" Mereka ni tahu ke yang mereka berdua ni suami isteri? "
Fuh! Soalan Mak Hajah membuatkan yang lain terdiam. Betul juga kata Mak Hajah itu, walaupun mereka sudah membongkar misteri antara pasangan malang itu namun semuanya tidak akan selesai sehingga mereka berdua memperolehi ingatan mereka semua.
" Sekejap, Aku tahu. Jom ikut aku! ". Ujar Pak Mat lantas menarik lengan gadis dan pemuda itu. Yang lain hanya membontoti langkah Pak Mat yang seperti hendak menuju ke kereta.
Enjin dihidupkan, pedal minyak ditekan kuat tanpa memberi peluang langsung kepada pedal brek untuk bekerja.
" Weyh Mat, kau bawa kita semua ke mana ni? ". Ujar Pak Haji yang masih keliru dengan tindakan Pak Mat.
Senyap sunyi sahaja keadaan dalam kereta yang dipandu Pak Mat. Masing-masing memilih untuk mendiamkan diri dan mengikut segala rancangan yang terlintas di kotak fikiran orang tua itu.
Krekkk.. pedal minyak ditekan kuat. Serta-merta kereta terhenti di tempat meletakkan kenderaan Pantai Ulu Kampung.
" Okey jom ikut aku. Cepat! "
Pak Mat menguak pintu di bahagian penumpang lalu menarik lengan pemuda dan gadis itu tanpa sebarang kata-kata.
Langkah diatur pantas menuju ke kawasan pantai yang kelihatan masih sunyi dari pelawat yang selalunya membanjiri kawasan pantai ini untuk bermandi-manda.
" Kamu berdua tunggu di sini sekejap, Pak Mat nak berbincang dengan pakcik dan makcik kau kejap ".
" Mat.. boleh kau beritahu kami tak apa yang kamu sedang buat ni? ". Soal Pak Haji.
" Rancangan aku begini... "
Berkerut-kerut kening Pak Haji, Mak Hajah dan Mak Mah mendengar penerangan ringkas Pak Mat. Wajah keraguan mereka jelas memaparkan bahawa mereka tidak begitu yakin dengan keberkesanan rancangan rakan mereka itu. Namun, tiada sesiapa yang berani mempersoalkannya. Semua mengambil langkah selamat untuk kekal berdiam diri.
" Jelas semua? Jom kita lakukan! ". Ucap Pak Mat dengan penuh bersemangat.
Satu persatu langkah dibuka menuju ke arah pasangan malang itu yang sedang di atas bayu di hujung pantai. Jari telunjuk diletakkan di bibir sebagai tanda menyuruh yang lain bergerak dengan nada yang senyap. Jika tidak, rancangan mereka bakal gagal!
Kini Pak Mat berdiri benar-benar di belakang pasangan itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya bagi mengumpul kekuatan. 1.. 2.. 3..
Bum!
Dengan sepantas kilat kepala kedua-kedua pasangan itu dihentakkan kuat antara satu sama lain. Diam. Semua terdiam.
Kini, kedua-keduanya sudah tidak sedarkan diri. Mungkin hentakkan yang dibuat oleh Pak Mat terlalu kuat sehingga fuse otak mereka bergegar sedikit kot.
" Abang?! Apa dah jadi ni? ". Soal Mak Mah yang sudah mula cuak.
" Abang ingatkan kalau abang ketuk kepala diaorang ni kuat-kuat, dapatlah diaorang ingat balik memori sebelum ini. Selalu abang tengok dalam drama tak ada pula sampai pengsan ". Ucap Pak Mat selamba.
" Hish si Mat ni kan! Akan cepuk kepala kau nanti baru kau tahu! Boleh pula dia tengok dalam drama. Kalau apa-apa jadi dekat diaorang ni kau jawab ya! Aku tak nak masuk campur.. ". Balas Pak Haji dengan nada marah.
"Ye la.. ye la.. aku yang salah. Sudahlah, daripada korang asyik salahkan aku baiklah korang tolong aku bawa dua-dua ini pulang."
Dengan kudrat tulang empat kerat warga veteran ini, perlahan-lahanlah mereka mengangkut pemuda dan gadis itu untuk masuk kembali ke dalam.
Sesampainya di rumah, kedua-keduanya yang masih tidak sedarkan diri dibiarkan baring di dalam bilik masing-masing. Mungkin sebuah keajaiban bakal berlaku kan?
Sambil menunggu mereka bangkit dari pengsan, kedua-kedua pasangan veteran ini mengambil peluang untuk menegakkan pinggang yang sudah lenguh mengangkut mereka yang pengsan sebentar tadi. Nasiblah masing-masing kuat minum susu, kalau tidak memang reput hancurlah tulang mengangkat mereka tadi.
" Mah, abang haus lah. Apa kata awak buat air untuk kami semua? "
Tanpa sebarang bantahan, Mak Mah melangkah menuju ke arah dapur sambil diikuti oleh Mak Hajah untuk membantu apa yang patut. Dimanakah lagi tempat perempuan, kalau tidak di dapur kan?
" Haji.. kalau kau rasa mereka masih tak sedarkan diri, apa yang kita patut lakukan ya? ". Soal Pak Mat.
" Aku rasa mereka akan sedar, kau tak perlu risau. Kalau mereka tak bangun juga kita panggil Doktor Amri dari kampung sebelah. ".
Ringkas sahaja jawapan selamba dari Pak Haji kepada rakannya itu. Itulah lain kali fikir dahulu sebelum bertindak. Kan sudah susahkan semua pihak kalau jadi begini?
Butang-butang pada alat kawalan televisyen ditekan bagi mencari siaran yang sesuai bagi memenuhi masa lapang mereka ini. Jari-jemari Pak Mat terhenti apabila tiba di siaran TV11 yang sedang memaparkan siaran langsung perlawanan bola sepak kegemaran mereka.
Walaupun Pak Mat dan Pak Haji ini berkawan rapat sejak 20 tahun lalu lagi, namun mereka pasti berbalah apabila kelab bola sepak kegemaran masing-masing berentap.
" Fuh! Team favourite aku ni main, pasti kalahlah group kau! ". Seloroh Pak Haji.
" Eh mana boleh! Team aku lagi power dari team kau. Kau tak ingat ke dah berapa kali team aku rangkul piala perlawanan mengalahkan team kau? Hahaha.. ". Selamba sahaja balasan Pak Mat terhadap provokasi yang dilontarkan Pak Haji sebentar tadi.
" Sudahlah tu, Pak Mat Pak Haji oii.. sudah jom makan! Kami dah masakkan bihun goreng untuk kita semua ". Leter Mak Mah.
Laju sahaja kaki mereka melangkah ke dapur memandangkan perut memang sedang lapar teramat! Dari tadi sudah macam-macam lagu dimainkan namun tuannya masih tidak makan apa-apa lagi.
Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan. Bihun goreng panas-panas yang masih berasap, yang penuh dengan hirisan udang dan ayam ditambah lagi dengan bau sambalnya yang semerbak boleh buatkan seluruh kampung terpesona.
Mee disenduk ke dalam pinggan masing-masing. Baru sahaja hendak merasmikan suapan pertama, tiba-tiba...
" Tumpang tanya, boleh Yaya tahu kenapa Yaya ada dekat sini? ".
Soalan gadis itu benar-benar membuatkan seluruh ahli rumah terdiam. Ya, dia menyebut namanya sendiri. Y.A.Y.A ! Ini bermakna, ingatannya sudah kembali!
Dengan spontannya, Mak Mah dan Mak Hajah terus memeluk erat gadis itu. Alhamdulillah, siapa sangka usaha mereka selama ini membuahkan hasil. Akhirnya mereka dapat pulang ke rumah keluarga masing-masing yang sudah tentu amat menanti akan kepulangannya.
Sedang mereka asyik bersorak gembira dengan ingatan Yaya yang sudah kembali. Terdengar suara seorang lelaki berdehem.
Ehem!
Kepala dipusingkan ke arah suara garau itu. Terbuntang matanya melihat susuk tubuh yang kini berada dihadapannya itu.
" Abang?! "
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?