Part 15

924 29 5
                                    

" Mama! Yaya keluar dulu tau pergi butik pengantin ". Teriak Aisyah Zulaikha.

" Okay sayang. Jangan lupa balik awal ". Balas Mama ringkas.

" Bye Mama! Love you muah muah! ". Ujarnya dengan nada manja.

Aisyah Zulaikha berjalan terlompat-lompat kecil menuju ke keretanya yang diparkir di halaman rumah. Entah kenapa hari ini terasa seperti gembira yang teramat. Mungkin kerana sebentar lagi hendak berjumpa dengan 'encik tunang' kot. Hihihi..

Butang 'start' ditekan bagi menghidupkan enjin kereta Range Rovernya. Punggung dilabuhkan di tempat duduk pemandu kerana hari ini dia tidak ditemani oleh Johan. Dia sendiri yang akan memandu kereta ke sana. Sementara menunggu enjin kereta panas, telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan.

Ting.. ting..

Nada dering Whatsapp berbunyi. Siapa pula yang menghantar mesej kepadanya pagi-pagi ini kerana tidak silap dia sudah pesan kepada para pekerja untuk tidak menganggunya pada hari ini. Mungkin ada hal penting rasanya. Ikon hijau aplikasi Whatsapp ditekan bagi melihat chat yang baru sahaja dihantar sebentar tadi.

Syahir : Yaya, saya lambat sikit sebab ada mesyuarat. Awak pergi dulu ya? Tak perlu tunggu saya.

Syahir ada mesyuarat? Oh aku lupa yang dia tidak lagi mengajar agama dan beri ceramah. Selepas pertemuan kami di Kolej An-Nur tempoh hari, Syahir sudah move on dengan kesilapan lamanya lalu mengambil keputusan untuk turut serta dalam syarikat pembinaan papanya. Dia mahu mulakan hidup baru bekerjaya untuk menampung kami sekeluarga. Ceewaahh!

Tidak hairanlah dia sibuk kerana pada saat-saat seperti ini memang dia sedang menguruskan projek-projek di syarikat Papa yang masih tertangguh. Inilah kalau hendak jadi isteri ahli korporat memang kena banyak bersabar dan berkorban.

Pintu kereta ditutup, tali pinggang ditarik lalu dikunci dan perjalanan pun dimulakan. Nasib akulah hari ini fitting baju seorang diri.

________________________________

Fail-fail bertimbun yang telah selesai disemak di susun kembali ke dalam rak yang terletak di belakangnya. Nafas berat dihela dari deria hidunya.

" Alhamdulillah.. selesai juga kerja hari ini ". Bisik hati Danny.

Lengan baju dilipat hingga kesiku lalu tali leher ditanggalkan dan beberapa butang baju dibuka. Jam tangan juga dikerling bagi melihat waktu sekarang kerana dari tadi dirinya tidak habis-habis menyiapkan kerja di pejabat sehingga tidak perasan masa berlalu dengan pantas.

" Astaghfirullahaladzim! Sudah pukul 6.50 petang? Macam mana aku boleh tidak perasan hari sudah lewat malam ni? ".

Komputer riba ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg serta telefon bimbit dicapai dan dimasukkan ke dalam poket. Langkah kakinya pula diatur keluar dari pejabat menuju ke kereta.

Enjin kereta dihidupkan dan dengan pantas kereta dipandu menuju ke arah Masjid Al-Fatih. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki di rumah Allah dek kerana asyik sibuk dengan kerja-kerja duniawi sahaja.

Keretanya diparkir betul-betul di hadapan perkarangan masjid. Kelihatan beberapa orang lelaki berumur pertengahan yang sedang berjalan masuk ke dalam masjid.
Langkah diatur keluar dari perut kereta menuju ke arah masjid.

" Ustaz Syahir? Awak Ustaz Syahir kan? ". Sapa seorang lelaki berserban yang mungkin imam masjid ini.

" Ya saya Syahir, encik. Tidak perlukah panggil saya Ustaz, tidak layak saya dengan gelaran itu ". Balas Syahir tersipu malu.

" Ish.. apa pula tak layak Ustaz. Sudahlah jom kita masuk Ustaz imamkan kami semua. Kebiasaannya tengok di televisyen sahaja. Ini beruntung dapat berjumpa di dunia realiti. "

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now