Bab 15 - Darah

6.6K 425 17
                                    

Sudah dua hari Rem dan Lena tidak bercakap, dan tidak bertegur sapa. Sudah dua hari jugalah Rem menginap di rumah itu (Lena berasa sungguh tidak selesa dengan keadaan itu) kerana Nek Leha bermati-matian menyuruh Rem tinggal di situ sehingga cuti pertengahan semester mereka berakhir.

Penat Lena memujuk neneknya agar membenarkan Rem pulang, namun neneknya itu degil sungguh. Si Rem pun satu, ikut aje cakap neneknya.

Sudah dua hari jugalah Nek Leha berusaha melakukan apa sahaja yang dapat difikirnya agar Lena dan Rem berbaik semula, namun semuanya tidak berjaya.

Dia juga dengan gigihnya menyembunyikan seguni bawang putih atau mana-mana bawang dalam rumah itu dari pandangan Rem dan Lena, dan cuba me'minimum'kan penggunaan bawang-bawang tersebut.

Gigih tak gigih? Namun, semua usahanya tidak membuahkan hasil! Berbunga pun tidak!

Akhirnya, Nek Leha pun give up!

"Lantak kau orang lah! Malas aku nak fikir lagi." Kata Nek Leha.

Sudah dua hari jugalah Lena perasan Rem cuba sedaya untuk menelan semua makanan yang dihidangkan kepadanya setiap kali waktu makan.

Paling mengejutkan Lena, Rem (masih bajet cool) menjamah sahaja ikan patin masak tempoyak yang dimasakkan oleh nenek Lena.

Ahah! Siapa sangka vampire pun boleh makan ikan patin masak tempoyak! Edward Cullen pun tak pernah tau!

Lena fikir mungkin Rem tidak mahu nenek mengesyaki yang bukan-bukan. Atau mungkin juga Rem mahu menjaga hati nenek. Lena tidak pasti yang mana satu.

Tapi apa yang Lena pasti, Rem tidak mahu langsung bercakap dengannya. Rem hanya bercakap dan bergurau senda (atau menggedik bagi Lena) bersama neneknya sahaja.

Apabila Lena ada bersama, dia tidak dipedulikan langsung. Seolah-olah dia tiada di situ. 

Dan apabila neneknya sengaja meninggalkan mereka berdua di ruang tamu atau dapur, Rem yang pada mulanya ceria, bergelak ketawa bersama neneknya, bertukar masam dan dingin dengan Lena.

Tak pasti sama ada dirinya sedang marah atau bersedih dengan keadaan itu, Lena hanya mendiamkan diri dan banyak menghabiskan masanya di dalam bilik.

Pada malam ketiga, Lena yang sedang membaca komik Lawak Kampus, secara tiba-tiba membaling komik kesayangannya itu ke dinding dengan kuat. Dia frust!

'Oh, kau ignore aku, ya. Buat macam aku ni tak wujud pula! How dare you? Aku pun nak merajuk jugak lah!'

Hati Lena tak tenang. Mindanya asyik terfikirkan pengtengkarannya dengan Rem tempoh hari.

'Merajuk konon.'

Sesungguhnya Lena tak tahu vampire pun boleh merajuk! Alahai..tak macho langsung!

Mula timbul rasa bersalah dalam diri Lena. Dia juga tiba-tiba rasa menyesal mengejek Rem dengan bawang putih tempoh hari.

 Apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur! Bubur pun dah basi!

'Hek eleh, bawang putih je kot.Chill chill dah lah. Tak payah lah nak hangin satu badan!' 

Lena bermonolog sendirian, cuba menenangkan dan memujuk dirinya yang tak tenang.

Tiba-tiba, Lena terdengar bunyi seakan gelas jatuh di tingkat bawah, atau mungkin lebih tepat lagi di dapur.

MerahWhere stories live. Discover now