Bab 22 - Banyak

5.9K 361 29
                                    


Lena membetulkan rambutnya buat kali terakhir. Hari ini dia dan rakan-rakan serumahnya mahu keluar shopping membeli barang-barang dapur yang sudah habis.

Hari itu jugalah genap dua minggu dia tak nampak atau dengar apa-apa pasal Rem. Lena hairan, dia langsung tak nampak rem di koridor-koridor dewan kuliah, perpustakaan atau di mana-mana sahaja.

'Dia ni tak sihat ke? Ke tak dapat cukup bekalan darah? Atau mungkin dia merajuk kot sebab aku panggil dia assh#le haritu?'

Lena tak dapat menahan diri dari tertanya-tanya. Dia sebenarnya risau!

'Probability untuk Rem merajuk tu tinggi. Aku yakin dia merajuk. Haiii, sensitif betul vampire seekor ni!'

Lena hanya mengeluh kuat. Dia dah jadi tak tentu hala. Rasa kosong sangat tanpa Rem. Hidupnya tiba-tiba jadi aman tanpa usikan dari Rem. Dan dia tak suka hidup aman macam ni!

Lena keluar dari bilik dengan segera. Dia bercadang untuk keluar hari itu untuk menenangkan fikirannya yang berserabut tak tentu pasal.

"Lena!" jerit Alin setelah melihat Lena keluar dari bilik. Lena memberhentikan langkahnya.

"Kau nak keluar macam tu je ke?" tanya Alin, membuat muka 'biar-betul' nya itu.

Lena pandang dirinya atas bawah. Ada baju, ada seluar. Bukannya dia terlupa nak pakai seluar atau baju. Pfft.

"Kenapa? Ada yang pelik ke?" tanya Lena, hairan.

"Kau tengoklah diri kau tu kat cermin. Serabai. Dengan eyebags nya. Macam panda. Dah berapa hari kau tak dapat tidur ni?" Balas Alin.

Dira yang tiba-tiba keluar dari biliknya juga terkejut melihat Lena. "Ini bukannya panda, dah macam zombi dah aku tengok!" katanya.

Lena menarik muka. Tangannya menggosok-gosok mata. Zombi? Dia tak suka zombi!

Alin kemudian menarik Lena masuk ke dalam bilik semula. Dia menyuruh Lena duduk di atas katil lalu membuka laci meja Lena, mengambil alat make-up yang dia hadiahkan tempoh hari.

"Sini, aku make-up kan." Katanya dengan serius.

"Eii, tak nak lah. Aku tak suka make-up make up ni." Balas Lena menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia paling tak suka bermake-up tebal-tebal macam amoi wayang cina atau macam badut-badut sarkas.

"Alah, bukan tebal-tebal pun. Aku janji aku make-up kau lightly je." Pujuk Alin.

"Janji eh. Kalau tebal, aku hisap darah kau." ugut Lena.

'Aik, sejak bila aku pandai mengugut macam rem ni?'

"Hisap darah?" tanya Alin, pelik.

Lena mengeluh. "Takde ape lah. Cepatlah, sebelum aku tukar fikiran nanti."

Tanpa membuang masa, Alin cepat-cepat menyolek wajah rakannya itu. Setelah beberapa minit, Alin pun selesai melakukan tugasnya dengan sehabis baik.

Alin mengambil cermin ala-ala ibu tiri Snow White miliknya lalu berkata, "Mirror mirror on the wall, who is not a zombie anymore?" sebelum menghulurkan cerminnya kepada Lena.

Bulat mata Lena melihat wajahnya sendiri di dalam cermin.

"Comelnya dia! Siapa dalam cermin tu agaknya?" katanya sambil membelek-belek wajahnya.

Pandai juga Alin bersolek rupanya. Hilang semua eyebags di wajah dan wajahnya nampak sedikit berseri berbanding tadi.

Alin menggulungkan matanya ke atas.

MerahWhere stories live. Discover now