Bab 9 - Zombi

6.5K 440 10
                                    

Dua minggu telah berlalu. Dan sejak itu, Lena tidak bertemu lagi dengan si jejaka vampire bernama Rem setelah dia dihantar ke kuliah tempoh hari.

Lena tertanya-tanya mengapa dia tidak pernah terserempak langsung dengan Rem di koridor-koridor dewan-dewan kuliah, mahupun di sekitar universiti?

Mungkinkah Rem ponteng kuliah? Ataupun sakit lagi kah Rem? Lena tidak boleh mengawal dirinya dari tertanya-tanya.

'Takkan dia marah sebab aku tak jawab pertanyaan dia kot? Apa nak buat, aku pun tak faham apa yang dia cakap! Ada ke patut dia kata aku bukan manusia? Habis, kalau aku bukan manusia, aku ni apa? Zombi?'

' Aku tahu lah eye bags aku ni ketara sangat, muka aku agak pucat, dan kadang-kadang aku jalan macam zombi sikit. Takkan aku ni zombi kot?'

Lena yang sedang berjalan ke sebuah kafe di universitinya, berhenti tiba-tiba. 'Zombi?! Hesh! aku ni dah merepek ke laut dah ni. Hahahaha, zombi? Sah aku ni dah gila.'

Lena meneruskan perjalanannya. Dia masuk ke dalam kafe lalu membeli sebungkus nasi bujang untuk dibawa pulang ke rumah sewa.

'Eh, nanti kejap. Kenapa aku nak pening-pening kan diri pulak? Kan bagus dia dah tak kacau aku, bermaksud, peluang untuk aku teruskan hidup dengan aman damai itu cerah! Aku sepatutnya gembira.'

Lena nekad. Mahu melupakan segala memorinya mengenai Rem, vampire dan segala mak nenek yang tak logik di akal manusia dan meneruskan kehidupan lamanya, yang normal.

Selesai membeli, dia bergerak pulang ke rumah sewa. Lega hatinya kerana dia dapat pulang awal kerana dia hanya ada 2 kuliah sahaja pada hari itu.

Yuhuuuu, freedom! Student mana yang tak seronok, kalau hanya ada sedikit sahaja kuliah dan free selepas itu?

Lena berjalan sambil menyanyi-nyanyi kecil. Meniup udara segar petang itu.

Tetapi dia merasakan seperti ada orang mengekorinya. Cepat-cepat dia memandang di sekelilingnya. Tiada sesiapa.

Lena perasan sudah dua minggu dia rasa diperhatikan sebegitu. Sama ada pada sebelah petang atau pun malam.

Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, dia cepat-cepat berlari pulang ke rumah. Mesti sesiapa sahaja yang nampaknya akan menganggap dia tu gila!

Mana taknya, elok-elok berjalan, tetiba lari macam tak cukup tanah.

Sesampainya dia di rumah, dia segera mengunci pintu pagar dan semua pintu serta tingkap rumahnya.

Yelah,sebagai langkah keselamatan. Pencuri/perompak/perogol/penculik ni mana tahu siang atau malam.Semua dia bedal aje!

Lena juga telah bersedia untuk berlari ke dapur dan mencapai senduk yang besar jika berlakunya kecemasan. Dia akan bedal aje sesiapa yang tak dikenalinya jika mereka masuk ke dalam rumah.

Ahah. Jangan main-main dengan Lena. Kalah KL Gangster!

Dalam rumah, Lena menghampiri sofanya lalu duduk di situ. Dia membuka bungkusan nasi bujangnya kemudian membuka TV.

Makan sambil tengok TV memang heaven!


*****


Rem merenung ke luar jendela. Fikirannya berserabut. Dia dah tak tahu apa nak buat. Dia mengeluh. Rem nampak Max masuk ke dalam biliknya.

"Hai, Rem. Apsal aku tengok kau ni lain macam je?" tegur Max.

"Maksud kau?"

"Yelah, sejak kau jumpa si manusia Lena tu, kau nampak lain. Kau asyik fikirkan dia je."

"Aku tak tahu lah, Max. Aku rasa dia bukan manusia biasa." Rem memberitahu rakan baiknya itu.

"What do you mean?" Max memandang Rem dengan penuh minat.

"Kau tahu kan, aku boleh rasa. Dia tak ada bau manusia. I'm sure, she is something else."

"Kau yakin? Dia tak ada bau serigala jadian ke? Vampire biasa ke? Atau bau witch?"

"Tak. Bau dia lain dari yang lain. And I don't know what it is."

Rem dan Max masing-masing senyap. Otak masing-masing berfikir.

"Aku rasa, aku perlukan pertolongan kau. Guna special gift kau pada dia. Baca fikiran dia." Kata Rem. Dia tahu kelebihan Max itu mungkin sedikit sebanyak dapat membantunya.

Max memandang Rem lama-lama. "You do care about her, don't you? Why?"

Rem terdiam. Dia juga tidak tahu mengapa dia begitu kisah pasal gadis bernama Lena itu.

Pada mulanya dia hanya mahu membalas budi baik Lena kerana menyelamatkannya tempoh hari. Namun sejak berjumpa dengannya, dia jadi tertarik dengan Lena.

Rem menjadi tidak senang duduk jika tidak melihat gadis itu seharian. Dia juga risau akan keselamatan Lena.

Jadi dia selalu usha Lena, mengintai-intai dari atas pokok atau bumbung-bumbung rumah setiap kali Lena pulang ke rumah sewanya.

Amboi, macam Robin Hood pula!

Dia perhatikan gadis itu selalu jalan sorang diri. Kadang-kadang pulang ke rumah pada lewat malam. Tak tahu kah Lena, bahaya gadis sepertinya pulang ke rumah lewat-lewat malam begitu?

Lena suka menyanyi-nyanyi kecil ketika berjalan. Kadang-kadang dia berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan. Termenung seketika kemudian kembali berjalan. 

Kadang-kadang, elok-elok berjalan, dia dengan tiba-tibanya berlari seperti dikejar hantu. Aneh!

Rem nekad. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui apakah identiti gadis yang bernama Lena itu. 

MerahWhere stories live. Discover now