rasa macam nak termuntah sahaja.

Dia memang lemah sikit bab-bab darah ni. Silap-silap haribulan, dia mungkin turut terbaring bersebelahan lelaki itu dan tidak sedarkan diri.

"Eh, tak boleh jadi ni. Chill, Lena. Chill."

Lena cepat-cepat mencari telefon bimbitnya di dalam beg sandang yang diletakkan di atas tanah. Setelah mencapai telefon bimbitnya itu, dia ingin segera menelefon untuk mendapatkan bantuan.

Ini merupakan kali pertama dia mahu menelefon pihak yang berkenaan. Belum pernah dia menelefon mendapatkan bantuan seperti itu seumur hidupnya.

Dia terasa excited dan takut pada masa yang sama.

"Sh*t ! mampus pulak menatang ni! Tak bawa powerbank lah pulak. Aduyai apa nak buat ni?!" Lena menjadi panik.

Dia belum pernah mengalami situasi seperti itu. Dia memerhati keadan sekelilingnya. Manalah tahu mungkin ada insan berhati mulia yang menghampiri kawasan itu.

Namun dia hampa kerana tiada satu bayang pun melintasi kawasan tersebut. Dia kemudian melihat jam tangannya.

"Dah pukul 1 pagi! Oh God, please! Please lah sesiapa pun tolonglah."

Tiba-tiba poket seluar sebelah kiri lelaki tersebut bergetar lalu mendengdangkan chorus lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Tak ku mendugaaaaa kau berlalu pergiiiiiii

"Oh tak menduga berduga-duga!" Terperanjat Lena dibuatnya.

Tanpa berfikir panjang, Lena terus mengambil telefon bimbit lelaki tersebut lalu menekan button hijau menjawab panggilan.

"Hey kau ka-"

"Hello! Awak ni siapa? awak ni kenal ke tuan punya telefon ni?!" Lena pantas memotong si pemanggil yang secara jelasnya juga seorang lelaki.

" Hello! Apasal awak diam? Your friend, he's injured!"

"Apa? Kenapa dengan Rem?!"

"Sa-saya tak tahu. Badan dia penuh dengan da-darah!" air mata membasahi pipi Lena sekali lagi.

Sungguh dia takut sekarang ini. Tangannya terketar-ketar memegang telefon ketika itu.

"Okay, miss. Tell me what happened. Slowly."

"I don't know! Saya dengar dia minta tolong. Bila saya jumpa dia, dia dah tak sedarkan diri. Saya cuba menjerit minta tolong orang ramai tetapi tak ada sesiapa pun yang lalu di sini!"

"Okay. Awak berdua kat mana sekarang? Nanti saya datang."

"Playground, Taman Pekaka, area Stadium Hamzah Tahir. Hurry up, he's dying!"

"Ok, tunggu nanti saya datang. Don't go anywhere. Just stay with him."

Panggilan berakhir. Lena menghembuskan nafas lega. Finally. Ada juga orang sudi membantunya. Dia yakin si pemanggil tadi merupakan kawan kepada lelaki berdarah itu.

"Sabar lah ek, kawan awak pasti datang tak lama lagi. So hang on there."

Setelah menunggu beberapa minit, sebuah kereta Lamborghini berwarna perak memasuki kawasan taman permainan lalu berhenti berhampiran Lena dan lelaki berdarah itu.

Pintu di bahagian memandu dibuka dan keluar seorang lelaki berbaju kotak-kotak hitam. Dia berlari mendapatkan Lena dan kawannya itu.

'Another handsome man!' getus Lena.

"Gosh, Rem! Apa yang dah jadi ni?" katanya lalu memeriksa keadaan kawannya."We need to get you home now."

Kemudian dia mengangkat Rem untuk masuk ke dalam kereta namun dihalang oleh Lena.

"Home? Awak tak nampak ke dia cedera teruk tu? Dia kena pergi ke hospital dengan segera!" kata Lena yang bimbang akan lelaki berdarah tersebut.

Dia mendepakan tangannya, menghalang tindakan lelaki yang baru ditemuinya itu.

"Look, dia tak boleh ke hospital dengan keadaan yang macam ni."

'Eh! Dia ni? Biar betul?'

"Kenapa pula?!" tanya Lena.

"Sebab nanti rahsia kitorang akan terbongkar!"

"Rahsia? Rahsia apa?" tanya Lena, hairan dengan tindakan lelaki di hadapannya.

Menyedari dia sudah terlepas cakap, lelaki tadi cuba cover. "Maksud saya, kami ada doktor peribadi di rumah. Jadi, tak payah bawak ke hospital."

"Betul ke?" tanya Lena, cuba mendapatkan kepastian.

"Ya, jangan risau."

Lena memerhati muka lelaki di hadapannya untuk memeriksa sama ada dia bercakap benar atau tidak.

Melihat kereta mewah yang dipandunya itu, Lena merasakan doktor peribadi yang disebut itu berkemungkinan besar, wujud.

"Baiklah."

Lena kemudian mengengjak ke tepi memberi laluan kepada lelaki tadi untuk memasukkan kawannya yang cedera parah itu ke dalam kereta.

"By the way, thanks. Sebab tolong kawan saya."

"No problem." Balas Lena lalu mengambil semula beg sandang yang dilemparkan ke tanah sebentar tadi.

Lelaki tadi bergerak ke bahagian memandu. Sebelum dia menutup pintu, dia kembali menoleh ke arah Lena.

"Eh tunggu! Apa nama awak?"

"Lena."

Lelaki tadi mengangguk lalu menutup pintu keretanya. Kereta Lamborghini itu kemudian memecut laju meninggalkan Lena seorang diri. 

MerahWhere stories live. Discover now