Bab 5

1.3K 26 1
                                    

Kring.. Kring..

Ish! Bunyi apa bising-bising ni? Kacau betullah aku nak tidur. Cubalah bagi ketenangan untuk aku yang baru hendak lelapkan mata ini. Malangnya, bunyi alarm doraemonku masih tidak mahu berhenti. Terpaksalah aku menggagahkan juga diri ini untuk membuka mata mencari punat 'Stop' . Ku rasa sudah bernanah telinga aku mendengar jeritan padu jam locengku. Aku sempat mengerling jarum pada jam locengku. Apa? Dah pukul 11 malam? Alamak, macam mana ini? Ingat tak yang aku sudah janji dengan ustaz untuk teruskan pembelajaran pada malam ini. Nampaknya, adalah insan yang tidur tak lena malam ini dek kempunannya chat dengan buah hati. Sepantas kilat aku mencapai iphoneku di sisi katil. Terkejut aku saat melihat notifications yang masuk. Fuhh.. memang banyak gila. Dan yang paling best, sebab semua dari USTAZ!

Ustaz : Salam Yaya. Busy ke?

Ustaz : Yaya?

Ustaz : Bukan kita dah janji nak belajar sama-sama ke malam ni?

Ustaz : Kalau awak busy takpelah..

Aku menggaru kepala membaca Whatsapp ustaz. Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang bersemangat nak belajar dengan ustaz. Ustaz pun gamaknya tak sabar-sabar nak ajar aku. Ceh.. Gembiralah tu! Apa kata aku mencuba nasib? Manalah tahu ustaz belum tidur, boleh lah aku dan dia chat kan? Astaghfirullah haladzim.. apa kau merepek ni?!

Yaya : Salam ustaz. Maaf saya terlajak tidur tadi. Ustaz dah tidur ke?

Beberapa minit aku tenung wallpaper handphoneku itu. Masih tiada jawapan. Dia dah tidur ke agaknya? Padan muka kau. Melepaslah kali ini nak chat dengan ustaz kesayangan kau. Baik aku sambung tidur sahaja dari tadi. Tiadalah sakit hati sangat kan? Baru sahaja hendak aku lelapkan mata, bunyi ringtoneku berdering. Lantas bibirku mengukir senyuman sampai ke telinga. Biarlah apa orang nak kata, aku ini gatal ke apa ke. Ini hidup aku. Jalan yang aku pilih sendiri.

"Yeay! Dia balas!" Aku melonjak bangun dari katil keriangan.

Ustaz : Tak tidur lagi. Janji nak belajar pukul 9 tadi kan?

Yaya : sorrylah.. yaya tertidur *emoji sedih*

Ustaz : haah.. dah putus dah..

Eh? Apa yang dah putus? Aku ada salah cakap ke? Apa yang hendak ustaz putuskan pulak ini? Kenapa dia tiba-tiba send chat begitu? Risau pula aku.

Ustaz : Eh! Maaf, salah send pulak.

Yaya : Oh tak pe.. by the way, apa yang putus ni?

Ustaz : Tunang

WHAT?! TUNANG?! Kau faham tak perasaan aku waktu itu. Crush yang aku hadap chat tiap-tiap malam ni dah bertunang. Aku ingat aku yang istimewa bagi dia, tapi aku salah. Dia tak nampak ke aku yang sanggup layang dia tiap-tiap malam. Aku sanggup ketepikan kerja aku demi nak luang kan masa dengan dia. Oh lupa.. aku hanyalah budak hingusan biasa yang dia pun tak kenal di dunia realiti. Aku menarik nafas lantas ber'istighfar'. Tidak mengapalah, mungkin sudah tertulis yang ustaz bukan jodoh aku. Aku menguatkan diri untuk bertanya.

Yaya : Tunang?

Ustaz : Ya. Tapi dah putus.

Yaya : Kenapa? Ustaz suka-suka je nak putus. Ustaz tau tak macam mana perasan perempuan kalau lelaki suka-suka je batalkan tunang.

Alamak! Ter'over' pulak marah ustaz. Ni semua salah akulah yang letak harapan sangat dengan ustaz. Kan dah bagaikan menangis di tepi tangga dah ni.

Ustaz : Tiadalah. Saya cuma nak bagi ruang dia nak belajar. Itu sahaja.

Yaya : Oh begitu rupanya..

Ustaz : Nak dengar cerita macam mana saya boleh jumpa tunang saya?

Perghh.. Dia boleh tanya aku sama ada aku nak dengar cerita macam mana dia jumpa tunang di pulak. Dia tak tahu ke hati aku di sini dah membara-bara lepas tau dia dah bertunang. Tak ada common sense betullah mamat ni!

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now