Bab 3

1.6K 25 0
                                    

2 tahun yang lepas..

Yaya : Assalamualaikum kak mawar. Ni Yaya. Akak sihat ke?

Kak Mawar : Waalaikummussalam Yaya. Alhamdulillah akak sihat. Kenapa adik whatsapp akak?

Yaya : Saya nak tanya akak ada kenal mana-mana cikgu yang boleh ajar Bahasa Arab secara online tak?

Kak Mawar : Rasa macam ada. Nanti akak bagitahu awak kalau dah confirm.

Aku tersenyum gembira. Memang niat aku dari dahulu hendak mahir bahasa syurga iaitu Bahasa Arab. Alangkah indahnya jika aku dapat memahami kitab suci Al-Quran tanpa perlu membaca tafsirannya. Hampir setiap jiwa umat Islam mengimpikan perkara yang sama. Namun, segala keinginanku ini harus disulami dengan usaha. Aku lebih senang untuk belajar di atas talian atas kesuntukkan masa kerana tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan PMR. Dengan jadual tuisyen yang amat padat ditambah lagi dengan kerja rumah yang diberi oleh guru bagi pemampanan prestasi kami sebagai para pelajar memang tidak sempat aku untuk ke mana-mana untuk belajar Bahasa Arab.

Aku meletakkan telefon di sisi katil lalu aku sambung menyelesaikan kerja rumah Matematik yang tertangguh tadi dek kerana sibuk chat dengan Kak Mawar. Kakak angkat kesayanganku. Kami kenal melalui Twitter sahaja namun dia sentiasa ada dikala waktu susah aku mahupun senang. Masa berlalu begitu pantas. Mata aku terasa begitu berat untuk dibuka lagi. Biasalah kalau buat amalan yang baik terutamanya mengulang kaji dan membuat kerja sekolah pasti kuncu-kuncu syaitan akan mengganggu kita. Tidak senang hati tuannya melihat Umat Muhammad melakukan perkara yang baik nAkhirnya aku tewas dengan hasutannya. Aku tertidur terbongkang di atas lantai yang beralaskan bantal sofa di ruang tamu. Mainan tidur mula menyusup masuk lalu memutarkan tanyangannya sehingga berjaya mengukir senyuman di bibirku tanpa aku sedari. Yang dimainkan hanyalah memori silamku sejak kecil bergurau bersama rakan-rakan. Tiba-tiba mimpi aku terhenti. Bunyi ringtone telefon aku berdering menandakan ada whatsapp yang abru sahaja masuk. Lantas aku membuka mata semampunya.

Kak Mawar : Yaya.. Akak dah dapatkan guru bahasa arab untuk awak. Ni nombor dia jadi awak bolehlah hubungi akhi ni.

Apa dia? Akhi?! Mana boleh. Takkanlah aku hendak belajar dengan seorang lelaki. Malulah aku. Sejujurnya aku lebih selesa untuk menghabiskan masa untuk menuntut ilmu dengan orang sejantina. Chemistry dan persefahaman lebih tinggi katanya. Lagipun aku ini jarang berkomunikasi dengan berlainan jantina. Memang terpahat di sanubariku sifat pemalu sejak dahulu lagi.

Yaya : Alamak akak.. Yaya tak biasalah dengan lelaki. Perempuan tak ada ke?

Kak Mawar : Jangan risau akhi ini baik. Dia pasti boleh didik adik sampai pandai. Akhi merupakan guru terbaik tau yang akak kenal.

Yaya : Baiklah kalau akak cakap begitu. Terima kasih sebab sudi tolong Yaya.

Kak Mawar : Sama-sama sayang.

Aku menekan nombor yang baru dihantar oleh Kak Mawar sebentar tadi. Aku meneliti namanya "Shahir". Itulah nama insan yang akan membimbing aku dalam jurusan bahasa arab ini. Tipulah kalau hatiku ini tidak berdegup kencang untuk mula menghantar chat kepadanya. Nak tekan ke tak nak? Aku tutup dan buka contact book aku beberapa kali. Tanpa aku sempat mebuka langkah ringtone aku berbunyi.

Shahir : Assalamualaikum. Ini adik kesayangan akak mawar kan? Nak belajar bahasa arab kan?

Yaya : Umm.. Ya.

Shahir : Okey. Nama saya Shahir. Nama awak?

Yaya : Yaya. Awak boleh panggil saya Yaya.

Shahir : Oh okey Yaya. Saya tak boleh ajar awak malam ini sebab gigi saya sakit sangat.

Yaya : Awak sakit gigi? Kalau macam itu awak belilah ponstan. Itu pain killer untuk sakit gigi.

Shahir : Kat mana nak dapat? 7-eleven ada?

Yaya : Awak ni.. Janganlah buat lawak. Manalah ada dekat 7-eleven. Awak kena pergi beli dekat farmasi.

Shahir : Kalau macam tu sampai esok lah gigi saya sakit. Tak apalah.. By the way Yaya asal mana?

Perbualan kami disambung rancak. Cerita pasal kampung halaman, asal dan pengetahuan aku terhadapa bahasa arab. Katanya senang annti dia nak ajar kalau dia dah tahu aku berada di tahap yang mana. Eh? Kenapa aku macam senang sahaja dengan Shahir? Aku tidak rasa begitu janggal seperti yang aku sangka. Jangan macam-macam Yaya, kau tu budak kecil lagi. Tak usah sibuk-sibuk nak mencari pemilik tulang rusuk kau yang hilang itu. Sampai hari nanti ia bakal datang sendiri.

Jam sudah menujukkan jam 1 pagi. Tanpa aku sedari, aku syok ber'chat' dengan Shahir sampai tengah pagi? Memang aku tidak jangka pun kami akan mudah ngam sebegini rupa. Aku kunci telefonku dan berjalan ke bilik. Aku singgah di tandas untuk mengambil wudhu' lalu terus menghamparkan diri aku di atas katil yang empuk.

Apa akan jadi esok ya? Adakah kami akan sambung chat seperti tadi? Tak sabarnya nak tunggu esok!

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now