Bab 6

1K 20 4
                                    

Yaya : Ustaz.. sa.. sa.. saya tak sengaja.

Ustaz : Tahu tak saya ajar awak ikhlas. Bukan sebab nak bercinta. Bukan sebab suka-suka! Sebab ILMU tau! Kalau macam ini perangai awak, awak bukan seorang gadis yang baik!

Ouchh! Bukan seorang gadis yang baik? Besar sangat ke salah aku? Aku cuma terlepas meluahkan perasaan aku sahaja. Kalau dia nak reject, aku boleh terima dengan sepenuh hati. Tidak perlulah sampai nak hina aku. Apa di
a ingat dia tu bagus sangat ke? Dah rasa mulia sangat ke?!

Yaya : Baiklah kalau ustaz cakap macam itu! Memang! Memang semua ini salah saya. Saya yang tak fokus dan ikhlas sepenuh hati untuk menuntut ilmu! Tapi, tak perlulah Ustaz cakap saya ini bukan seorang gadis yang baik. Ini dah melampau!

Aku tekan butang send dengan sepenuh hati sambil melepas amarah kerana diriku dihina sebegini rupa. Eh! Kenapa tidak boleh hantar ini? Aku cuba sekali lagi namun masih gagal. Setiap kali aku tekan butang 'send', notifikasi "Error To Send" akan dihantar. Ohh.. aku sudah faham. Ustaz dah block aku lah maknanya. Kurang asam boi betul! Sampai hati dia block aku? Perghh.. sakit betul hati ini rasanya.

Aku campak telefon ku ke lantai tanda aku begitu geram dan bingung mengahadapi situasi ini. Alah! Biarlah, dia nak block aku ke, nak delete aku ke, nak hina aku ke, bukannya ada kesan apa-apa pun padaku. Bukan dia tahu pun wajah sebenar aku kan? Takkan hancur hidup aku hanya kerana seorang lelaki. Siapa setuju dengan aku?

***************************************

Aku menghempas beg sandangku ke atas kerusi. Ish! Kenapalah malang nasib aku ini? Sudahlah semalam kena dumped dengan ustaz, hari ini pula terbangun lewat pula. Nasiblah aku sempat sampai ke sekolah tepat pada waktunya. Apalah perkara buruk yang akan jadi lagi sebentar lagi ya?

"Hoi, kau okey ke?" Soal Maya, rakan sekelasku.

"Muka aku macam okey ke?"

Maya menggelengkan kepala. Tahu pun aku tiada mood hari ini. Yang pergi tanya soalan terlebih bijak tadi buat apa. Kan dah kena tempias moody aku. Aku berjalan ke arah Maya, lalu aku duduk di kerusi sebelahnya yang masih kosong.

"Maya, aku ada benda nak cerita dengan kau" ujar aku perlahan. Takut pula kalau ada sesiapa yang dengar perbualan kami.

"Hmm.. tadi marah-marah aku. Ini tiba-tiba nak cerita pula! Apa dia? Ceritalah cepat!"

"Alah kau ni! Sorry lah. Actually semalam ada orang hina aku. Dia cakap aku ini bukan perempuan yang baik"

"Kenapa pula dia cakap macam itu? Kau ada buat salah ke?"

"Dia Ustaz online aku. Tiba-tiba semalam aku terluahkan perasaan chenta aku dekat dia"

Dengan pantas Maya mengambil buku Sejarah diatas mejanya dan terus memukul kepala aku. Eh dia ini! Dia fikir kepala ini aku beli dekat kedai dua ringgit ke? Berharga tau. Sudahlah tiap-tiap tahun bayar zakat.

"Kau ni bongoklah! Dah kau kata kau nak belajar. Lepas tu tiba-tiba jatuh cinta pula! Dia sudahlah tak kenal kau. Kalau aku yang kena pun aku mesti akan ingat kau ni perempuan gatal dan tak tahu malu!"

Yeke? Teruk sangat ke apa yang aku buat ini? Kalau Maya pun marah atas tindakan aku ini semestinya apa yang aku buat itu salah. Ini semua salah diriku sendiri! Cubalah aku tengok betul-betul message sebelum aku send. Kalau tidak, perkara merepek ini takkan terjadi. Aduh.. macam mana pula aku hendak cari balik laman sosial Ustaz. Aku hendak minta maaf kepadanya atas perbuatan tidak matang aku itu. Agak-agaknya kalau aku cari Instagram dia, ada ke tidak ya?

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now