" Thank you everyone, you may dismiss ". Ucap Aisyah Zulaikha sebagai penutup mesyuarat mingguan untuk kali ini.
Buku catatan ditutup dan semua barang-barang miliknya disumbat masuk ke dalam beg tangan. Seusai itu, beg tangan dipegang di sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang Macbook kesayangannya.
Langkah pantasnya terhenti sewaktu terasa bahunya ditepuk seseorang. Badan dipusingkan ke arah belakang bagi mencari tuan punya tangan yang menepuknya sebentar tadi.
" Boss, cepat boss gerak hari ini. Kenapa tergesa-tergesa ni? ". Soal Johan merangakap pemandu dan pembantu peribadi.
" Hari ini ada suprise dari mama. Itu yang saya kena cepat ni. Tolong hantar saya balik boleh? Tapi awak kena drift sikit la sebab saya takut lambat sampai rumah ". Permintaan Yaya dibalas dengan anggukan laju oleh Johan.
Hati Yaya masih tidak tenang memikirkan kejutan pada hari ini seperti yang diberitahu kepadanya semalam. Agak-agak apakah suprise yang mama rancang ya?
Bunyi derapan tapak kasut Johan memotong lamunan aku sekali lagi. Rasanya dia sudah siap bersedia hendak hantar aku pulang. Fail-fail yang berselerakan di atas meja aku kemaskan lalu letakkannya kembali di rak yang telah disediakan.
Bunyi pintu bilik aku diketuk. Selang beberapa saat, kelihatan batang hidung Johan di hadapan meja kerjaku berdiri sambil berpeluk tubuh.
" Boss jom kita gerak! "
____________________________________________
Kereta yang dipandu Johan dihentikan di hadapan rumah. Sewaktu tiba di perkarangan rumah, kelihatan sebuah kereta Hummer berwarna hitam memarkir di kawasan tempat letak kereta di dalam rumah. Setahu aku, papa tidak ada pula beritahu yang dia ada hajat untuk membeli kereta baharu kerana keretanya yang ada pun tidak larat dipakai kesemuanya.
Kalau begitu, kereta siapa pula yang parkir itu? Aduh.. ini yang buat aku risau ni. Entah-entah ada orang nak datang meminang kau kot. Ish! Berangan sahaja aku ini. Siapalah yang sudi nak kahwin dengan aku, Aisyah Zulaikha ni?
" Boss, kereta siapa pulak tu? Saya tak pernah nampak pun ". Soal Johan kebinggungan.
" Saya pun tak tahu. Tak apalah, saya masuk dulu. Awak dah boleh balik ya. ". Ucap Yaya lantas terus melangkah keluar dari perut kereta Mercedesz Benz nya.
Langkah diatur menuju ke perkarangan rumah agam papa. Degup jantungku laju bagaikan atlet pecut peringkat Olimpik. Boleh kalah rasanya juara dunia Usain Bolt. Kenapa aku rasa macam tidak sedap hati? Kenapa aku gementar semacam ni?
Kedua belah tangan diangkat hingga ke paras dada memohon kepada Tuhan agar diberi ketengan kepada hati ini dan mengharapkan tiada perkara buruk yang akan berlaku. Amin.
Perlahan-lahan pintu utama dikuak bagi melihat apa yang ada di dalam.
" Yaya! Balik pun anak mama. Marilah sini "
Terdapat beberapa tetamu bersama mama dan papa yang sedang menjamu hidangan di ruang makan, namun mata aku tertancap tepat pada wajah seorang lelaki berpakaian formal yang membelaknagiku dan masih khusyuk menghabiskan makanannya. Selepas beberapa seketika, wajahnya dipalingkan ke arahku. Apa?! Dia lagi!
" Kenapa tercegat dekat situ lagi? Marilah sini. Ini mama kenalkan Dato' Hisham dan Datin Salmah. ".
" Assalamualaikum Dato' Datin. ". Ucap aku tergagap-gagap sambil mengucup tangan Datin Salmah.
Punggung dilabuhkan disebelah Mama dan berhadapan dengan mamat poyo ini. Pandangan tajam dilemparkan tepat ke wajahnya namun pandanganku hanya dibalas dengan senyuman manisnya. Dia fikir aku akan tergoda ke?! Sorry naik lorry okay?
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?