Bab 1

4.2K 48 0
                                    

"Johan, tolong cepat sikit. Yaya dah lambat ni"

"Kejap, Cik. Dato' yang ajak saya sarapan sekali ni" balasnya gelisah. Takut aku marah dia lah tu. Aku ini memang pantang kalau orang yang tak tepati masa. Tapi alhamdulillah, pemandu peribadi merangkap PA aku ini memang peka dengan waktu. Jadi tiadalah kes bos tengking pekerja kan?

"Saya tunggu awak dalam kereta sahajalah" balasku ringkas yang dibalas dengan anggukan kecil oleh Johan.

Aku duduk di tempat duduk bahagian belakang lalu meletakkan beg sekolahku yang berat dan penuh dengan kerja rumah yang diberi oleh cikgu tempoh hari. Aku peliklah dengan cikgu zaman sekarang ini, waktu cutilah yang mereka suka bagi kerja rumah yang teramat banyak. Cikgu tak tahu ke kami sebagai murid ini pun nak merehatkan otak seperti cikgu juga? Kami tak pernah kacau cuti cikgu pun. Kenapa cikgu perlu kacau cuti kami?

Sambil menunggu si Johan sarapan baiklah aku main telefon bimbitku sekejap. Rutin harianku tak lain tak bukan mengemaskini maklumat syarikat aku yang sedang giat membangun. Sampai tak cukup tangan aku nak uruskan. Rasa macam nak belah jasadku ini jadi dua dan selesaikan semua hal-hal kerja yang tak pernah habis ini. Inilah dugaan bagi 'usahawan muda' seperti aku ini. Siapa yang berminat nak jadi usahawan muda. Aku nasihat fikirlan betul-betul dan bersedialah mental dan fizikal dahulu. Ingat senang ke nak cari duit?

Eh? Membebel pulak aku ini! Aku belum intro lagi kan? Maaflah terlupa pulak. Okey, cerita begini.. Nama aku Nur Aisyah Zulaikha. Namaku persis isteri nabi yang mulia dan baik pekertinya namun jika dibandingkan aku dengan Saidatina Aisyah memang macam langit dengan bumi! Buat pengetahuan anda, aku baru sahaja berumur 17 tahun dan masih bersekolah. Kerjaya aku adalah sebagai seorang pelajar dan usahawan muda. Memang penat buat dua kerja dalam satu masa. Waktu pagi aku harus ke sekolah untuk menuntut ilmu manakala selepas sahaja tamat waktu persekolah, Johan akan segera menjemputku untuk segera ke pejabat pula bagi menguruskan hal perniagaanku. Niat aku hendak berhenti sekolah sahaja, tetapi memandang papa, Dato Harith Ahmad tak izinkan aku untuk berhenti sekolah maka wajiblah bagi aku untuk turutinya. Itulah serba sedikit maklumat peribadi aku.

Anganku terhenti tatkala pintu kereta bahagian pemandu dikuak. Barangkali Johan sudah selesai bersarapan agaknya.

"Maaf Cik saya lambat. Mari kita gerak sekarang" ucapnya gopoh.

"Hmm" balasku pendek memaparkan sedikit kemarahan kepada Johan yang makan macam siput tadi.

Johan menghidupkan enjin lantas terus memandu ke sekolah. Dalam perjalanan, Johan akan memberitahu dan mengemaskini jadual harianku yang meliputi mesyuarat, penyeliaan, lawatan kilang dan macam-macam lagi. Memang pecah kepala kalau tak pandai urus. Tetapi inilah impian yang selama ini aku idamkan sejak kecil lagi. Aku lahir dari keluarga yang bukan senang. Semuanya bermula 3 tahun lepas. Dahulu, abah masih belum dikurniakan gelaran Dato' lagi. Dia hanyalah lelaki biasa yang tak dikenali sesiapa. Namun, takdir menyebelahi ayah. Kami dipertemukan dengan seorang kawan baik ayah yang terputus hubungan sejak kecil lagi. Beliau yang banyak membantu ayah dan aku untuk memulakan perniagaan sehinggalah kami mempunyai perniagaan sendiri yang maju dan berjaya. Aku bersyukur atas segala nikmat dan berkat yang dikurniakan Allah SWT.

Sekali lagi, lamumanku terhenti apabila brek kereta ditekan kuat. Kereta selalunya akan diberhentikan betul-betul dihadapan pintu pagar sekolah. Aku menjenguk keluar, nampaknya aku sudah sampai di perkarangan sekolah. Nasib sempat sampai sebelum loceng berbunyi. Kalau tidak, pasti nama aku akan dicatat oleh pengawas yang bertugas. Aku keluar dari perut kereta dan berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas.

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now