Dari tadi kelihatan Aisyah Zulaikha kehulur ke hilir seperti cacing kepanasan. Mama dan Papa yang melihat gelagatnya hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Anak Mama ni kenapa? Cuba duduk diam-diam sebelah Mama sini". Ujar Mama sambil menepuk-nepuk sofa yang masih kosong di sisinya.
Aisyah Zulaikha menurut ajakan ibunya tadi. Langkah diatur menuju ke sofa lalu punggungnya dilabuhkan betul-betul di sebelah ibunya itu.
"Mama.. betul ke keputusan Yaya nak kahwin ni?". Soalnya sayu kebingungan.
"Lagi sehari hendak kahwin baru fikir betul ke tak keputusan sendiri?!". Ucap Mama yang kemudian mencubit kuat lenganku.
Aduh! Sakitnya jangan cakaplah. Memang mengancam. Cubitan Mama yang padu membuatkan lengan aku terasa seperti membengkak. Telapak tangan kanan aku usap perlahan pada bekas cubitan maut mama tadi.
"Bukanlah macam itu. Yaya cuma.. nervous".
Berderai tawa riang dari mulut Mama dan Papa seusai mendengar jawapan itu keluar dari mulutku. Kenapa? Salah ke untuk aku gementar sebegini rupa?
"Tuan, puan, Cik Yaya, mari makan. Semuanya sudah siap." Ujar Bibik Mah sambil membetul-betulkan kain alas meja makan yang sedikit senget.
Lantas kami bertiga bangun menuju ke ruang makan. Punggung dilabuhkan pada tempat duduk masing-masing. Ruang makan masih sunyi sepi dek kerana kami fokus memenuhkan pinggan masing-masing dengan masakan Bibik Mah yang tidak pernah mengecewakan. Memang wallah!
"Yaya, Mama nak pesan sikit ni." Ucap Mama seusai menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.
Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Ujaran Mama tadi aku hanya balas dengan anggukan kecil sahaja. Sungguh minda aku ini masih serabut memikirkan hari 'bahagia' aku yang bakal tiba kurang dari 24 jam sahaja lagi.
Macam mana agaknya ya keadaan Danny di sana? Adakah dia juga ikut sama gementar bersamaku? Ataupun dia hanyak waklek wat peace sahaja?
Pak! Bunyi meja dihentak kuat. Pantas aku berlari keluar dari lamunan tentang 'bakal suamiku yang tercinta'.
"Berangan lagi! Aisyah Zulaikha dengar tak apa yang Mama cakap tadi?." Berang Mama kerana aku asyik mengelamun sewaktu Mama sedang menasihatiku tadi.
"Hihi.. Maaf Mama. Jika tidak keberatan, dengan izin boleh saya mintak Datin Maria mengulang semula pesanan ringkas anda tadi?."
Selorohku yang membuatkan Mama lagi naik angin. Habis muka Mama sudah menjadi merah padam. Sekejap lagi pasti bertukar hijau pula. Macam Hulk! Hihi..
"Ish budak ini! Kita tengah serius ini, dia boleh buat lawak. Biar! Biar padan muka esok terketaq lutut masa malam pertama, Mama dan Papa tak mau tolong, kan abang?."
Dengan pantas lengan Papa dipeluknya erat tanda Mama dan Papa telah bersatu untuk membiarkan aku hilang arah pada esok hari. Sampai hati!
"Okey.. okey.. janganlah doa macam itu. Belum malam pertama pun Yaya dah berketaq lutut memikirkannya. Cepatlah Mama ulang sekali lagi." Rayunya dengan suara yang sayu.
Mama masih mendiamkan diri sahaja. Papa tertawa melihat sikap kami berdua yang tak ubah seperti budak-budak sekolah rendah. Tak habis bergaduh, seorang sudah merajuk pula.
Terdengar bunyi derapan kaki seseorang menuju ke ruang makan sambil dihiasi dengan lagi When We Touch nyanyian Cascada. Lagu kegemaran aku itu. Eh? Itu bukan bunyi ringtone telefon aku ke?
"Maaf Yaya, Bibik Mah mengganggu makan semua. Ini dari tadi telefon Yaya yang tertinggal di dapur tak henti-henti berdering. Mungkin ini panggilan penting rasanya." Ucap Bibik Mah sambil menghulur telefon bimbitku yang masih lagi berdering.
Telefon bimbitku telah bertukar tangan kepada genggaman aku. Skrin telefon aku kerling bagi melihat siapakah gerangan pemanggilnya itu. Huh! Kan aku sudah kata, pasti 'bakal suami tercinta' yang menelefon aku. Siapa lagi yang sudi menelefon aku melainkan Danny kan? Hihi..
Punat terima aku tekan lantas terus berlalu ke ruang tamu untuk mendapat sedikit privasi sewaktu bercakap dengan Danny. Malu pula jika perbualan aku dan Danny didengari Mama dan Papa. Takut pula diejek oleh Papa nanti.
"Assalamualaikum.." suara Danny sayu yang keluar dari corong telefon bimbitku.
"Waa.. aalaikummus.. salam awak." Balas Aisyah Zulaikha tergagap-gagap.
"Kenapa ni? Awak nervous ke untuk esok?"
Kenapalah waktu-waktu macam inilah dia nak tanya soalan cepumas ini. Ya! Memang aku sedang gementar sampai nak makan pun tak selera. Mandi pun tak basah. Puas?
"Ha'ah. Tak tahulah hati saya ni dup dap saja dari pagi tadi."
Kedengaran tawa kecil Danny sejurus mendengar jawapan dari aku. Mungkin dia geli hati melihat keadaan aku yang seperti kebudak-budakan kot.
"Okeylah bakal isteriku, jangan nervous-nervous okey? Yang penting esok kita kahwin!" Seloroh Danny lantas terus matikan panggilan.
Aku menggeleng kepala perlahan, apalah nasibku dapat bakal suami yang nakal seperti Danny itu. Bukannya mahu menenangkan aku mahupun memberiku semangat, malah dia ketawakan pula bakal isterinya ini! Tunggu esok! Siap awak saya kenakan!
Langkah aku atur kembali menuju ke ruang makan. Mama dan Papa yang hampir selesai makan mula berkemas membawa pinggan yang kotor ke arah dapur. Tinggallah aku seorang diri menjamu selera menghabiskan makanan yang berbaki di dalam pinggan tadi.
Seusai selesai makan, lauk-pauk yang terhidang tadi aku simpan kembali ke dalam bekas-bekasnya lalu meja makan aku lap dan mengemaskannya seluruh meja semula.
Habis selesai sahaja segala kerja-kerja mengemas ruang makan tadi aku terus kembali ke kamar tidur. Kelihatan jam sudah menunjukkan jam 10 malam, waktu yang tepat untuk beradu kerana esok merupakan hari yang akan memenatkan. Baik aku tidur dahulu. Selamat malam dunia!
________________________________
"Aku terima nikahnya Aisyah Zulaikha binti Dato' Kamal dengan mas kahwinnya sembilan puluh ribu ringgit tunai."
Dengan hanya satu lafaz, aku kini sudah bergelar isteri. Saat saksi mengesahkan akad yang dilafazkan Danny tadi, segala gementar yang aku kandung dari semalam beransur hilang.
Seluruh ahli keluarga berpelukan sesama sendiri dan ada juga diantaranya yang menitiskan air mata. Mungkin semua masih tidak sangka bahawa aku merangkap cucu bongsu dan anak saudara kesayangan seluruh ahli keluarga ini sudah mendirikan rumah tangga. Terasa seperti baru sahaja semalam aku dan sepupu yang lain bermain-main di taman.
Danny yang tadi sibuk berpelukan dengan saudara mara yang lain di hadapan tok kadi tanpa disedari sudah terpacak duduk benar-benar dihadapanku. Pantas tangannya yang sedikit kasar mencapai jari jemari kecilku lalu disarungkannya dengan cermat cincin bertatahkan yang berlian sebagai bukti tanda cinta kami pada hari ini.
Kucupan hangat dari bibirnya singgah di ubun-ubunku buat seketika. Sungguh, ini adalah masa yang paling indah dalam hidupku. Pertama kali aku merasakan cinta seorang insan yang bergelar lelaki yang dahulunya stranger tapi sekarang lover!
Benarlah kata mereka, kemanisan perkahwinan itu tidak dapat dirasai sehinggalah kita sendiri yang mendirikan mahligai cinta kita. Saat itulah segala duka, suka, bahagia dikongsi bersama tanpa sebarang kompromi. Terima kasih Allah!
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?