Part 9

965 16 0
                                    

Aku menunggu di luar pintu rumah. Mana agaknya Raudhah ini? Janjinya hendak datang ambilku untuk ke Kolej Islam An-Nur lebih kurang jam 8 pagi. Ini dah 15 minit aku berdiri tercongok di hadapan pagar rumah namun batang hidungnya pun masih belum kelihatan. Ini yang aku rasa macam hendak pelesing sahaja kepalanya. Siaplah engkau Raudhah! Kau sampai sahaja sini aku cubit-cubit lengan kau nanti. Jangan tak kenal akulah Raja Ketam. Sekali aku cubit memang pasti esok ada kesan lebam di badan mangsanya. Inilah padahnya Raudhah.. memang dia dan lambat tidak dapat dipisahkan. Dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah!

Pin! Pin!

"Hai adik manis.. marah kaa?"

Aku membuat muka masam sepuluh sen tanda protes dengan kelewatannya. Sudahlah lewat, dengan muka tidak selembanya boleh pula dia berseloroh. Ish.. Geramnya!

"Mana ada marah. Suka.. suka sangat aku berjemur pagi-pagi ini kan banyak Vitamin D" balas aku bersahaja. Biar terpanah tepat ke dadanya.

"Alolo.. okey, memang salah aku. Aku lambat. Dahlah tu.. jom masuk kereta cepat"

Daun pintu kereta Mercedes Benz aku buka lantas membolosi perut kereta mewahnya. Itulah yang aku suka akan Raudhah, walaupun dia merupakan anak jutawan yang ternama di Kuala Lumpur ini, dia masih kekal berendah diri dan tidak pernah memandang hina pada yang kekurangan. Duit di dalam dompetnya sentiasa ada untuk diberikan kepada yang kurang berkemampuan. Sekali dia bersedekah bukan seringgit, tetapi RM50! Tiada siapa yang pernah aku jumpa yang imannya setebal iman Raudhah. Kalau lah aku seperti itu jugak!

Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kemalangan yang berlaku tadi. Mana tidaknya rasa sekejap sahaja, sepanjang perjalanan kami berkaraoke lagu-lagu hit Melayu dan Inggeris. Memang itu hobi kami setiap kali naik kereta. Kata sahaja hendak ke Kolej Islam, namun lagaknya seperti mahu ke pasaraya. Setibanya kami di perkarangan Kolej Islam An-Nur, Raudhah memarkir kereta berhampiran dengan pintu masuk dewan kerana katanya tidak mahu berpanasan sewaktu balik nanti. Kemudian, kami membolosi perut kereta lalu berjalan menuju ke arah dewan utama.

"Raudhah.." ucapku sayu. Bunyi seperti orang yang sedang kesakitan.

"Kenapa? Ada masalah ke?" balas Raudhah yang kelihatan sedikit kaget.

"Tadi aku tunggu kau awal sangat sampai tak sempat nak sarapan. Aku lapar"

"Oh.. lapar rupanya. Ingatkan apa tadi. Dah jom kita pergi makan dekat kafe. Lagipun tidak silap aku Along pun tengah minum di sana"

Setibanya kami di kafe aku mendahului Raudhah untuk melihat pilihan makanan yang terdapat disini. Almaklumlah, ini kali pertama aku jejakkan kaki di Kolej Islam An-Nur jadi jakun sedikitlah. Mata aku meliar melihat menu-menu yang pelbagai di sini. Ada makanan Melayu, Barat, Timur Tengah dan bermacam-macam lagi. Naik juling mataku memilih menu bertuah yang bakal memenuhi perutku yang kelaparan ini. Penglihatanku tertancap pada menu papan tanda yang tertulis bubur kambing. OMG! Bubur kambing itu makanan kegemaranku sejak kecil lagi. Kalau satu hari makan sepuluh kali pun masih tak muak-muak. Bukan senang sekarang hendak mencari penjual bubur kambing. Apabila aku bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak lagi menjual bubur kambing, alasan yang kerap Diberikan ialah harga kambing terlalu mahal. Tidak balik modal bagi mereka untuk menjualnya menu itu lagi.

Buk!

Eh! Bunyi apa itu? Aku meliarkan mataku sekeliling di lantai namun masih tidak jumpa barang yang jatuh tadi. Risau pula jika ianya barangan milik aku. Liaran mataku terhenti sewaktu aku ternampak dompet kulit yang terlantar di atas lantai. Aku rasa ia milik lelaki yang berada dihadapan aku kerana mengikut logik aku dia sahajalah individu yang paling sedikit jaraknya dengan dompet itu. Lagipun ini dompet lelaki kan? Kemungkinan milik pemuda ini agaknya dompet tadi. Apa kata aku bertanyakan pada dia dahulu. Harap-haraplah dia pemiliknya, tak adalah malu aku nanti. Aku tundukkan sedikit badan lalu mencapai dompet tersebut dari lantai kafe.

"Awak.. Ini dompet awak ke?"

Lelaki itu memusingkan perlahan badannya ke arah aku. Dup.. dap.. Kenapa hati aku rasa seram sejuk ini walhal aku masih belum lagi melihat lagi wajah pemuda yang berdiri di hadapan aku ini. Badannya digerakkan lagi sampai hampir 180 darjah dipusingkan. Akhirnya seluruh tubuhnya telah benar-benar bertentangan denganku. Dia.. dia..

"Us.. us... taz.." bicaraku tergagap-gagap. Lidah ini seperti dibelit ular rasanya. Aku tidak bisa menutur kata yang seperti yang ada di mindaku.

"Saya bukan Ustaz, saya senior di sini nama saya Akhi Syahir. Kenapa ya?"

Kenapa? Dia boleh tanya aku kenapa? Takkanlah dia langsung tidak mengenali aku? Sedikit pun tidak ke? Saat hatiku tersenyum riang kerana dapat berjumpa mata bertemu mata dengan orang yang aku cinta, oranh yang aku rindu selama ini. namun dia? Dia masih gagah berdiri dihadapanku seperti oranh asing yang bertemu dijalanan dan yang paling luluhnya dia tidak mengenali aku siapa. Ini akulah! Ini Yaya! Orang yang paling sayang Ustaz, orang yang paling cinta Ustaz dan orang yang Ustaz berjaya tonggang terbalikkan hidupnya sewaktu Ustaz menolak kasihnya. Air mataku mula berlinang. Namun, bisik hati aku ini tidak mungkin didengari jiwa sucinya itu. Aku sedar aku ini memang tidak bermakna di matanya. Tetapi, aku mahu di tahu yang dia sentiasa masih menjadi pertama di dalam hatiku. Aku mengelap air mata yang seperti sudah hampir gugur mencium bumi. Tidak mahu dilihat oleh yang bakal menimbulkan kecurigaan nanti.

"Ini.. Awak punya?" ucapku satu persatu. Masih tergagap-gagap namun aku cekal mengeuatkan diri berbicara dengannya.

"Oh! Ya saya punya. Terima kasih" katanya sambil menyeluk poketnya mencari-cari dompetnya yang hilang tadi.

Senyuman yang dilemparkannya terus terbang melekat di hatiku. Ya Allah.. apakah ini coretan takdir indah engkau? Engkau hadirkan dirinya didalam hidupku disaat aku hampir membuang segala memori kami bersama. Saat aku sudah berjanji pada diri untuk berhijrah kejalanannga. Tapi kenapa? Tapi kenapa kau datangkan dan putik rasa cinta dan kasih ini kembali? Kenapa.

Wang dihulurkan kepada makcik penjaga kaunter yang peramah tadi. Banyak hal-hal berkaitan Syahir yang diceritakan padaku. Aku pun hairan kenapa makcik ini terbuka hati untuk menceritakan semuanya padaku? Biarlah! Aku sudah malas hendak memikirkan kisah yang lalu ini lagi. Aku meletakkan bubur diatas dulang yang disediakan. Mataku ligat mencari meja yang sudah Raudhah 'cop' tadi. Di mana pula si minah ini duduk? Sudahlah aku ini berdiri di tengah-tengah orang ramai, serupa mak mati anak sudah aku ini. Terbeliak biji mataku yang masih lagi giat mencari kelibatnya. Yes! Sudah jumpa. Dengan pantas aku berjalan ke arah mejanya yang terletak di tepi tiang sana. Kelihatan Raudhah, Along dan seorang lelaki di meja itu. Tetapi siapa pulak lelaki yang duduk disebelah Alongnya itu? Takkanlah.. d.. di.. dia..

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now