" Abang?! ".
Tanpa berdalih lagi, Yaya lantas memeluk erat suaminya itu. Kehangatan tubuh seorang lelaki yang selama ini dirindukan akhirnya bertaut kembali. Alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah.. Terima kasih Allah.
Tanpa disedari, air mata sayunya menitis. Perasaan yang bercampur baur ini membuatkan dia tidak menahan sebak apabila melihat wajah pemilik syurganya.
" Sayang.. jangan menangis please.. setiap air mata sayang yang mencium bumi akan menjadi satu penyiksaan di hati abang. Sesekali pun abang takkan biarkan cinta hati abang ini menangis. ".
Pelukan hangatnya itu dieratkan lagi. Ubun-ubun isterinya itu dikucup sebagaimana saat pertama kali dia mengucup isterinya yang sah itu sewaktu akad nikah.
" Abang nak yang sayang tahu yang walaupun bencana dan bala membadai yang cuba memisahkan kita, andai ini Coretan Takdir Kita, kita pasti akan bertemu jua ".
Benar kata Allah, takdir itu sentiasa milik-Nya. Walau sekuat mana pun kita berusaha mengubah takdir-Nya, apa sudah tertulis di Sidratulmuntaha pasti akan berlaku jua.
" Ehem.. kalau nak jejak kasih sekejap lagi boleh kot pakcik rasa. Apa kata kita semua duduk dulu dan makan bihun goreng yang Mak Mah masak ni. Perut pakcik dah krok krek krok krek dari tadi ". Ucap Pak Mat.
Berderaian tawa mereka mendengar penyataan dari Pak Mat tadi. Boleh pula dia potong stim drama cerekarama sweet-sweet suami isteri tadi. Hish Pak Mat ni kan!
" Maaf.. maaf.. jom sayang kita duduk makan. ". Ucap Syahir sambil merangkul kemas pinggang isterinya itu.
" Amboi kamu berdua ni.. nak duduk pun pakai sayang sayang. Jadi apa tunggu lagi? Jemputlah duduk Mak Hajah sayang intan payung oii.. ". Seloroh Pak Haji memerli pasangan suami isteri itu.
Masing-masing mengambil tempat untuk melabuhkan punggung sebelum menjamu selera. Bihun goreng panas-panas diceduk lalu teh panas dihirup bagi membasahkan tekak yang kering di waktu petang ini. Seusai makan, Pak Haji dan Mak Hajah pulang ke rumah mereka manakala yang lain masuk ke dalam kamar tidur untuk berehat.
______________________________________
Sayup-sayup azan Maghrib yang berkumandang singgah di telinga Aisyah Zulaikha yang membuatkannya terjaga. Kelopak mata cuba dibuka namun terasa berat seperti ada yang menghalang. Badan yang cuba digerakkan ke sisi katil juga gagal seperti ada sesuatu yang berat menimpanya.
Kepolak mata dikuak. Anak matanya ligat mencari punca dirinya tidak boleh bangkit dari pembaringannya. Kelihatan lengan sasa suaminya itu merangkul kemas pinggang sehingga ke perutnya sementara kakinya menimpan betis ketingku. Amboi.. memang dia ingat aku ini teddy bear ya main peluk-peluk. Sudahlah badan tu banyak otot! Berat pula tu.
Sekali lagi, dia cuba meloloskan diri dari rangkulan suaminya itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu perlahan-lahan dia mengangkat lengan Syahir.
"Ehem. Sayang nak pergi mana?". Ucap Syahir lalu memperkemaskan lagi rangkulannya itu.
Kini wajah Aisyah Zulaikha benar-benar berada di dada bidang suaminya itu. Memang tiada jalan lain untuk keluar. Apa yang harus aku lakukan ni?
"A..ab..abang..". Ujar Yaya tergagap-gagap.
"Hmm.."
"Abang dengar azan Maghrib". Soal Aisyah Zulaikha.
"Hmm.."
What? Hmm je dia balas. Eh suami aku ni, boleh pula dia nak main-main. Aku cubit kang baru tau!
"Abang! Cepatlah lepaskan tangan dekat pinggang ni. Yaya nak mandi lagi nak solat lagi." Keluh isterinya sambil menumbuk-numbuk lembut dada suaminya.
"Boleh, dengan satu syarat. Boleh ke tidak? Kalau tak abang peluk lagi kuat eh? Hihi...". Seloroh Syahir.
"Ish Abang ni! Ya la.. ya la..". Kini Aisyah Zulaikha mengalah dengan suaminya. Sudah malas nak melayan kerenah Syahir yang serupa budak-budak sekolah yang tak matang.
"Abang... abang nak mandi dengan sayang!"
"Amboi... mengada-ngada pula eh abang ni! Dah bangun-bangun! Saya kira sampai tiga kalau abang tak bangun Yaya cubit nanti. Satu.. dua.. tiga!"
"Awwww! Sakitlah!". Jerit Syahir.
Aisyah Zulaikha yang sudah terlepas dari rangkulan suaminya yang kesakitan itu sepantas kilat berlari menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum bersolat. Macam nak pecah perut dia ketawa melihat reaksi suaminya selepas dihadiahkan cubitan 'manja' di perutnya tadi. Itulah.. lain kali jangan main-main dengan Aisyah Zulaikha tau!
Selesai mandi dan berwudhu' Yaya kembali mengatur langkah ke bilik kamar tidur mereka. Apa agaknya si suami kesayangannya itu sedang lakukan ya? Entah sudah bangun ke belum?
"Ya Allah.. tidur lagi suami aku ni. Nasib badan dapat laku macam ni punya perangai." Bebel Yaya di dalam hati sewaktu melihat suami yang masih terbongkang tidur di atas katil.
Aisyah Zulaikha selangkah mendekati suaminya. Tuala dipegang sebagai alas agar air wudhu' yang diangkat tadi tidak terbatal kerana bimbang bersentuh dengan suaminya nanti.
"Sayang.. sayang.. bangunlah..". Ucap Yaya dengan nada memujuk sambil menolak-nolak lengan suaminya.
Masih tiada respons. Badan suami masih kejung terkaku di atas katil kampung itu.
"Sayang.. sayang.. ba..bangun..". Ucap Yaya sekali lagi namun kini dengan tolakan yang lebih kuat.
Hatinya mula tidak sedap. Ada sahaja perkara negatif yang mula bermain di mindanya. Apa akan jadi kalau suaminya benar-benar mati? Aduh... jadi janda mudalah aku! Taknak!
"Sayang janganlah main-main! Bangunlah!". Panggilan Yaya sudah semakin teresak-esak menggesa suaminya untuk bangun.
Air mata Aisyah Zulaikha sudah mula bergenang. Dia sudah mulai panik. Benar, benar apa yang dibayangkannya bakal terjadi. Dia akan kehilangan suaminya yang tercinta.
"Bahhh!! Ahahah! Alolo sayang juga sayang dekat abang ya?". Seloroh Syahir sambil ketawa berdekah-dekah.
Aisyah Zulaikha yang kaget dengan prank suaminya itu terus terduduk sambil menangis. Dia benar-benar beranggapan bahawa suaminya sudah pulang ke rahmatullah. Perasaan marah dan sedih bercampur-baur.
"Main-main pulak! Orang dah cuak gila kot. Abang ni taknak kawan!". Rajuk Aisyah Zulaikha lalu memalingkan wajahnya.
"Ala sayang.. abang gurau je. Janganlah merajuk. Mari sini abang lapkan air mata tu.".
Dengan sepantas kilat isterinya menepis tangannya dengan tuala.
"Jangan sentuh! Nanti kalau abang lap habislah wudhu' sayang!" Balas Aisyah Zulaikha selamba.
Syahir kekal diam lalu memandang tepat pada mata bulat isterinya itu. Ditenungnya dalam-dalam, sedalam yang mungkin.
1..2..3..
"Apa abang kisah! Nak lap jugak! Jom mandi sama-sama lepas tu abang ambilkan sayang air wudhu' balik! ". Teriak Syahir lalu mendukung isterinya masuk ke kamar mandi.
"Abang!"
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?