Lena sedang asyik mendengar lagu kesukaannya pada waktu itu sambil membuat assignments yang diberikan pensyarahnya bila dia dengar tingkapnya diketuk dengan kuat.
Lena memberhentikan kerjanya. Dia tak salah dengar kan?
Tingkapnya yang ditutupi langsir itu diketuk sekali lagi dari luar. Lena cuak. Cerita ni dah jadi genre seram pulak ke?
Lena menelan air liur. Dia tengok jam di dinding. Baru pukul 10 malam.
'Eii siapa lah pulak duk ketuk-ketuk tingkap ni? Mohon lah pergi jauh-jauh. Huwaaa seramnya. Apa nak buat ni?'
Lena takut. Nak mintak tolong Alin dan lain-lain, mereka tak balik lagi kerana ada discussion di fakulti. Akhirnya, Lena memberanikan diri ke tingkap biliknya.
Berjalan lambat-labat. Acah-acah slow-mo.
Peluh menitik-nitik di dahi. Kedua kakinya terasa lembik. Tangannya terketar-ketar. Macam orang dah kena sawan dah Lena ni.
Dia membuka tingkap yang berjenis sliding window itu. Lena tengok tiada sesiapa pun di luar.
"Hah!" kata seseorang menyergah Lena dari luar tingkap.
Lena terjerit. Sampai jatuh terlentang ke belakang. Sakitnya ya tuhan!
Lena lihat jasad seseorang yang dikenalinya sedang memanjat masuk melalui tingkap biliknya.
"Kau patut tengok muka kau tadi. Buruk bebenor. Tapi masih lawa bagi aku."
"Rem!" jerit Lena. "Apa yang awak buat ni?" tanya Lena, dia masih bingung dan sakit akibat terjatuh tadi.
Rem membantu Lena berdiri semula. "Saja, nak jumpa kau." Katanya.
"Tak boleh ke guna pintu depan? Tak boleh ke guna cara yag normal? Awak ingat ni macam scene dalam Twilight ke?" bebel Lena.
"Aku tak tahu pun ni scene macam scene Twilight. Guna cara normal kau kata? Kita pun tak normal. Buat apa guna cara normal?" katanya lalu melabuhkan punggung di atas katil Lena.
"Apa yang awak nak? Kenapa datang sini?" tanya Lena lagi. Kali ni dengan serius.
"Saja. Rindu. A day without your love is like a year without internet." Kata Rem sambil ketawa sambil membuat gaya orang berpuisi. Dia sendiri nak tergelak dengan kata-katanya sendiri.
Jiwang karat jugak Rem ni.
Lena membuat muka bosan. Dia memberikan Rem pandangan 'lawak ke?'
"You said you can't live without love, but I think oxygen is more important." Balas Lena pula. Sinis semacam.
Rem memberhentikan ketawanya.
"Ish, kau ni nak melawak sikit pun tak boleh ke? Ibu aku nak jumpa kau. Ada benda nak bagitahu. So, cepat bersiap. Aku tunggu kat luar." Kata Rem.
"Sekarang? Ala, sekarang ni sibuk lah. Penting sangat ke apa yang ibu awak nak bagitahu ni?"
"Penting lah. Ini melibatkan hal hidup dan mati kita tau."
Lena memandang Rem dengan tidak percaya. "Eh, betul lah apa aku cakap ni. Cepatlah, ibu tak suka menunggu lama." Kata Rem meyakinkan Lena.
Lena mengangguk pasrah. Rem keluar dari bilik Lena melalui tingkap semula untuk memberi ruang kepada gadis itu untuk bersiap-siap.
'Tak boleh ke keluar ikut pintu biasa? Ish dia ni. Nanti jiran-jiran kata apa pulak.' Bebel Lena dalam hati.
Ketika dia hendak membuka pintu almari, tangan Lena secara tak sengaja tercucuk paku yang longgar di almari tersebut.
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...