Bab 20 - Birthday

5.6K 364 9
                                    


"Ibu!" kata Rem, separuh menjerit.

"Hai, Ruhaimi. Apsal tengok ibu macam tu? Terkejut sangat ke?" tanya wanita yang sebenarnya merupakan ibu kandung Rem. Dia masih berdiri di muka pintu bilik.

"Eh, tak. Kenapa Ibu balik tak inform kitorang dulu?"tanya Rem sambil menyiku Max disebelahnya.

"Apa khabar, Aunty Julia?" tanya Max, dengan sopan dan ramah.

"Aunty sihat, Maszafir." Balas ibu Rem.

Rem mengeluh. "Ibu, berapa kali kitorang pesan, panggil dia Max. Tak perlulah panggil nama betul dia. Dia tak suka." Rem memberitahu ibunya.

"Eh, apa salahnya. Betul lah kan nama dia Maszafir." Kata ibu Rem, membela diri.

Max kemudian bergerak ke arah pintu. "Takpe lah Rem. Ikut suka aunty lah dia nak panggil apa pun. Saya minta diri dulu ye. Bye."

Max kemudian keluar dari bilik Rem, meninggalkan sepupu dan ibu saudaranya di dalam bilik.

"So, on my way here, I heard someone said something about 'win her heart'. Care to tell me?" tanya Ibu Rem, mula berbusybody.

Dia kemudian masuk ke dalam bilik, lalu melabuhkan punggung di atas katil bersaiz king milik anak terunanya itu.

Rem mengangkat bahunya ke atas. "Tak payah fikir yang bukan-bukan lah, Ibu. It's nothing."

"Hurm, betul ke ni? Ibu mungkin tak boleh baca fikiran macam Max, tapi ibu boleh baca fikiran kamu, Rem. Semua ibu di dunia boleh buat macam tu. It's called 'Mother's intuition'.'"

"Takde ape lah, Ibu. Tu pasal pensyarah Rem lah. So, tell me, kenapa honeymoon kali ke-39 ni pendek sangat?" tanya Rem, menukar topik.

Ibu Rem mengeluh kuat. "Ayah kamu tu lah. Nak jugak ke Spain. Berapa ribu kali dah kitorang ke sana? Bosan lah Ibu." Rungut Ibunya.

Rem ketawa kecil. Ibu dan ayahnya memang begitu. Jenis yang romantik. Asyik berkepit sana sini. Tak dapat dipisahkan langsung.

Mereka juga banyak menghabiskan masa melancong ke luar negara, atas sebab yang Rem sendiri tak faham. Bila tanya, mudah sahaja jawapan mereka, iaitu "honeymoon".

Ibu Rem kemudian memanggil Rem duduk di sebelahnya. Rem menuruti sahaja arahan ibunya.

"Malam esok ada family gathering. Tok Ayah akan datang melawat kita. Jadi, ibu harap kamu free malam besok dan bersedia." Maklum ibunya.

"Malam besok? Alaaa kenapa malam besok pulak?" tanya Rem, tidak berpuas hati.

Hatinya resah. Plannya untuk memberi surprise birthday gift untuk Lena terbantut pula!

"Kamu ada hal penting sangat malam besok?" tanya ibu Rem.

Rem menelan air liur. 'Apa aku nak temberang ni?'

"Er..esok kan...er...hah! ada perlawanan bola sepak. Er..Harimau Malaya lawan dengan Thailand. Haa, esok." Kata Rem, gugup.

Haa, tahu takut menipu ibu sendiri!

Ibu Rem kemudian bangun dari katil anaknya lalu pergi ke muka pintu.

"Penting sangat ke perlawanan bola tu dari family gathering kita? Ingat, Rem. Tok Ayah akan ada sekali besok. Kamu jangan macam-macam." Pesan ibunya.

Rem mengeluh. Ada je benda yang selalu kacau plan geniusnya. Rem tiada pilihan lain. Pasrah aje dia.

"Baiklah, bu."

MerahWhere stories live. Discover now