"Nak mari duduk sini". Ujar Pak Mat kepada gadis itu sambil menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya.
Pak Haji, Mak Hajah dan Mak Mah masih mendiamkan diri sambil memerhati tingkah laku Pak Mat. Katanya inilah rancangan 'bernas' yang akan merungkai misteri antara gadis dan pemuda itu.
"Korang semua tunggu sekejap ya". Ucap Pak Mat lalu berjalan menuju ke bilik kamar pemuda yang dijumpainya.
Selang beberapa minit kemudian, Pak Mat berjalan keluar dari kamar tidur dengan memapah pemuda itu yang kelihatan masih lemah akibat kecederaan yang dialaminya.
Kemudian, pemuda itu didudukkan di tempat kosong di sebelah kirinya pula. Kini Pak Mat yang menjadi pemisah antara mereka berdua.
"Okey.. pertama sekali, aku nak korang tengok jari mereka. Kedua-duanya memakai cincin bukan?". Soal Pak Mat.
"Ya.. betul. Jadi apa masalahnya?". Soal Pak Haji kepadanya kembali.
"Ish kau ni Mat! Kalau aku kata kau bodoh, nanti kau marah pulak! Cuba kau fikir, siapa sahaja yang di dunia ini akan menyarungkan cincin?"
"Pasangan suami isteri". Jawab mereka serentak.
"Ya betul! Jadi aku syak mereka berdua ini suami isteri namun mereka terpisah akibat sesuatu insiden yang masih lagi tidak aku ketahui. Yang di mana si suami tercampak ke ladang aku manakala si isteri tercampak ke landang Pak Mat".
"Oh sekarang aku faham. Jadi maksud kau kemungkinan kejadian itu berlaku di jalanraya yang memisahkan ladang kau dan aku?"
Dengan pantas Pak Mat mengangguk tanda membenarkan kenyataan yang disebut Pak Haji sebentar tadi.
Eh susah betullah orang tu ni, punya penat aku bercerita aku berbuih, hampir 30 minit baru dia perlahan-lahan nak faham apa yang aku cuba sampaikan. Bisikkan hagi Pak Haji benar -benar meluahkan isi hatinya yang geram itu.
"Okey jom kita mulakan. Bismillah. Boleh saya tahu anak ini pernah berkahwin dan mempunyai isteri ataupun tidak?"
Ringkas sahaja soalan yang dilontar oleh Pak Haji kepada lelaki yang kemalangan tempoh hari.
"Say..saya.. rasa ada. Ya! Saya ada isteri."
Fuh.. lega Pak Haji mendengar jawapannya itu. Nampaknya, apa yang dirasakannya selama ini mungkin benar.
"Kalau begitu boleh anak ceritakan bagaimana rupa isteri kamu?"
Lelaki malang itu terdiam. Masing terpinga-pinga dengan soalan yang dianjurkan kepadanya tadi. Mungkin dia sedikit bingung dan mungkin juga masih lupa-lupa lalat lagi.
"Sekejap.. yang saya ingat, anak matanya besar berwarns hazel, hidungnya mancung, dan.. dia mempunyai tahi lalat di.. di pergelangan tangannya."
Semua anak mata tertumpu pada gadis yang mereka syak ialah isteri kepada lelaki itu. Kaget. Semua terpana apabila semua ciri-ciri yang disebutkan tadi memang ada pada diri gadis itu. Memang sah lah gerak hati Pak Haji. Mungkin ada kaitan diantara mereka ini.
"Eh Pak Haji! Power juga kau ya boleh tahu hubungan diaorang ni walaupun ini kali pertama kau berjumpa mereka. Dah macam penyiasat peribadi aku tengok!"
Seloroh Pak Mat membuatkan seluruh rumah ketawa terbahak-bahak. Sedangkan Pak Haji tidak percaya dengan kebolehan dirinya sendiri, yang lain lagilah.
Kemampuan Pak Haji merungkai misteri gadis dan lelaki malang ini benar-benar membuktikan bahawa Pak Haji bukan sahaja seorang ketua kampung yang hebat malah dia juga merupakan seorang berfikiran kritis dan kreatif.
"Baik.. kita sambung pula dengan gadis ini pula. Boleh awak beritahu Pak Haji, adakah anak mendirikan rumahtangga? Kalau sudah, boleh beritahu bagaimana rupa suami anak?"
Kali ini gadis memberikan jawapan lebih pantas berbanding 'suami' nya yang mengambil sedikit masa untuk mengingat kembali beberapa informasi.
"Pernah. Suami saya rambutnya perang, badannya sedikit sasa, kulitnya cerah dan dia mempunyai tanda lahir di betis kanannya."
Dengan pantas Pak Mat bangkit dari kerusi dan menyelak seluar yang menutupi betis kanan lelaki itu.
"Sah! Sah! Memang mereka suami isteri. Alhamdulillah!"
Kesyukuran dan kegembiraan dapat dirasai oleh semua. Mulai sekarang segala resah hati dan kebimbangan berkaitan kedua mangsa ini akan berakhir. Bukan mudah merungkai segala permasalahan, namun dari bantuan Allah Yang Maha Esa semuanya menjadi mudah dan lancar.
"Tapi..."
"Tapi apa Mak Hajah?"
"Diaorang tahu ke yang diaorang ini suami dah isteri?"
Semua terdiam. Betul juga apa yang dikatakan Mak Hajah itu. Memang mereka dapat mengesahkan bahawa mereka ini suami isteri. Namun.. tidak bagi pasangan itu. Apa yang harus mereka lakukan untuk membantu gadis dan lelaki malang itu?
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Fiksi RemajaMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?