"Weh, dia bengang tu. Sudah-sudah lah."
Rem tidak mempedulikan kata-kata si Max yang asyik menasihatinya agar tidak mengganggu Lena. Dia tahu Lena sedang bengang.
Dan Rem juga sedang bengang. Dari semalam lagi dia tak dapat nak tidur nyenyak. (Vampire pun tidur, okay). Dia pening memikirkan apakah identiti Lena dan neneknya sebenarnya.
Rem memang senyap je dalam kereta semasa mereka pulang dari kampung nenek Lena. Segala pertanyaan Lena juga diabaikan. Dia buntu. Asyik memikirkan apa yang Nek Leha kata.
Sebaik sahaja dia menghantar Lena ke rumah sewanya, dia terus memecut balik ke rumah agamnya.Cepat-cepat memarkir keretanya di garaj rumah. Enjin di kereta pun belum dimatikan lagi, laju aje dia menuju ke perpustakaan milik keluarganya di tingkat dua.
Habis semua buku di perpustakaan di rumahnya diselongkar, mencari rujukan. Namun semuanya menghampakan dia. Tak ada clue langsung!
Sebenarnya Rem rasa tercabar. Dia vampire keturunan diraja kot! Dia dianugerahkan pancaindera yang agak sensitif dan luar biasa, lebih 10 kali ganda dari kaum jenisnya.
Tak pernah lagi dia gagal mengesan identiti seseorang, sama ada manusia atau tidak.Dia juga dianugerahkan dengan pancaindera yang membolehkan dia mengesan bau seseorang itu walaupun jauh beribu batu.
Rem sememangnya terkenal dengan gelaran 'The Shadow Tracker' di kalangan kaum vampirenya. Bayang pun tak terlepas dari genggamannya.
Dan dia geram sungguh apabila dia tak dapat nak hidu identiti Lena dan neneknya!
Jadi, dia sengaja mengheret Max ikut bersamanya ke kuliah Lena pada hari itu.
Dia dah tak tahu cara lain lagi, selain meminta tolong Max membaca fikiran Lena, manalah tahu dia akan dapat apa-apa info kecil tetapi penting. Lepasni, target seterusnya ialah nenek Lena.
Kuliah fizik pun fizik lah. Pelik sangat ke budak bio belajar fizik?
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi tepat. Kuliah pun sudah berakhir. Belum sempat pensyarah berkata ayat cliche,"Okay class, see you again tomorrow", laju je Lena keluar dari dewan kuliah.
Rem cepat-cepat mengemas barang-barangnya.
"Bro, cepat bro. Lena dah blah tu. Aku dah lah tak dapat hidu dia." Kata Rem, menggesa Max yang masih lagi terhegeh-hegeh mengemas barang-barangnya.
Cepat-cepat Rem dan Max keluar dari dewan kuliah lalu mengejar Lena yang sudah jauh dari situ.
"Lena!" panggil Rem, masih mengejar Lena. Dengan menggunakan kelajuan vampirenya, dia dan Max kini sudah berada di hadapan Lena.
Rem nampak mata Lena merah semacam. Tiba-tiba Rem rasa cuak pulak.
"What do you want from me, assh*le?!" marah Lena.
Nafasnya turun naik turun naik.Obviously bengang.
Tudia. Lena mengamuk.
Max kini mengangkat tangannya tanda menyerah. "Whoaa. Relax, girl. Jangan tanya aku, tanya mangkuk ayun ni, dia yang heret aku. I'm totally innocent."
Lena kini memandang tajam ke arah Rem. Kelu lidah Rem untuk berkata-kata.
'Come on, Rem. Cakap something! Mak aih. Renungan Lena ni macam nak bunuh aku je.'
"Dude, dia memang ada niat nak bunuh kau." Balas Max tergelak sorang-sorang.
Rem memberi pandangan 'kau-nak-mampus-ke' kepada Max.
Tiba-tiba, sebelum Rem berkata sesuatu, datang seorang pelajar lelaki berbaju kemeja putih, bertali leher, dan memakai kasut berkilat menyilau mata menghampiri mereka.
"Lena! Rose Dhelina kan?" katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Lena.
Lena yang sedari tadi merenung Rem dengan pandangan tajam, kini mengalihkan pandangannya kepada lelaki yang menegurnya.
"OMG! Faizzudin Shah Bakri! Apa kau buat kat sini, doh?" tanya Lena. Dia kemudian memeluk erat rakan lamanya itu. Rakannya juga membalas pelukan Lena.
Rem dan Max yang berada di situ hanya memerhati Lena dan rakannya. Rem tiba-tiba rasa meluat melihat aksi di hadapannya itu.
"Tengok lah aku, kad matrik tergantung di leher, apa lagi? I'm a freshie!" balas Faiz setelah melepaskan pelukannya.
"You are what? First year? Serius ke? Dulu kau kata dah tak nak sambung belajar." Balas Lena, langsung tidak mempedulikan kehadiran Rem dan Max.
(Sebenarnya dia dah lupa mereka ada di situ sebab terlalu gembira bertemu rakan lamanya semula.)
"Manusia kan berubah?" balas Faiz.
Rem mengetap giginya. Memandang Faiz dengan meluat.
'Manusia konon. Dengan Lena kau boleh nak tipu. Dengan aku jangan haraplah, dasar vampire poyo,dan perasan hensem!'
Max ketawa secara tiba-tiba. Geli hati mendengar isi hati Rem. Lena dan Faiz kini mengalihkan pandangan mereka kepada Rem dan Max.
Baru Lena perasan mereka masih di situ!
"Diorang ni kawan kau ke, Lena?" tanya Faiz, memandang Rem dan Max dengan curiga.
"Tak, tak tahu. Sape-sape entah." Balas Lena menggulungkan matanya ke atas.
"Cool. Kalau macam tu, jom, tunjukkan aku kafe yang paling sedap dalam U ni. Aku belanja." Balas Faiz, meletakkan tangannya di atas bahu Lena, mengheret Lena berlalu dari situ.
"Okay, cool. Aku memang suka orang macam kau ni. Bukan yang annoying macam someone tu." Kata Lena,berlalu pergi bersama Faiz entah ke mana.
Rem dan Max hanya memandang Lena berlalu pergi bersama rakan lamanya tanpa berkelip.
"Dude, kau tak nak follow diorang ke?"
"Tak nak ah aku! Menyampah pulak aku tengok diorang ni. Eeii menyirap darah betul."
"Are you sure? How about our misi 'mendengar-fikiran-Lena-manalah-tahu-dapat-info-penting' tu?" tanya Max.
"Lantak lah! Malas dah aku. Lantaklah dia lah siapa dia tu sebenarnya! Lantak dia jugak lah nak blah dengan siapa pun!" kata Rem, marah.
"Wuuuuu. I sense jealousy.Tapi mamat vampire tu nampak secocok benar dengan Lena, kan. Apa orang kata, bagai pinang dibelah-belah?. Haa, gitu." Kata Max, sengaja mengapi-apikan Rem.
Rem tidak membalas kata-kata rakan baiknya itu. Sebaliknya dia terus memecut, berlalu pergi dari situ meninggalkan Max yang kini tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.
YOU ARE READING
Merah
Teen Fiction{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...