Lena memerhati Rem dengan risau. 'Dia ni okay ke tak? Apsal tiba-tiba je ni?'
Rem memegang kepalanya yang sakit. Dia tiba-tiba rasa macam dunia ni berpusing bila mendengar perkataan 'merah'. Sedikit demi sedikit imej dan memori yang dia tak pernah ingat menjelma.
"Awak okay ke tak ni?" tanya Lena, risau setelah Rem secara tiba-tiba menjerit kesakitan.
Rem memandang Lena dengan wajah yang sedih selepas ditegur Lena.
"Sampai hati kau, Lena." katanya.
Erk...
Lena terkejut. "Awak dah ingat ke?" tanyanya dengan berhati-hati.
"Ya!" marah Rem. Dia berdiri betul-betul di depan Lena. "Sampai hati kau hilangkan memori aku! Kenapa, Lena, kenapa?!"
Lena rasa serba salah, dan sedikit menyampah. 'Eii, baru je dapat memori balik tetiba nak marah-marah.' Kata Lena dalam hati.
"It was for the best. For both of us." Balas Lena, tanpa memandang wajah Rem.
"Oh really?" tanya Rem, lalu berpeluk tubuh. "Macam mana kalau aku tak ingat lagi sekarang? Macam mana kalau aku tak ingat apa-apa langsung, sampai bila-bila?!"
"Who cares?" balas Lena, menyampah. Dia menjeling ke arah Rem.
Dia tipu. Sumpah dia tipu. Dalam hatinya memang ada perasaan menyesal. Meyesal dengan tindakan yang dia fikir itu lah yang terbaik buat mereka berdua.
"What? You don't care? Seriously?!" kata Rem, obviously bengang dengan kata-kata Lena.
Lena menggulungkan matanya ke atas. "Yeah, and WHAT.E.VER." Balas Lena lalu memusingkan badannya ingin masuk ke dalam rumah.
Menyampah betul dengan couple fight ni. Cehhh, couple fight. Lol.
Rem mengeluh. Macam biasa, kalau lelaki dan perempuan bergaduh, selalunya lelaki lah yang akan mengalah, walaupun secara jelasnya memang salah pihak perempuan.
Rem memegang tangan Lena, menghalang gadis itu daripada masuk ke dalam rumahnya.
"Look, I'm sorry, kay? Aku cuma... kau tahu lah, aku...okay, secara jujurnya aku agak kecewa dengan apa yang kau buat ni. Kau tahu lah, aku takut dan risau gila, kalau-kalau aku lupakan kau terus sampai bila-bila. Kau tahu kan, aku... tak nak lupakan kau."
Lena ketawa sinis. "Awak memang dah lupa saya dah pun."
"Tu sebab kau yang buat aku lupa!" kata Rem, mempertahankan dirinya.
"Look, aku sebenarnya tak reti nak bermadah-madah, buat ayat-ayat romantik, reka pick up line segala bagai. Aku cuma nak kata, yang aku..." Rem menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal. "I love you. I love you so much...er....yeah, hurm."
Aww... nasib tak romantik sangat. Nanti geli pulak kang.
Lena juga tersenyum malu. Malu-malu kucing. Pipinya dah bertukar warna merah. Malu bak hang!
Selepas berdehem beberapa kali, Lena pun bersuara. "You annoy me more than I ever thought." Balas Lena dengan serius.
Muka Rem berubah dengan drastik. Senyuman malu-malu kucingnya hilang terus.
Apa dia kata?
"But...I want to spend every irritating minute with you." Kata Lena menyambung.
Rem masih tak faham. Otaknya masih ligat memproses kata-kata Lena ke bahasa yang mudah difahami. Kenapa lambat sangat otak ni berfikir?
"I love you too, Ruhaimi." Kata Lena, geli hati melihat Rem yang tak faham-faham.
Ohhh...
Rem baru faham apa yang Lena kata. Cakap je lah direct. Yang nak berbelit-belit tu kenapa?
Dengan excitednya, Rem terus memeluk Lena dengan erat. 'Sayang gila kat kau, minah paranoid.' Kata Rem dalam hati.
Namun, pelukan Rem cepat-cepat dileraikan bila Lena yang secara tiba-tiba menolak Rem ke belakang.
"Eiii apa peluk-peluk ni. Mana boleh peluk-peluk. Bukan mahram kan. Kita kan tak kahwin lagi." Kata Lena.
"Oh, kalau macam tu, jom kita kahwin?" kata Rem tanpa berfikir.
Apa?
"Awak...jangan cakap awak sedang melamar saya sekarang." kata Lena, wajahnya kedut seribu.
Ohoho tolonglah..bukan sekarang...
"Er...kenapa pula?" tanya Rem.
"Seriously? Kat sini? Awak sedar tak kita ada kat mana sekarang?"
"Er..depan rumah kau?"
"To be specific, sebelah longkang, okay."
"Yeah. Sangat tak sesuai kan?"
"Sangat."
"Hurmm nampaknya, lain hari lah ye aku propose kau." Kata Rem sambil tersengih.
Lain hari? Bila tu agaknya?
"Hurm." Lena mengangguk.
"Dan aku harap sangat jawapan yang aku nak dengar nanti ialah yes, I do. Okay?"
"Tengok ah. Depends on that day."
"Hey! Jangan cakap kau curang dengan aku selama 6 bulan ni."
"Kalau ya? Kalau ada orang lain yang propose dulu and I said yes?" kata Lena, sengaja nak menduga Rem.
"Kau jangan....aku akan jadi wedding breaker nanti. Aku lumat-lumatkan lelaki tu sebelum dia sempat pakai baju pengantin dia nanti." Kata Rem, mengugut.
Lena ketawa geli hati mendengar ugutan Rem. Sangatlah tak matang.
Lena rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan Rem. Banyak rahsia dan teladan hidup yang dia pelajari daripada mamat vampire yang annoying tu.
So, moral of the story...
Jangan mudah percaya sangat pada orang dan jangan percaya dengan apa yang kita nampak dengan mata kita sahaja.
And lastly, cinta sejati tu wujud. Cinta sejati tu tak semestinya cinta pada kekasih sahaja. Cinta kepada mak, ayah, nenek, kawan-kawan pun cinta sejati juga.
Dan yang paling penting, Lena DAH jumpa cinta sejatinya. Anda bila lagi?
Sama ada cepat atau lambat, semoga semua 'Lena' dalam dunia ni dapat bertemu dengan 'Rem' mereka nanti. Yang penting, banyakkan bersabar, jangan berputus asa, and keep on believing.
~Happy ending~
~The end~
psstt... Ada special chapter for 'Merah', GO CEKIDAUT~
p/s: Finally!! *lap air mata dengan tisu* thank you so much kepada readers yang sudi baca cerita yang entah apa-apa ni dari awal sampai habis, kepada yang rajin komen, dan yang sudi support dari awal.Maaf lah eh kalau terkurang atau terlebih. Maklumlah, first time menulis dan mem'publish'kan karya. So, apa pendapat kalian mengenai story ni? Best ke? Tak best ke? Bosan ke? Jangan malu, jangan segan. Feel free to comment ya. Thank you and lebiu.*tangan melambai-lambai*
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...