Bab 34 - Jodoh

5.3K 322 8
                                    

Lena memandang sayu ke arah kaunter pembayaran di dalam sebuah kafeteria. Makanan yang dipesan langsung tak terluak. Alin hanya menggeleng kepala melihat kawannya.

"Hoi." tegur Alin.

"Apa?" tanya Lena, matanya masih lagi merenung kaunter pembayaran, atau lebih tepat lagi, seseorang yang sedang membayar di kaunter pembayaran.

Kini Lena merenung sambil menongkat dagu pula.

"Pergi lah tegur dia. Buat apa kau tunggu lagi. Dah hampir 6 bulan kot." Kata Alin, lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Mata Lena tak berganjak dari memandang orang tersebut. Dah masuk 6 bulan dia hanya merenung orang itu dari jauh. 6 bulan dia tak tegur orang tersebut. Dan 6 bulan dia menahan rindu pada orang tersebut.

Rem.

Ya, orang tersebut ialah Rem. Sejak kejadian buruk yang menimpa dirinya dan Rem 6 bulan yang lalu, Lena tak pernah bercakap walau sepatah pun dengan Rem.

Ya, Rem masih hidup. Dr Jack dan lain-lain datang tepat pada waktunya dan sempat menyelamatkan Rem pada hari tersebut.

Namun tidak Nek Leha. Nek Leha tak berjaya diselamatkan, kerana meninggal di tempat kejadian. Sehingga sekarang, Lena masih tak dapat nak memaafkan dirinya kerana dialah punca neneknya meninggalkan dunia ni.

Orang-orang bawahan Max pula ditangkap manakala Max pula dibawa pulang oleh Tok Ayah mereka. Apa yang mereka buat padanya pun Lena tak tahu. Dan dia memang tak mahu ambil tahu.

Dan berkenaan Rem pula, Lena mengambil keputusan untuk menghilangkan memori Rem menggunakan kuasanya.

And yes, cliche sangat kan.

Tapi Lena dah tekad. Itu lah yang terbaik buat dia dan Rem. Tiada siapa menghalang tindakan lena, termasuklah keluarga Rem sendiri. Mereka ikut sahaja kehendak Lena.

Dan Lena hanya mampu pandang Rem dari jauh. Sebahagian dirinya tak mahu Rem mengingati semua memori buruk berkaitan dirinya, manakala sebahagian lagi dirinya tak henti-henti menjerit agar Rem mengingati siapa dia.

Dan Lena teringat akan kata-kata ibu Rem sewaktu mereka mula-mula bertemu dahulu.

"True love. It's real, Lena. You will found it. One day. Bila mana kamu sanggup berkorban apa sahaja demi dia. Dan bila mana kebahagiaannya lebih penting dari kebahagiaan kamu sendiri. Ketika itulah kamu tahu."

Dan Lena tahu dan sedar, yang dia cintakan Rem. True love do exist.

Sebab tu, dia mahu Rem menjalani kehidupan yang bahagia, tanpa perlu risau mengenai kuasa Lena sebagai seorang castor yang mungkin boleh menimbulkan banyak permasalahan kelak.

'Satu hari nanti, kalau ada jodoh, kita pasti bertemu lagi, Rem.'

..........................................................

Lena berjalan seorang diri menuju ke rumah sewanya. Dia kini tidak lagi takut untuk berjalan sorang-sorang malam-malam. Maklumlah, kuasa castornya kan ada.

Ceh. Dah pandai dah sekarang.

Namun sebaik saja tiba di satu selekoh, tiba-tiba dia rasa ada seseorang memegang bahunya dari belakang.

"Opocot mak hang hijau!" Lena melatah. Ya, Lena masih lagi melatah seperti biasa ya. Blame the...er..you-know-what.

Lena pusing ke belakang. Melihat ada seorang pakcik tua berbaju compang-camping tersengih memandangnya.

MerahWhere stories live. Discover now