Sudah dua hari berlalu setelah Lena menjumpai lelaki berlumuran darah di semak samun di kawasan rumah sewanya.
Sudah dua hari juga lah dia dileteri housematesnya kerana pulang lewat pada malam itu.
Sudah dua hari juga lah Lena asyik teringat akan lelaki itu sehinggakan dia tidak dapat tidur dengan lena.
"Rose Dhelina!"
Lena tersedar dari lamunannya. Dia kini melihat ke kiri dan ke kanan sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Baru dia sedar dia kini berada di dalam Dewan Kuliah. Rasa malu menyerpa diri apabila beratus-ratus pasang mata meliar mencari siapakah gerangan Rose Dhelina.
Hah, itulah. Berangan lagi!
Manakala rakan-rakan yang mengenali dirinya kini melihat ke arahnya sambil menunjuk-nunjuk ke arah depan, iaitu ke arah pensyarah mereka hari itu.
"Siapa Rose Dhelina? Tak hadir kuliah ke hari ni?" tanya Professor Shima, sambil melihat kertas yang mengandungi senarai nama pelajar-pelajar yang dipegang di tangannya.
Dalam banyak-banyak orang, kenapa lah dia jugak yang dipilih?
Lena perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya. "Saya."
"Oh, kamu. Hah, apa jawapan nombor 16?" tanya Prof Shima, garang.
Fuh, nasib baik Lena dah siap buat latihan yang diberikan minggu lepas.
"B. Potassium Chloride."
Prof. Shima mengangguk lalu meneruskan perbincangan mengenai topik yang diajar pada hari itu. Para pelajar yang lain kembali fokus kepada pelajaran.
Lena kembali menongkat dagunya. Tiba-tiba dia rasa bahunya dicuit-cuit dari belakang. Lena menoleh ke belakang dengan berat hati.
"Apa?" katanya, bosan.
"Hoi. Kau berangan lagi ek? Fokus fokus! Macam mana nak dapat anugerah dekan macam ni?" bisik Nadzirah, yang juga housematenya.
Lena memandang kosong wajah Nadzirah, tidak membalas kata-kata rakannya itu lalu kembali pusing ke hadapan. Malas nak layan.
Dia mula menongkat dagu dan hanya memandang kosong wajah pensyarahnya.
'Bila class nak habis ni.Kan best kalau belajar Kimia ni macam belajar Potion dalam filem Harry Potter tu. Teori best, amali pun best. Buat eksperimen pun tak payah buat lab report. Haiii apalah nasib.'
*****
Rem membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa amat pening. Secara automatik tangan kirinya diangkat lalu dipicit-picit dahinya. Berkerut-kerut mukanya.
"Welcome back, buddy."
Rem melihat rakan baiknya, Max bersandar ke dinding sambil memegang telefon bimbitnya. Kusyuk melihat screen smartphonenya sambil tersengih-sengih.
"Berapa lama aku pengsan ni?"
"Dua hari." Balas Max, masih lagi menatap smartphonenya.
"Apa yang aku terlepas?"
"Ermm....tak ada benda penting pun. KL banjir kilat. Dato Lee Chong Wei belasah Lindan. Lara Alana pergi Jepun. Oh ya! Pokemon Go dah dilancarkan di Malaysia kelmarin. Aku dah tangkap 2 ekor."
"Bukan." Rem menutup matanya, menahan kesakitan.
Dia membuka matanya semula. Suaranya masih serak-serak.
"Maksud aku, ada benda penting ke terjadi? Anything mengenai.... you-know-what."
"Tak ada. Cuma Dr Jack kata it's a miracle you're still alive. Luka kau teruk kot. Aku ingat kau dah nak mampus masa tu." Kata Max sambil tersengih.
"Macam mana kau jumpa aku?" tanya Rem lagi.
"Jap eh, nak reply tweet follower aku ni kejap."
Amboi. Acah-acah tweetfamous pula!
"By the way, good question." Max kini mengalihkan perhatiannya dari screen telefon bimbitnya ke arah Rem. "Lena angkat call aku, suruh aku datang ambil kau. Menangis-nangis suruh bawak kau ke hospital. Nasib sempat bawa kau ke Dr Jack dengan cepat. Kalau tak, dalam kubur lah kau. Nasib baik ada dia weh."
"Siapa?"
"Lena."
Siapa pula si Lena ni?
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...