Bab 5 - Hood

6.6K 491 22
                                    


'Mak aih, Pak cik tua tu tipu aku! Jilake betul. Tumbuk muka kang tercabut semua gigi kot. Nasib baik dia blah awal-awal.' Fikir Lena.

"Hai adik manis, seorang saja ka?"

Pandangan Lena kini tertumpu kepada jasad di hadapannya. Lelaki botak bersinglet putih di hadapannya kini tersengih sehingga ke telinga.

Lena memerhati lelaki botak itu dari atas sampai bawah.

'Ish dia ni. Muka Melayu tapi apsal cakap macam Bangla? Ingat pakai singlet centu nampak seksi macam Vin Diesel ke? Lagi satu, dia ni bengong ke apa. Tak nampak ke aku seorang je sekarang ni? Kata bodoh nanti kang, aku gak yang susah.'

Mengingatkan diri sendiri agar tidak bercakap bodoh, dia tersenyum kambing melihat lelaki botak di hadapannya. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke belakang.

'Okay, beri senyuman paling menawan kau kat dia, lepas tu, cabut!'

Namun setelah kakinya melangkah beberapa langkah ke belakang, dia terhenti apabila dia terlanggar sesuatu. Dia menoleh ke bekalang, mendapati tiga orang lagi lelaki tersengih seperti kerang busuk.

'Oh great.' Lena tahu dia sudah terperangkap.

"Kalau lu nak selamat, bagi semua lu punya duit." Ugut salah seorang lelaki yang bertatu naga di lengan,kini memegang sebuah pisau lipat.

'Mampus aku! Dah lah dalam purse ada RM5.40 sen je. Nyesal lak kedarah lamb chop mahal-mahal tadi.'

Lena jadi takut. Peluh menitik-nitik di dahi. Alasan apa nak bagi ni?

"Er..bang. Saya ni student je. Mana ada duit banyak-banyak. Lain hari saya bagi lah."

"Kalau kau tak leh nak bagi duit, kau kena bagi benda lain." Kata si botak, diikuti oleh ketawa jahat tiga orang lagi rakannya.

Lena tahu apa yang dimaksudkan si botak. Dia bukannya bodoh. Air mata turun membasahi pipi.

Dia tak mahu menjadi mangsa manusia-manusia bertopengkan syaitan malam itu. Dia juga seperti gadis-gadis lain.

Saving it for the right one. Walaupun dia tidak pasti 'the right one' untuknya wujud atau tidak.

Lena nekad untuk melarikan diri. Dia memegang erat beg sandangnya lalu menendang salah seorang dari mereka.

"Haiyakk!"

Acah-acah Jackie Chan pulak!

Dia kemudian berlari menyelamatkan diri. Namun belum sempat dia pergi jauh, kedua belah lengannya ditarik oleh si botak.

"Lepaskan lah!!"

Lena menjerit dengan harapan ada yang mendengar jeritannya lalu menghulurkan bantuan. Lena meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun apalah sangat kudrat seorang remaja perempuan jika dibanding dengan lelaki dewasa.

'Think Lena, think! '

Melihat tiada apa yang mampu dia fikirkan untuk menyelamatkan diri, dia kemudian menggigit lengan lelaki botak tersebut.

Hah! Ambik kau! Lena ni lahir tahun tikus tau. Takat gigit-menggigit ni, number one!

"Sial kau perempuan!"

Si botak jadi marah. Dia mengangkat tangannya tinggi untuk menampar muka Lena.

Lena pejamkan mata. Namun kesakitan yang sepatutnya dia rasa di pipi gebunya tidak datang-datang. Tangan yang memegang lengannya secara kasar juga sudah dilepaskan.

"Are you alright?"

Lena membuka matanya perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya Lena apabila mendapati seorang lelaki berhood hitam berdiri di hadapannya. Matanya kemudian beralih ke si botak yang sudah terlantar jauh di atas jalan.

"Apsal kau ikut diorang? Tak pernah dengar ke prinsip 'jangan ikut orang yang tak dikenali'?"

Aik?

Lena kini kembali memandang lelaki berhood hitam tersebut. Dia tidak nampak mukanya dengan jelas kerana matanya ditutupi hoodnya. Dia hanya nampak hidung dan mulutnya sahaja.

Lidah Lena kelu untuk berkata apa-apa apatah lagi menjawab pertanyaan lelaki tersebut.

Tiga lagi rakan-rakan si botak kemudian berlari ke arah lelaki berhood hitam. Masing-masing memegang pisau lipat dan cuba untuk menikam lawan mereka.

Namun pantas sahaja dia mengelak. Dia menumbuk mereka dengan kuat lalu melemparkan mereka ke satu dinding yang agak jauh dari situ.

What the?

Lena melihat kejadian yang berlaku di depan matanya dengan mulut yang ternganga luas. Luas seluas-luasnya. Buruk benor rupanya.

Tidak pernah dia melihat aksi sebegitu dengan mata kepalanya sendiri. Selalunya dia melihat aksi-aksi sebegitu di dalam filem-filem aksi sahaja.

'Dia campak malaun-malaun tu macam tu je? Jauh pulak tu dia lempar. '

Tindakan lelaki berhood itu tentunya menimbulkan banyak persoalan. Manakan tidak, manusia mana yang boleh melemparkan tiga lelaki dewasa seperti itu?

Lelaki berhood hitam itu kemudian menghampiri Lena.

"Mari pergi. Before I kill them." Katanya lalu menarik tangan Lena, pergi dari situ.

'Kill? Oh gosh. Apa pulak kali ni? Hilang bala lain, datang pula bala lain.'

" N-nanti! You're right." Kata Lena lalu menarik kembali tangannya dari pegangan lelaki berhood itu setelah agak jauh mereka dari tempat tadi.

"About what?" Lelaki berhood itu kini memandangnya.

"Sa-saya tak boleh ikut a-awak." Balas Lena, gagap. Dia masih lagi rasa takut. Mestilah takut.

Siapa yang tidak takut melihat lelaki misteri yang entah muncul dari mana, datang kemudian lempar lelaki-lelaki dewasa macam tu sahaja?

"Kenapa pula?"

"Bukan kah awak kata 'Jangan ikut orang yang tak dikenali'? Saya tak kenal awak. Saya sedang mengaplikasikan prinsip tu."

"Well, I'm different."

" Saya tak nampak apa bezanya."

"I just saved your life."

"Itu tak membuktikan apa-apa!" Kata Lena meninggikan sedikit suaranya.

Lelaki berhood hitam itu kemudian menghampiri Lena. 'Oh-oh. Dia nampak bengang. Not good.'

Lena menelan air liur. Dia mula rasa menyesal meninggikan suaranya tadi.

Lelaki itu menurunkan hoodnya, mempamerkan seluruh wajahnya. Mata Lena membulat besar.

"Awak! Lelaki berdarah!" 

MerahWhere stories live. Discover now