Rem memerhati Lena berlalu masuk ke dalam rumah neneknya yang lama tetapi kukuh itu. Rem perasan pipi Lena menjadi merah.
'Hek eleh, malu lah tu!' kata Rem dalam hati.
Rem tersenyum sinis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering kuat.
"Hello?" tanya Rem setelah dia menekan button hijau pada screen smartphonenya, menjawab panggilan si pemanggil.
"Hello! Weh kau kat mana?" kedengaran suara si pemanggil, iaitu Max, sepupu merangkap rakan baik Rem.
"Malaysia." Jawab Rem, dengan nada bergurau.
"Lawak ke weh? Tadi cakap nak teman aku lepak mamak! Berjanggut aku tunggu kau, firaun!" balas Max, bengang dengan Rem yang memungkiri janji.
Panas betul hati dia. Tunggu punya tunggu bayang pun tak muncul! Janji dicapati betul!
'Alamak! Aku lupa pulak! Ni semua pasal si manusia Lena tu lah.' Getus Rem, sambil menepuk dahinya yang luas.
Plan asal Rem pada hari itu adalah untuk ke kedai mamak melepak bersama Max, tetapi plannya terbantut apabila ternampak Lena di bus stop berdekatan.
Rem juga hairan, kenapa lah dia pergi berhenti? Rasa macam ada magnet yang menariknya di bus stop tadi.
Dan Rem juga hairan, kenapalah dia pergi menumpangkan si Lena ke kampung neneknya? Seriously kenapa doh?
"Sorry ah weh. Emergency. Aku hantar Lena ke kampung nenek dia." Terang Rem.
"What? Are you serious? Which kampung? Kampung Pisang? Kampung Nangka? Ke Kampung Cempedak?" kini giliran Max buat lawak basi.
"Somewhere near here." Balas Rem, ringkas.
"Hm..Oh! Alang-alang aku dah call kau ni, biar aku bagitahu terus. Aku tahu siapa yang belasah kau malam tu."
"Siapa?" tanya Rem.
"Zed and the gang."
"Are you sure?"
"100% sure. Geng diorang lah yang hisap darah budak nama Nureen dekat rumah sewa Lena sebulan yang lalu. Gila tak gila? I mean, she's just a child! Agak-agak lah weh." Kata Max.
"Diorang memang sengaja nak cari pasal. Thanks weh. Kalau nanti ada latest news, jangan lupa inform aku." Balas Rem, dengan nada bengang.
"Hurm.. yelah. Oh and by the way, boleh lah kau siasat si Lena tu. Identiti sebenar dia. Apa orang kata...alang-alang menyeluk lengan, biar sampai ke pangkal pekasam? Haa macam tu."
What the?
'Amenda lah dia ni? Bahasa Melayu failed betul!'
"Apa yang kau merepek ni, mangkuk? Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan lah. Perosak bahasa betul." Tegur Rem.
Macam mana lah si Max ni boleh lulus Bahasa Malaysia dalam SPM?
"Eh, tu lah yang aku cakap tadi. Kau yang salah dengar." Balas Max, tak mahu mengaku salah.
Sedang asyik Rem berbual dengan Max melalui telefon, tiba-tiba hidungnya terhidu sesuatu yang dia sangat lah kurang gemar.
Ahhh bau ni lagi!
"Max, sorry man, I need to go. Nanti aku call balik. Chow lu." Kata Rem, tergesa-gesa. Kemudian dia segera masuk ke dalam rumah nenek Lena, mencari di mana bau yang kurang digemarinya itu datang.
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...