Bab 21 - Kecewa

5.3K 372 5
                                    


Rem menekan pedal minyak kereta dengan kuat. Peluh menitik-nitik di dahi walaupun keretanya mempunyai pendingin hawa. Dia nervous!

Rem tahu yang dia sedang memandu melebihi had laju. Laju selaju-lajunya.

Dia tak kisah jika disaman polis trafik pada malam itu kerana gagal mematuhi undang-undang ( jangan tiru aksi kurang bijak ni, gais). Apa yang penting sekarang ialah Lena.

Sebelum sampai ke rumah Lena, dia memberhentikan keretanya di kedai bunga. Kebetulan pula di kedai bunga yang disinggahnya tu ada menjual muffin.

Rem terus membeli sekuntum bunga ros merah di kedai bunga dan sebiji kek muffin bersaiz kecil. Bukannya dia tak berusaha cari kedai kek, tapi kedai yang berdekatan waktu itu semuanya telah ditutup.

Jadi, muffin pun muffin lah! Hentam sajalah! Janji berupa kek. Comel apa muffin.

Rem semakin hampir dengan rumah sewa Lena. Dia seronok sangat nak jumpa Lena sampai dia tersenyum hingga ke telinga.

Dia sendiri pun tak tahu sejak bila dia mula menyukai Lena. Dia tak sedar pun! Terima kasih pada Max yang menyedarkannya.

Tak pernah dia rasa macam ni. Rasa....erm....macam-macam.

(Author pun tak pandai nak describe macam mana. Maklumlah, bukan budak sastera XD )

Secara jujurnya, Rem memang kurang ilmu bab-bab macam ni. Dia tak ada pengalaman. Haha! First love lah katakan.

Benarlah kata orang, cinta itu hadir tanpa diduga. Aceceh!

Senyuman Rem kian pudar apabila melihat ada orang lain yang langsung tak terduga di fikirannya berada di depan rumah Lena.

Faiz.

'Tak guna kau vampire poyo! Sh*t!'

Rem memarkir keretanya agak jauh dari rumah sewa Lena. Dia tidak terus keluar sebaliknya hanya duduk di dalam kereta.

Sakit hati Rem melihat Faiz yang sedang memberi sejambak bunga ros yang besar dan 'seekor' teddy bear yang saiznya lagi besar dari Lena!

Hadiah Faiz lagi advance dari hadiahnya!

Rem tak tahu nak gambarkan perasaannya ketika itu apabila dia nampak Lena menerima semua hadiah dari Faiz dengan gembira dan memberikan Faiz senyuman yang lebar.

Tangan Rem mencengkam dadanya. Hatinya terasa bengkak dan luka. Dia rasa kecewa!

Rem hanya memerhati sekuntum bunga ros merah dan kek muffin yang dibelinya dengan hati yang remuk. Membandingkan hadiahnya dengan hadiah Faiz.

Sumpah dia nampak kesian gila! Nampak macam loser pun ada.

Dan dia tak berkesempatan untuk memberi hadiah pemberian ibunya kepada Lena malam itu!

"Spoiled! He spoiled everything!" jerit Rem.

Tahap kemarahan Rem rasanya dah hampir-hampir nak sampai level tertinggi. Matanya menjadi merah dan taringnya mula kelihatan. Bulu-bulu romanya menegak.

Rem cuba bersabar. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian melepaskan nafasnya perlahan. Ini tak boleh jadi. Dia harus blah dari situ dengan segera. Tak pasal-pasal ada jugak yang mampus malam tu.

Rem cepat-cepat mengalihkan matanya dari melihat Faiz dan Lena, dan terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah sewa Lena dengan hati yang kuciwa.

********

Lena mengambil masa berjam-jam membersihkan diri dari tepung-tepung yang dibaling kawan-kawannya.

Selepas itu, Lena memohon diri untuk masuk tidur awal, tidak join rakan-rakannya menonton Twilight marathon beramai-ramai di ruang tamu. Dia bukan peminat Twilight.

Lena merenung ke luar jendela. Fikirannya entah ke mana. Dia merasakan hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira tu macam tak lengkap.

Dia hanya memerhati kosong hadiah-hadiah yang diterimanya pada hari ini. Yang paling ketara sekali ialah hadiah dari Faiz. Besaq nak mampus!

Dia terkejut benar melihat Faiz berada di depan pintu rumah sebentar tadi. Siap nyanyi lagu happy birthday lagi.

Lena hairan bagaimana Faiz boleh tahu lokasi rumahnya. Bila ditanya, dia kata rahsia. Derghh.

Besar sungguh bunga yang diberi Faiz. Secara jujurnya Lena sebenarnya tak suka bunga. Dia bukan gadis bunga. Tapi dia menerima sahaja hadiah dari rakan lamanya itu.

Faiz juga ada memujinya comel tadi sebab comot dengan tepung. Lena rasa macam nak bagi penumbuk sulungnya saja. Comel apa macam tu? Such a sweet talker.

Lena perasan Faiz tu bukan macam rakan lama yang dikenalinya. Faiz yang dulu bukanlah Faiz yang sekarang. Apa orang kata, puberty hit them like a truck? Haa, macam tu.

Dan Faiz kini lebih matang dan kelihatan handsome. Tapi takde lah sehensem Rem.

Eh?

Cakap pasal Rem, tadi sewaktu dia menerima hadiah Faiz di luar rumah, dia rasa macam ternampak kereta Rem berlalu pergi dari situ.

Tapi Lena macam tak yakin. Dia fikir tak mungkin lah Rem datang ke rumahnya pula.

Lena memanjat katil single miliknya. Mengambil smartphone yang dicas.

Tadi neneknya ada menelefonnya, untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya (kebanyakannya meluahkan isi hatinya yang rindu kepada cucunya yang seorang lagi, yakni Rem).

Sampai habis bateri fonnya! Lena membelek isi fon. Berlambak-lambak notifications masuk. Semuanya pasal birthday dia hari ni. Semua pakat wish.

Semuanya dari mereka-mereka yang mengenali dirinya, menggelarkannya sebagai kawan. Lena mendapati tiada mesej atau whatsapp yang masuk dari Rem. Kata kawan!

Lena berasa agak kecewa. Bukankah seorang kawan sepatutnya wish sesuatu pada hari lahir kawannya?

Lena menepuk dahi. Baru dia ingat. Dia tak ada nombor telefon Rem!

Sepanjang mengenali jejaka vampire tu, mereka langsung tidak bertukar-tukar nombor. Dia dan Rem juga tak 'friend' di fesbuk atau Twitter. Ergh.

Dengan rasa menyampah dan agak kecewa, Lena menutup lampu tidur, cuba sedaya upaya untuk melelapkan mata.


Love is like a wind, you can't see it, but you can feel it. – Nicholas Sparks



p/s: Masih tak henti gelak sebab tak reti nak describe pasal cinta! Poyo je kan. Haha. Terima kasih pakcik nicholas, kini author dah tahu apa itu cinta! *emoji gelak keluar air mata* 

MerahWhere stories live. Discover now