Dup.. dap.. dup.. dap..
"Hahahahaha!" Teriak Yaya sambil ketawa terbahak-bahak.
Danny yang masih bingung dengan sikap isterinya tadi masih mendiamkan diri.
Mengapa agaknya isteriku ketawa terbahak-bahak? Bukankah kami sedang syiok mengadakan adegan romantik malam pertama sebentar tadi? Pelik betul!
"Kenapa sayang ketawa? Abang ada buat lawak ke?" Soal Danny sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya sebenarnya saja je nak kenakan awak. Sekali betul-betul awak tergoda! Hahahahaha!" Ucapnya selamba lantas sambung tertawa sehingga terduduk di kaki katil.
"Kejap.. abang tak faham? Cuba sayang terangkan betul-betul. Janganlah main-main". Ucap Danny yang sedikit kemarahan.
"Okey macam ini.. ingat tak semalam yang awak sakan ketawakan saya sebab saya nervous sehari sebelum akad nikah. Oleh itu, Encik Syahir Danny, saya mengambil keputusan untuk kenakan awak! Sekali betul-betul awak tergoda. Hahahaha!" Balas Yaya selamba lalu sambung mentertawakan suami yang baru sahaja dikahwininya itu.
Apa? Aisyah Zulaikha hendak 'prank' aku rupanya. Pergh! Habis hancur lebur maruah jantanku ini dirobek seorang wanita bergelar isteri. Baru malam pertama aku sudah malu dengannya. Tunggu sayang, nanti pasti abang kenakan sayang balik. Nakal tau dia ni!
Suami kesayangannya itu mula menunjukkan tanda rajuknya. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Lantas tuala dicapai dari ampaian lalu menuju ke kamar mandi bagi menyejukkan diri yang sedang panas.
Suami aku merajuk ke itu? Habislah aku masuk neraka nanti. Opah selalu pesan, jangan buat suami marah kerana syurga aku kini berada di bawah tapak kakinya. Macam mana ni?
Yaya yang dari tadi tidak senang duduk menunggu suaminya yang masih belum keluar dari bilik mandi lagi.
Mana dia ni? Lambat betullah mandi serupa orang perempuan bersiap. Bukannya perlu bersolek ke apa. Hanya perlu sarungkan boxer dan baju tidur. Itu sahaja kan?
"Awak.. merajuk ke tak nak keluar dari bilik mandi?" Pujuk Yaya dengan suara yang mendayu-dayu seperti menggoda.
Seluruh bilik masih kekal sunyi. Tiada balasan apa-apa dari suaminya yang berada di dalam. Hatinya mula memikirkan perkara-perkara yang buruk berlaku pada suaminya. Tak mungkinlah Danny merajuk sampai bunuh diri kan? Merepeklah kau ini Yaya!
"Danny! Sorrylah! Janganlah merajuk lagi. Okey saya janji apa yang awak suruh saya buat pasti saya akan buat dengan syarat awak maafkan saya".
"Boleh! Saya nak awak panggil saya abang. A-B-A-N-G! ".
"Ala.. mana boleh macam itu! Tak nak lah!" Balas Yaya yang tidak bersetuju dengan arahan suaminya.
"Sayang nak abang maafkan sayang ke tidak?"
Aisyah Zulaikha memuncungkan bibirnya ke hadapan melayan kerenah suaminya ini. Mengada-ngada rupanya Syahir Danny ni! Nasiblah kau Yaya dah suami macam ni. Kuat merajuk!
"Ye la.. sorry a..aba.. abang". Ujar Yaya yang tergagap-gagap.
Dengan pantas daun pintu kamar mandi dikuak oleh Danny yang hanya bertuala paras pinggang. Terserlah tubuh suaminya yang penuh dengan otot berketak-ketak. Fuh.. seksinya! Mata bulatnya dikenyitkan kepada isterinya dengan gaya mengghairahkan.
"Eleh.. setakat pakai tuala ada hati nak goda saya! Tak tergodalah!" Ucap Aisyah Zulaikha selamba kepada suaminya.
"Oh.. tak tergoda ya? Apa kata kalau kita...".
Perlahan-lahan langkah Danny diorak mendekati Yaya. Isterinya yang masih tidak memberi respon membuatkan maruah lelakinya kian tercabar. Apa isteri aku ini tidak tergoda ke dengan tubuh badanku yang sasa ini?
"Awak ingat saya takut ke? Meh sini..".
Kini giliran Aisyah Zulaikha pula mendekati suaminya. Kedua belah lengannya dirangkul pada pinggang Danny. Dan.. kemudian..
"BYE! Yaya lari dulu! " Teriak Yaya sejurus menarik tuala tanggal dari pinggang Danny.
Pipi Danny kini sudah berona merah kerana segan dengan tindakan isterinya. Ini pertama kali aku berdiri di hadapan seorang wanita tanpa seurat benang. Malunya jangan cakaplah!
"Ish! Isteri aku ini. Nasib baiklah comel, kalau tidak dah lama aku gigit-gigit baru tau!" Omel Danny dalam hati.
Aisyah Zulaikha yang sudah lari dari kamar tidur mereka terus bergerak ke arah dapur. Terasa haus pula tekak ini selepas 'kenakan' suami tercinta.
Sengaja dia bergurau dengan suaminya bagi mengurangkan sedikit tegang malam pertama. Kata mama, malam pertama merupakan malam paling gementar bagi setiap pengantin baru. Jadi, aku mengambil keputusan membuatkan malam ini malam yang penuh bermakna dalam hubungan perkahwinan kami berdua.
Kotak MILO dimabil dari peti sejuk lalu dituang dalam gelas yang tersedia di dalam rak. Punggung dilabuhkan pada meja makan yang terletak di dapur sambil bermain dengan telefon pintarnya.
"Aisyah Zulaikha.. buat apa malam-malam di dapur ni?" Ujar Umi.
"Ish Umi ni.. terkejut Yaya. Ingatkan siapa tadi. Tak adelah.. tiba-tiba terasa haus pula tekak ni, itu yang turun minum air sikit". Balas Yaya kepada umi yang sedang menyediakan air buatnya dan mungkin buat walid juga.
Kedengaran seperti tapak kaki menuju ke arah dapur. Siapa pula yang kehausan malam-malam buta seperti aku dan umi ini ya?
"Hah! Kat sini rupanya isteri abang!" Ucap Danny kegembiraan yang dibalas dengan sengihan dari Yaya.
"Itulah abang, isteri haus malam-malam ini bukannya hendak teman. Ini sibuk dalam bilik sahaja". Ujar Umi sambil mengacau air di dalam cawan.
"Mana ada abang tak teman, menantu umi ni yang lari. Umi tak tahu apa yang menantu kesayangan umi ini buat dengan abang". Rajuk Syahir Danny sambil bercekak pinggang.
"Yaya buat apa abang?" Soal umi.
Dengan pantas aku menutup mulut Danny takut diberitahu kelakuanku pada Umi pula. Malulah aku kalau umi tahu apa yang aku buat tadi. Mana aci main mengadu-ngadu!
Tapak tangan dinggenggam bersama dengan telapak tangan suaminya, lagak aku berpura-pura sweet dihadapan Umi. Tiba-tiba laju pula jari-jemari suami melingkar dipinggang rampingnya itu. Ambil kesempatan ya dia ni! Gatal!
"Okeylah Umi.. Yaya dah ngantuk nak tidur ini. Jom abang naik atas sayang dah ngantuk". Sambil kepalanya dilentokkan pada bahu suaminya.
"Selamat malam!"
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Novela JuvenilMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?