Part 19

874 14 2
                                    

Sayu dingin malam menyapa tubuhku. Kelopak mata yang masih berat namun digagahkan juga agar terbuka. Terlihat sekujur tubuh wanita yang sungguh indah rupanya sehingga tidak terungkap dengan kata-kata.

Jujur, ini kali pertama aku melihat aurat dan maruah yang selama ini dilindungi oleh isteriku. Benar ajakan Islam kepada umatnya, perkahwinan yang benar-benar berlandaskan Islam itu sungguh indah. Kegembiraannya bagaikan kau memiliki sebentuk permata yang selama ini dijaga rapi oleh tuannya dan hanya kau yang bisa memilikinya di seluruh dunia.

Rerambut ikal mayangnya yang menutupi separuh wajah Aisyah Zulaikha aku selitkan di belakang cuping telinga kecilnya itu. Lantas galak jari telunjukku bermain-main dengan kening dan hidungnya yang mancung itu. Terasa kulitnya yang mulus bak bayi yang disapukan losyen Johnson setiap hari.

Anganku terhenti apabila rangkulan Aisyah Zulaikha semakin erat memeluk pinggangku. Syok betul isteriku tidur ya! Mungkin penat semalam memastikan walimatul urus berjalan dengan lancar masih belum terlunas lagi.

Kini matanya pula dilarikan ke arah jam dinding yang terletak di sisi bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi dan sebentar lagi pasti azan Subuh akan berkumandang.

"Sayang..". Bisik Danny sayu di telinga isterinya.

Masih tiada balasan dari isterinya. Nyenyak benar tidurnya malam ini.

"Sayang.. bangunlah..".

"Hmmm..". Balas Yaya ringkas.

"Hmm je? Sayang bangun please, kalau tak abang cium sayang".

"Okey.. okey Yaya bangun. Gatal lah abang ni!"

"Eh? Di cakap kita gatal? Dia yang over peluk kita tak lepas-lepas tak sedar diri."

Terus terasa cubitan pedih dari Aisyah Zulaikha yang singgah di lengannya yang berotot itu dek kerana usikannya tadi. Tapi memang aku tak tipu, cubitan isteriku ini sakitnya serupa libasan malaikat tahu tak! Aku rasa dia berguru dengan permaisuri ketam agaknya. Hihi..

"Ala sayang.. jangan marah". Pujuk Syahir Danny.

"Blueekk! Tak nak layan!" Rajuk isterinya sambil berpeluk tubuh lalu mencapai tuala menuju ke tandas.

Sementara menunggu isteriku mandi dan mengambil wudhu' , aku mengambil inisiatif untuk menyiapkan perkakasan untuk solat berjemaah sebentar lagi. Sejadah aku bentangkan ke arah kiblat manakala telekung isteri kesayangan aku letakkan di kaki katil.

Pintu tandas dikuak perlahan oleh Aisyah Zulaikha dan kemudian mempamerkan isterinya yang hanya memakai rob mandian merah. Fuh.. sungguh menggoda!

"Sayang.." Ucap Danny mendayu-dayu.

"Nampak ni penumbuk! Jangan gatallah abang, pergi mandi!" Balas Yaya sambil menggenggam buku limanya ke arah Danny.

________________________________

"Assalamualaikumwarahmatullah"

Selesai solat Subuh, Danny sebagai imam mengetuai zikir-zikir munajat kepada Allah dan Rasulullah. Aisyah Zulaikha yang berada duduk bersimpuh di belakangnya turut terkumat-kamit berzikir.

"Alhamdullillah.. selesai juga kita solat Subuh berjemaah". Terukir senyuman manis dari bibir suami tercinta.

Sungguh tersentuh hati ini apabila seorang lelaki yang dulu dirasakan cinta monyet akhirnya benar-benar menjadi imam kepada solatnya dan sentiasa mengingatkannya kepada Islam dan Sang Pencipta. Terima kasih Allah!

"Abang.." ucap Aisyah Zulaikha sayu.

"Kenapa Sayang? Ada apa-apa ke yang tak kena?" Balas Danny cuak melihat raut isterinya yang bersedih.

"Abang takkan tinggalkan Yaya kan?" Soal Yaya sambil menggenggam telapak tangan suaminya.

"Kenapa sayang cakap macam ni? Mestilah takkan. Abang dan Sayang akan bersama selama-lamanya hingga ke Jannah".

"Tapi, kalau kita terpisah macam mana?"

"Ingatlah wahai isteriku yang sentiasa dibawah lindungan Allah, jika ada tertulis coretan takdir kita berdua, walau ribut dan badai menimpa, kita pasti akan dipertemukan jua". Balas Danny sambil mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

Entah mengapa isterinya bertanyakan soalan begitu. Apa yang sedang bermain di kotak minda isterinya juga tidak dapat diteka. Risau juga takut ada hal yang mengganggu ketenteraman isterinya kesayangannya itu.

Telekung yang masih tersarung di badan isterinya ditanggalkan dengan rapi. Lantas, sejadah dilipat lalu disangkutkan di kaki katil. Isterinya yang kini sedang berada di hadapan meja solek asyik menyikat rambutnya yang ikal mayang. Lalu, telefon pintarnya dicapai dari meja sisi di tepi katil.

Along : Salam Yaya, Danny, kejap lagi Along nak datang tau. Pastikan masak yang sedap-sedap!

Tertawa kecil aku membaca pesanan ringkas dari abang sulung isteriku yang senang dipanggil Along tadi. Sungguh hubungan Along dan Aisyah Zulaikha amat rapat. Boleh diperumpamakan seperti belangkas kerana ke mana sahaja mereka pergi pasti bersama.

Aku teringat lagi sehari sebelum perkahwinan aku dan Aisyah Zulaikha, Along sanggup ke rumah keluargaku untuk bertemu empat mata dengan bakal suami adik kesayangannya itu. Habis masak aku dihujani dengan pelbagai soalan cepumas.

"Kau ke yang nak kahwin dengan adik aku?" Soal Along dengan nada yang agak kasar.

"Ya bang, esok kami dah nak nikah dah" balas Danny yang gaya agang acah-acah macho.

"Ye la.. itu aku tau. Ni aku nak tanya kau ada awek tak sebelum ni?"

"Bukan awek tapi tunang. Tapi dah putus dah. Itu semua cerita lama."

"Okey bagus! Aku suka orang yang jujur macam kau! By the way, tahniah sebab esok dah nak jadi suami Aisyah Zulaikha. Jangan nervous sangat tau, aku jadi saksi kau esok. Kau gagap je aku cancel akad nikah. Hehe.." seloroh Along lalu menepuk-nepuk bahuku.

"Eh jangan macam tu bang. Tapi, terima kasih bang sanggup datang jumpa saya. Buat susah-susah je"

"Mestilah demi Aisyah Zulaikha aka adik kesayangan paling manja intan payung semualah! Dan.. kau boleh panggil aku Along okey? Welcome to the family."

"Terima kasih Along". Ucapku lalu mengakhiri perbualan kami dengan satu pelukan yang erat.

Kasih sayang Along yang teramatlah tinggi terhadap isteriku langsung dapat dilihat pada dirinya. Aku mencemburui Along kerana dia merupakan seorang lelaki yang benar-benar serius dan berani dalam mencintai sesiapa sahaja terutamanya keluarganya sendiri.

"Abang.. termenung apa tu lagi? Jom turun". Ujar Aisyah Zulaikha sambil mengusap lembut pipi suaminya.

"Mana ada abang termenunglah sayang.. Jom turun sebab sekejap lagi Along nak datang!"

"Ye ke?! Yeay! Cepat turun bawah sebab saya nak masak makanan kegemaran Along. Jom!" Ujar Aisyah Zulaikha yang keriangan lantas menarik genggaman tangan suaminya.

"Baik-baiklah sayang nanti jatuh baru tahu!"

"Biarlah saya jatuh, sebab nanti saya jatuh ke hati awak jugak!" Seloroh isteri comelnya itu.

"Main-main eh!"

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now