Mana pula si Along ni? Kata Danny di bilik tadi, Along akan menziarahi kami untuk sarapan bersama-sama kami buat pertama kali sebagai suami isteri.
Syahir Danny tersenyum melihat isterinya yang berkerut-kerut sambil mengacau kuah mee kari sedang dimasaknya diatas dapur itu. Apa agaknya yang agaknya bermain di minda Yaya agaknya ya? Dari tadi seperti memikirkan sesuatu yang mungkin mengganggu kotak fikirannyanya.
"Sayang, apa yang sayang fikirkan? Dari tadi abang tengok macam ada sesuatu yang sayang risaukan". Ujar Danny lantas merangkul pinggang isterinya yang kelihatan comel memakai apron.
"Tak ada apa-apalah abang, sayang cuma fikirkan Along. Along janji nak bersarapan dengan kita tapi dah pukul berapa ni tak nampak pun batang hidungnya, penat sayang masak tau". Balas isterinya lalu memuncungkan bibirnya sedepa.
"Tak apalah sayang, sabar sikit okey. Tapi kalau diaorang tak datang jugak, abang janji abang habiskan satu periuk mee kari ni!". Tapak tangan diangkat tanda dia benar-benar serius atas kata-katanya.
Rangkulan dipinggang isterinya tadi kini dileraikan. Kemudian langkahnya diatur menuju ke almari pinggan mangkuk bagi menyediakan segala kelengkapan di meja makan. Bekas hidangan, mangkuk, sudu dan garfu disusun kemas di atas meja makan.
Sedang asyik mengemaskan meja makan, terdengar loceng rumah ditekan.
Ding! dong!
"Assalamualaikum!". Teriak seluruh ahli keluarga dari luar pintu pagar.
"Waalaikummussalam! Sekejap Danny buka pintu!"
Sebenarnya aku dan Along sudah merancang untuk membuat kejutan untuk Aisyah Zulaikha. Aku tahu pasti isteri kesayanganku itu sudah merindui keluarganya yang tercinta yang sudah seketika tidak berjumpa. Jadi hari ini aku memesan Along agar menjemput seluruh ahli keluarga termasuk Papa, Mama dan adik-beradik yang lain.
"Ya Allah! Kenapa semua orang ada ni?". Ucap Yaya yang terkejut dengan kehadiran keluarga besarnya. Bagai nak menitis air mata terharu dapat bertemu empat mata dengan mereka semua.
"Alamak, macam tak suka je kami datang? Kalau begitu kami balik dululah!". Rajuk Along lalu melangkah dan menguak daun pintu utama rumah adiknya.
"Along! Yaya main-main je lah! Macam budak kecik nak merajuk pula. Ngada ngada!"
Habis berderai tawa seluruh keluarga melihat drama yang dimainkan oleh Along dan Aisyah Zulaikha yang saling tidak ubah seperti kanak-kanak tadika yang bergaduh.
"Okey, Along maafkan. Apa tunggu lagi? Jomlah kita makan air tangan adik kesayangan kita ni kan? Jom!"
Masing-masing mengambil tempat duduk di meja makan. Haruman rempah dari kuah mee kari yang dimasak oleh Yaya tadi benar-benar membuatkan semua terliur.
Acara santapan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Syahir Danny. Ya Allah suami aku ni! Suaranya tak pernah tak merdu, pasti sentiasa akan mencairkan hati lembutku ini.
Suaranya yang mendayu-dayu yang disulami dengan makhraj yang sempurna membuat aku jatuh cinta tak henti-henti. Korang jangan pelik kerana tiap-tiap hari aku akan terus jatuh cinta dengan pemilik suara itu walaupun jasadnya sudah menjadi milikku sepenuhnya.
"Amacam sedap tak masakan Yaya?". Ucap Aisyah Zulaikha yang memecah kesunyian dek kerana semuanya sedang khusyuk menikmati hidangan yang disediakan.
"Mestilah sedap! Mama bangga dengan Yaya! Cuma.. yang Mama pelik, kenapa sebelum kahwin Yaya tak pernah pun nak masak macam ni?". Soal Mama memerli.
"Itu masa dulu memanglah malas. Tapi sebulan sebelum kahwin, Yaya ada baca novel cinta, novel tu kata kalau nak pikat suami, pikat perutnya dulu". Balas Aisyah Zulaikha dengan selamba.
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?