Rangka tubuhnya dari belakang membuatkan aku lebih yakin yang sedang duduk itu ialah Syahir. Dengan berjubah putih slimfit dan jambang yang berketak-ketak seumpama badannya yang bisa membuat mana-mana wanita cair, termasuk aku. Namun aku masih menguatkan diri untuk bersua muka dengannya. Hati aku berbisik, walaupun takdir kita bukan untuk bersama, tetapi aku yakin kita masih boleh menjadi sahabat. Nafas ditarik bagi mencari kekuatan yang tinggal.
Dulang yang masih aku genggam erat bagi mengumpulkan semangat dan keberanian untuk berhadapan dengan Syahir. Kedua belah kaki aku arahkan untuk terus melangkah ke arah meja yang sudah diduduki oleh Raudhah, abangnya dan Syahir. Setibanya aku di meja, dulang tadi aku pegang kuletakkan dengan penuh sopan santun sambil kerusi ditolakkan ke belakang bagi memberi ruang untuk aku duduk di hadapannya. Memang tiada pilihan lain, hanya satu sahaja kerusi yang tinggal di meja petak dengan empat tempat duduk. Dengan lebih tepat, didepan Syahir.
"Assalamulaikum Yaya, sudah lama Along tak jumpa kamu. Dah besar kamu ya?" Seloroh Along sambil tersenyum kambing.
"Mana tidaknya, orang tu asyik sibuk sahaja dengan kelas dia, manalah sempat nak jumpa Yaya ni"
"Okay.. okay.. salah Along. By the way, ini kawan Along, Akhi Syahir namanya" terukir senyuman manis dari bibir Ustaz saat Along memperkenalkan dirinya.
"Oh.. Assalamualaikum us.. usta.. eh Akhi Syahir"
Fuh! Nasiblah tidak terlepas panggilan 'Ustaz' itu dari mulut aku, jika tidak mesti mereka akan mula fikir macam-macam di kemudian hari. Habis aku pula yang kena soal siasat nanti. Jantungku berdegup kencang, terasa seperti otot kardiak jantungku ini berlari mengalahkan Usain Bolt. Aku mengaku, aku memang boleh sorok rasa cinta aku ini daripada ketahuan mereka tetapi aku sedar, aku tidak boleh tipu diri aku sendiri saat perasaan cinta itu singgah di hatiku. Jujur aku katakan, tiada sedikit pun luntur cintaku padanya yang masih tersemat kukuh di kalbuku.
"Yaya, nama penuh apa ya?"
Lamunanku terhenti tatkala lelaki idamanku membuka bicara. Apa? Nama penuh? Macam mana hendak cakap ini ya, sebab kalau aku bagitahu nama penuh aku habislah identitiku yang sebenar. Dia pasti dapat cam yang aku ini 'Yaya' pelajarnya dahulu. Aku ingat lagi sewaktu aku baru sahaja masuk belajar kelas Bahasa Arab secara 'online' kami diwajibkan taaruf iaitu memperkenalkan diri masing. Secara automatik kami akan tahu maklumat peribadi setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Oleh itu, aku yakin walaupun tidak banyak pasti sedikit dia pasti hafal nama penuh aku. Aduh.. macam mana ini aku hendak lari dari soalannya ini. Raudhah! Tolong aku!
"Ala akhi.. Yaya ini memang pemalu orangnya. Tak perlulah Akhi nak tahu nama penuhnya sebab dia tak layak masuk dalam calon isteri Akhi" balas Raudhah dengan selamba sambil melemparkan senyuman kambingnya kearah aku.
Walaupun jawapannya itu agak menyakitkan hati, namun aku lega kerana Raudhah berjaya menyelamatkan aku dari soalan 'cepumas' tadi.
Peluh dingin yang mula menampakkan diri aku lap dengan tisu yang aku bawa dari rumah tadi. Seusai selesai bersarapan, kami mula bergerak ke arah dewan kerana memandangkan majlis qasidah akan bermula tidak lama lagi. Berpusu-pusu pelajar dan warga Kolej An-nur berserta orang ramai yang turut memeriahkan program ini memasuki pintu gerbang Dewan As-Syafie. Aku dan Raudha bergerak ke arah tempat duduk muslimat, manakala Along dan Ustaz mengambil tempat dibahagian muslimin.Majlis bermula dengan lancar. Lantunan ayat Al-Quran dan doa sebagai pembuka majlis cukup untuk membuatkan aku berasa sangat sebak. Terasa sungguh jauh dan hinanya aku dengan Tuhan. Jujur, memang dahulu aku jahil. Solat pun kadang buat kadang aku tinggalkan. Kalau nak bercerita tentang amalan-amalan sunat lagilah, tiada satu pun yang aku tahu. Namun hari ini aku perlahan-lahan melangkah untuk mendalami agama walaupun aku harus menempuhi pelbagai rintangan.
"Ya Badratim.. Ya Badratim.."
Tanpa aku sedari, air mata suciku ini jatuh mencium bumi. Sungguh aku rindu untuk mendengar suara sayu ini. Suara yang cukup indah ini yang berjaya mencairkan hati kerasku ini. Kepala yang tunduk aku donggakkan menghadap ke atas pentas. Ligat mataku mencari pemilik suara yang indah ini. Bebola mata yang tadi asyik meliar terhenti. Mata bertemu mata. Jiwa bertemu jiwa. Tepat pandangan aku dengannya bertembung. Dia turut memandang aku dengan penuh makna, penuh rasa. Sudah lama aku impikan saat ini dari dahulu sewaktu cinta baru berputik. Ya Allah.. kenapa Engkau uji aku sebegini rupa? Aku mohon, tolonglah tarik balik rasa cinta ini terhadapnya. Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Sebak hati aku tidak tertahan lagi. Aku mengelap pantas air mata yang semakin deras mengalir agar tidak kelihatan oleh Raudhah. Dek kerana aku tidak dapat menahan sebak yang menterang hatiku ini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah tanpa Raudhah. Dengan pantas aku bergerak keluar dewan lantas menelefon Johan.
"Hello Jo, ambil aku sekarang" arah aku dengan tegas.
"Kenapa bos? Ada masalah ke?" Balas Johan yang kedengaran sedikit panik.
"Kau bos ke aku yang bos" balasku ringkas.
Aku terus mematikan panggilan bersama Johan tadi kerana esakan tangisan ini tidak dapat ditahan lagi. Semakin mencurah-curah air mata aku yang jatuh ke bumi. Beberapa minit menunggu Johan di kawasan tempat letak kereta, kelihatan kereta Mercedesz hitam matte membelok simpang memasuki perkarangan dewan. Kereta diberhentikan di betul-betul hadapan aku lalu berlari anak-anak si Johan ke arah pintu penumpang bagi membukanya untuk aku.
Aku menoleh ke belakang, kelihatan seorang lelaki yang berjubah putih sedang berjalan pantas ke arah aku. Mata aku ini masih tidak boleh lagi melihat sepenuhnya ditambah lagi dengan air mata yang masih ligat mengalir keluar dari mata. Penglihatanku ditajamkan bagi mengecam wajah si empunya badan yang berjubah putih itu. Apa?! Syahir?! Kenapa dia berjalan ke arah aku pula. Habislah kalau dia nampak aku sedang menangis sejurus sahaja bertemu pandangan dengannya tadi di dalam dewan.
"Johan! Jalan cepat!" Arah aku yang sedikit gopoh kepada Johan.
Johan yang masih kekeliruan terus menekan keras pedal minyak kereta mengikuti arahan aku yang aku berikan tadi. Bayang-bayang Syahir tadi semakin hilang dari pandanganku. Nafas berat dihela dari deria bauku. Lega sungguh aku tidak bersua muka dengan Syahir lagi. Sungguh aku tidak kuat menghadapi semua ini. Aku tidak larat lagi menidakkan perasaan yang semakin hari semakin mekar di dalam hati aku ini. Apa sepatutnya yang harus aku lakukan? Sama ada aku patut memberitahunya identiti sebenarku atau aku hanya patut berdiam diri sahaja?
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?