Aku membuka mataku perlahan-lahan. Terlihat di celah langsir yang terselak langit luas yang bertatahkan bintang dan awanan yang masih kelihatan gelap dan sedikit berkedipan di malam hari yang indah ini. Nafas aku dihela, aku terlalu bingung untuk menerima takdir yang telah disuratkan. Seperti terasa baru hari semalam aku bergelak tawa tersenyum gembira bersama Syahir. Namun hari ini, aku kembali bersendirian tanpa teman mengharungi hari-hari akan datang. Air mata yang mengalir aku seka. Masih menggagahkan diri untuk kekal kuat demi diriku sendiri. Aku tidak pernah berasa selemah ini. Bodohnya aku berduka kerana seorang makhluk yang diciptakan Tuhan Pemilik Cinta. Kini aku sedar, dalam sibuk diri ini mencari cinta yang sejati, aku alpa dengan cinta hakiki yang pasti.
"Ya Allah, andai engkau dengar rayuan hamba-Mu yang hina ini, aku pohon ampun atas segala dosa dan dusta yang telah aku lakukan. Aku tinggalkan engkau saat aku diulit kegembiraan. Aku tinggalkan engkau saat diberi kesenangan dan kasih manusia. Ampunkan aku Ya Allah"
Berderai-derai air mataku jatuh ke bumi. Aku tekad, mulai saat ini aku mahu berubah dan mulai mengenal erti agama dan cinta Si Pencipta. Langkahku diatur ke bilik persalinan lalu kutolak sayu daun pintu almari bajuku. Terlihat hijab yang tergantung kemas di sudut almari yang jelas kelihatan tidak pernah disentuh sejak hari pertama diberikan kepadaku. Buat pengetahuan, ia diberikan Syahir sewaktu hari kelahiranku yang ke-16 mungkin kerana dia tidak tahu aku memang tidak berhijab.
Tudung itu aku ambil lalu disarungkan ke kepala. Terasa sebak dan berasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Aku tidak pernah rasa tenang seperti ini seolah-seolah terasa tubuh kecilku ini dipeluk hangat oleh Tuhan. Aku tekad, mulai saat ini aku akan berubah. Aku tidak mahu seperti yang dulu, bertuhan wang ringgit dan cinta. Ya Allah ampunkan aku.
____________________________________________
"Ya Allah! Dah lambat nak solat subuh!"
Sepantas kilat aku berlari ke tandas untuk mengambil wudhu'. Mana tidaknya terkejut mak nenek bila buka sahaja kelopak mata ini dah pukul 7 pagi. Memang subuk atok gajah lah hari ini. Lantas aku terus membentangkan sejadah dan mula mengangkat takbir. Betul kata orang, jika kita sudah jumpa cinta hakiki kita tak perlu rasa susah untuk beribadah kerana hati ini terasa gian menunggu waktu untuk ber 'dating' dengan Sang Pencipta.
Seusai solat aku menyarungkan dress floral bersama tudung yang telah aku gosok semalam. Biasalah orang excited pertama kali berhijab. Tapi, aku takut macam mana penerimaan papa? Dia okay ke kalau tengok aku bertudung? Dia marah ke nanti? Alah! Tak usah fikirlah banyak-banyak Yaya. Kan Allah selalu pesan siapa yang ikut perintah-Nya pasti dia akan dilindungi oleh Allah. Keyakinan kepada Allah itu yang perlu kukuh dalam jiwa. Langkah ku diatur perlahan menuruni anak-anak tangga. Masih bimbang takut kehadiran aku disedari papa.
"Apa yang terintai-intai tu?"
Bukkk.. aku jatuh tangga akibat terkejut dengan sergahan papa. Kelihatan papa memghulurkan tangan untuk membantuku bangun.
"Itulah.. siapa suruh intai-intai, kan dah jatuh. By the way sayang, anak papa nampak cantik sangat hari ini"
Luluh hatiku mendengar pujian papa. Lahir rasa gembira, lega selepas papa terima perubahan drastik aku baru-baru ini. Seusai bangkit dari kejatuhan, aku dan papa bergerak ke arah meja makan. Sarapan yang telah dihidangkan oleh Mak Yah kelihatan amat menyelerakan hari ini. Almaklumlah, makanan kegemaranku iaitu nasi goreng kampung ala-ala Mak Yah. Eh! sempat pula aku mengelamun pasal nasi goreng. Merepeklah aku ni!
"Yaya, hari ini papa hantar pergi office ya sebab Johan beritahu papa yang dia MC hari ini. Demam katanya" beritahu papa kepadaku yang tengah khusyuk menjamah sarapan.
"Tak payah susah-susahlah papa, yaya boleh drive sendiri ke office sebab tidak silap minggu lepas Johan sudah hantar servis kereta Range Rover itu." Balasku kepada papa.
Aku tidak mahulah susahkan papa. Aku kan sudah berumur 17 tahun, sudah ada lesen pula. Takkanlah masih hendak duduk di bawah ketiak papa lagi kan? Kenalah matang sedikit dari semasa ke semasa. Selesai sahaja menjamah sarapan tadi aku terus bangun dari kerusi dan mencapai beg tangan aku di ruang tamu. Tangan papa aku cium dengan penuh kasih. Macam inilah setiap pagi, seusai sarapan bersama-sama aku dan papa akan berpecah dan pergi ke pejabat masing-masing. Mungkin dalam 5 atau 6 petang kami akan kembali berkumpul di rumah.
____________________________________________
"Alamak, macam haus pulak tekak ini. Kalau dapat minum hot choclate ini mesti sedap kan?" Detik hati aku.
Kereta yang sudah hampir tiba dengan pejabat, aku lencongkan ke arah Kafe Starbucks di persimpangan hadapan. Bukan jauh sangat pun, tidak sampai tiga kilometer pun dari pejabat. Sesampai sahaja aku di Starbucks aku park kereta betul-betul di hadapan pintu utamanya. Nasiblah sewaktu aku tiba, kereta Kancil berundur keluar tempat letak keretanya. Enjin aku matikan lalu aku keluar menuju ke dalam kafe. Aku merenung kosong menu yang digantung di bahagian atas dinding. Masih memilih air mana yang terasa enak di tekak pagi-pagi ini.
"Hello, Good morning miss. May I help you?"
"One hot chocolate please sweetie". tersenyum penjaga kaunter sewaktu aku memanggilnya dengan gelaran 'sweetie'. Apa salahnya bergurau di pagi hari.
Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Terpapar nama Johan di skrin telefon bimbitku. Eh? Tidak salah aku papa beritahu bahawa Johan cuti MC hari ini. Kenapa dia menelefon aku pula? Pelik betul! Aku mengangkat panggilannya dengan pantas.
"Hello, kenapa ni Johan"
"Hello cik, saya lupa nak bagitahu yang Cik kena datang office pagi ini sebab ada meeting dengan marketing management. Pukul 8.30"
Aku menarik lengan bajuku untuk melihat jam tangan yang berada di bawahnya. What?! Sudah pukul 8.15 pagi. Lagi 15 minit sahaja untuk aku sampai ke pejabat. Ish, Johan ini memang hendak kenalah! Cubalah bagitahu aku awal supaya tak adalah aku pergi beratur beli kafe tadi. Dengan pantas duit aku hulur ke penjaga kaunter dan sempat mebisikkan 'keep the change' kepadanya. Memang tidak sempatlah jika aku hendak tunggu wang bakinya. Sepantas kilat aku berjalan ke arah pintu utama untuk keluar dari kafe tersebut. Tanpa memandang depan, BUKK..
"Ya Allah! Saya.. saya.. minta maaf encik"
Aku terlanggar orang. Yang paling teruk sekali air panas aku tumpah keatas bajunya, SEMUA. Ya Allah, kau ini memang teruklah Yaya. Sudahlah lambat ke pejabat, sempat lagi pula hendak buat drama di tengah-tengah kafe ini pula. Aku takut bertentang mata dengan orang yang aku langgar tadi. Aku hanya menunduk ke bawah kerana aku takut dimarahi olehnya. Kalau dia saman aku macam mana? Kalau dia jerit-jerit mengamuk dan lepas itu orang rakam pergaduhan kami lalu jadi viral macam mana? Papa.. tolong Yaya.
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Подростковая литератураMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?