Sesampainya aku di rumah, kereta diparkir di bawah tempat letak kereta berbumbung oleh Johan lalu dia terus pulang ke rumahnya semula kerana sudah lewat malam.
Kakiku melangkah perlahan menuju ke dalam rumah agam milik papa. Cahaya dari lampu siling yang masih terang-benderang dari dalam rumah membuatkan aku yakin bahawa mama dan papa masih tidak tidur lagi.
Air mata yang tak berhenti-henti menitis sejak di kolej sehinggalah sekarang telah membuatkan mata aku kelihatan sedikit sembap. Pantas aku menyeka air mata yang masih berbaki kerana takut pula akan menimbulkan kecurigaan oleh papa dan mama.
Daun pintu aku tolak dengan perlahan yang mungkin kerana seboleh-boleh aku tidak mahu mama dan papa sedar akan kepulanganku. Aku tidak mahu mereka ternampak keadaan wajahku ini. Fuh.. masih tidak kelihatan lagi kelibat mama dan papa, mungkin mereka sedang khusyuk menonton televisyen di dapur agaknya.
"Apa yang terhendap-hendap tu Aisyah Zulaikha? Mama sedar yaya balik sebab mama dengar bunyi enjin kereta Johan tadi". Ujar mama dengan selamba sambil melemparkan senyumannya yang sinis.
"Hihi.. Yaya hendak naik dululah, nak mandi. Good night ma! "
Cepat-cepat aku menukar topik kerana takut mama ternampak mata aku yang sembap ini. Daripada bermacam-macam lagi soalan yang bakal timbul, baiklah aku chow dulu!
Berlari aku menuju ke dalam bilik. Sahaja aku tonjolkan sikap ceria dan gembira di hadapan mama. Aku tidak mahu mama dan papa syak apa-apa kerana melihat wajah aku yang sembap dan pucat.
Masuk sahaja bilik, aku terus menuju ke bilik mandi. Wudhu' diangkat bagi menunaikan solat Isyak dan beberapa lagi solat sunat. Aku masih ingat lagi pesanan Syahir iaitu walau macam mana susah dan sedih pun kita pada waktu itu, Allah tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat. Bila kita sedih maka carilah Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selesai sahaja solat, tikar sejadah yang menjadi tempat aku sujud tadi aku lipat dan menggantungkannya kembali di dalam almari. Tiba-tiba, insiden yang berlaku tadi di Kolej An-Nur tadi mula singgah kembali dan berlegar-legar di dalam kotak mindaku.
Lafaz istighfar diungkapkan dari bibir hamba yang hina ini. Sungguh, aku sedikit pun tidak mahu mengingat kembali apa yang telah terjadi tadi. Bagi aku, kisah cinta aku dan Syahir itu hanyalah cinta monyet yang tidak terbalas olehnya. Itulah hakikat yang aku harus sematkan dalam jiwaku.
Badan yang sudah lemah dan ditambah lagi dengan mata yang sudah bengkak tadi aku lemparkan di atas tilam katil yang empuk. Doa dipohon kepada Allah agar segala apa yang telah aku buat hari ini dapat diampunkannya dan agar hari esok akan menjadi hari yang lebih baik dari hari ini.
________________________________
Pagi-pagi lagi aku sudah mencelikkan mata kerana hari ini ialah hari persekolahan. Baju sekolah sudah aku gosok dan buku-buku aku telah susun semuanya semalam. Seusai solat subuh, aku lantas turun ke tingkat bawah bagi mengalas perut sebelum gerak ke sekolah.
" Good Morning sayang! " ujar mama yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.
" Morning mama.. morning papa.. "
" Papa nak tanya sikit boleh tak? Kenapa malam tadi Yaya nampak macam baru lepas menangis? Bergaduh ke? ".
Soalan papa itu membuatkan aku hampir tersedak nasi goreng yang masih belum sempat aku telan. Aku sudah agak yang papa dan mama pasti perasan mata aku yang sembap semalam. Apa aku nak jawab ni?
" Assalamualaikum Bos! Jom pergi takut nanti jem pula ". Laung Johan yang baru sahaja sampai beberapa detik lalu.
" Okeylah mama dan papa, Yaya pergi dulu ya. Bye! "
Fuhh.. Jantungku yang tadi berdegup laju kembali tenang. Nafas berat di hela tanda lega. Nasiblah Johan tiba tepat pada waktunya, kalau tidak? Pasti aku terpaksa berterus dengan mama dan papa.
Perjalanan ke sekolah lancar cuma trafik agak perlahan kerana berlaku kemalangan kecil di simpang sekolahku. Cuma sebuah motosikal tergelincir di bahu jalan akibat jalan raya yang amat licin selepas hujan. Namun, ramai pengguna jalan raya yang membantu pemandu tersebut yang aku lihat masih dalam keadaan baik.
Aku turun dari kereta dan terus menuju ke kelas. Sudah tidak lama aku tidak berjumpa dengan Maya. Mana tidaknya, aku asyik tidak hadir sahaja ke sekolah kerana ada beberapa simposium keusahawanan yang terpaksa aku hadir. Mata aku melilau-liau mencari Maya sesampainya aku di kelas. Mana pula dia ini?
" Aisyah Zulaikha! Rindunya kau! ". Laung Maya.
Terasa seperti badan aku dipeluk dari belakang sambil melonjak-lanjak. Pelukannya aku balas erat bagi membalas segala rindu yang membuku di dalam hati ini. Ceh.. ayat ter 'sweet talk' pula.
" Aku pun rindu kau jugak! ". Balas aku dengan nada keriangan.
" Tau tak hari ini kita tak perlu belajar dari lepas rehat sehingga balik? " soal Maya kepadaku.
" Tak tahu pun. Kita ada program apa? "
" Takpe.. Biar aku yang briefing kau. Hari ini kita ada tazkirah motivasi dari seorang Ustaz yang terkenal. Tapi aku lupa nama dia. " balas Maya dengan muka serius.
Tazkirah? Kenapa pula tiba-tiba Ustaz hendak buat tazkirah. Selama ini program motivasi kerap diadakan pada setiap hujung tahun. Tetapi mengapa tahun ini, awal tahun lagi sudak ada tazkirah bagai? Alah! Tak usahlah berat-beratkan kepala. Bagus juga ada tazkirah kerana sekurang-kurangnya dapat juga aku tambah ilmj di dada. Betul tak?
________________________________
Kringg.. Bunyi loceng sekolah dudah berbunyi menandakan waktu rehat baru sahaja tamat. Plastik bungkus nasi lemak yang aku makan tadi, aku kemas lalu buangkannya ke dalam tong sampah berdekatan. Langkah aku atur berjalan ke arah Maya yang sedang menunggu aku di tepi tangga. Tiba-tiba kedengaran seperti ada yang memanggilku.
" Aisyah Zulaikha! Sini sekejap! " jerit Ustazah Rahmah dari pintu utama bilik guru.
" Ya cikgu. Ada apa? " soalku yang sedikit kemengahan berlari tadi.
" Nanti selesai sahaja tazkirah, saya hendak minta tolong awak bawa penceramah makan di bilik VVIP yang saya sudah sediakan. Awak pun boleh makan sekali. Berbual-buallah dengannya supaya Ustaz tidak terasa janggal nanti, kan awak sudah mengenalinya. Boleh kan? ".
Permintaan Ustazah Rahmah tadi aku hanya balas dengan anggukan bercampur-baur dengan kebingungan. Apa maksud Ustazah yang aku sudah mengenalinya? Nama penceramah itu pun aku tidak tahu, lagilah mengenalinya. Tidak kisahlah! Yang penting aku dapat makan dengan sedap nanti.
Ligat pandanganku mencari di mana Maya berada. Bukan ke tadi dia di tepi tangga ke? Ke mana pula dia pergi ni? Tiba-tiba, mataku tertancap pada individu yang sedang melambaiku. Pandangan ditajamkan ke arab lambaian tersebut. Maya rupanya! Dengan pantas aku berlari ke arahnya yang sudah berdiri di hadapan pintu masuk Dewan Tazkirah An-Nur. Tak pasal-pasal pula dia yang harus menunggu aku.
________________________________
" Maya, aku nak lelap sekejap tau. Kalau penceramah dah sampai cepat-cepat kejut aku ". Ujar aku pada Maya yang sedang khusyuk membaca buku.
" hurm.. " balasnya ringkas.
Pandanganku semakin lama semakin kabur. Riuh-rendah dari perbualan para pelajar tingkatan 5 berubah menjadi sayup-sayup kedengaran. Minda aku kosong, tidak lagi berhubung dengan alam nyata. Kini aku sudah 100% tidur.
" Weyh! Weyh! Bangun! Ustaz dah sampai " ujar Maya yang sedikit mengejut.
Kelopak mata yang tertutup rapat aku gigih buka dari lena tidur tadi. Pandanganku masih kabur. Dimanakah Ustaz yang popular seperti yang dikhabarkan Maya pagi tadi? Aku menggosok mataku dengan tisu sambil mengeluarkan segala taik mata yang sempat aku hasilkan sebentar tadi. Hah! Barulah jelas sikit pandangan ini. Kepala aku tegakkan kembali dan pandangan di arahkan ke hadapan.
Aku kaget. Jantung aku berdegup pantas. Sama seperti perasaan sewaktu di Kolej An-Nur. Nafas aku terasa berat untuk dilepaskan. What?! Apa Syahir buat dekat sini?!
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?