Kereta Porsche putih milik Rem memasuki perkarangan rumahnya. Rem dan Lena keluar dari perut kereta lalu berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Mereka terserempak dengan Max di ruang tamu.
"Ah! Here comes the lovebirds. Duduk lah dulu. Aku pergi panggil Aunty kat dapur." Katanya.
Rem mempelawa Lena duduk di salah satu sofa. Tak lama kemudian, muncul ibu Rem membawa satu dulang yang berisi segelas air yang berwarna ungu.
Mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang excited.
"Lena, silakan. It's Ribena. Kaya dengan vitamin C." Kata ibu Rem mempersilakan tetamunya untuk minum.
Ibu Rem ni duta produk Ribena ke?
Lena ketawa kecil. "Terima kasih, Aunty. Susah-susah je."
Rem tersenyum geli hati melihat ibunya. Ada-ada saja.
"Tak susah pun Lena. Aunty hanya transfer dari air kotaknya saja ke dalam gelas." Kata ibu Rem sambil tersengih.
"Ibu, cepatlah. Apa yang ibu nak bagitahu kitorang?" kata Rem, menyedarkan ibunya dari terus bercakap benda merapu.
"Oh ya. The truth. Ibu dah jumpa salah satu jalan nak bantu kamu berdua atasi...the curse."
Rem dan Lena memasang mata dan telinga mereka kepada mode alert.
"How?" tanya Rem.
"Ibu tahu satu perpustakaan lama yang ada banyak maklumat penting dan sulit mengenai semua benda yang berkaitan bukan manusia ni. Ianya hanya boleh dilihat pada tengah malam sahaja untuk orang-orang yang....macam kita. Buka waktu tengah malam." Kata ibu Rem.
"Mungkin di sana kamu boleh dapatkan maklumat yang boleh membantu. Tak salah kalau kita cuba kan?" katanya lagi.
"Mana ibu dapat tahu benda ni?" tanya Rem.
"Kawan ibu beritahu ibu kelmarin. Katanya dia selalu jugak ke sana mencari rujukan." Balas ibu Rem.
"Baiklah. Jom kita pergi sekarang." Kata Lena dengan bersemangat. Dia sudah bangun mahu keluar dari rumah sebelum tangannya dipegang Rem.
"Whoa. Relaks lah. Awal lagi ni." Kata Rem dengan malas.
"Kalau awak tak nak pergi, biar saya pergi sorang-sorang." Balas Lena dingin.
"Lena. Kenapa ni? Relaks lah. Belum tengah malam lagi kan." Kata Rem pelik dengan sikap Lena yang tiba-tiba dingin. Datang bulan ke dia ni? Tadi elok je.
"Kita dah takde masa sekarang ni awak tahu. Bila-bila masa je saya boleh bunuh awak! Saya tak dapat nak tidur malam fikirkan benda ni. Saya risau. Ni melibatkan nyawa awak, boleh tak serius sikit?!" Lena melenting.
Lena panas hati. Boleh pulak Rem ni nak relaks-relaks? Ni benda serius okay! Hati Lena tak tenteram dari tadi lagi.
Dia rasa nak meletup saja pada waktu tu.
Boom!
Dengan tiba-tiba pasu bunga yang berada di ruang tamu tu berderai pecah. Terkejut semua orang yang berada di situ.
Lena juga terkejut. Ni semua angkara dia kah?
"Oh God. What have I done?" kata Lena menutup mulutnya yang ternganga tadi dengan tangannya.
"Omo! Omo, omo, omo..Nasib baik tu pasu murah. Fuh, nasib baik." Kata ibu Rem pula, mengurut-urut dadanya.
Boleh pulak ibu Rem ni kisah pasal pasu bunga dia waktu tu?
YOU ARE READING
Merah
Jugendliteratur{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-apa yang berkaitan, dia tahu spesis-spesis vampires atau dracula ni takut matahari. Boleh membawa maut...