Part 8

959 20 0
                                    

"Anak okay nak?"

Eh? Encik yang aku langgar tadi tak marah ke? Fuhh.. nasib baik dia chill sahaja. Cubalah bayangkan macam mana jika dia mengamuk, tidak ke malu aku berdiri di khalayak ramai ini tadi.

"En.. encik okay?" soalku gagap.

"Uncle okay. Anak okay tak?" balasnya dengan tenang.

Aku mengangguk perlahan tanda aku masib lagi sedar dan waras selepas kejadian ini berlaku. Lalu, aku cuba mengambil tisu dan mengelap air coklat yang hampir kesemuanya tumpah diatas bajunya tadi. Langkah aku terhenti apabila pakcik tadi berkata.

"Tak apa. Mari sini uncle buat, tak elok bukan mahram sentuh"

Merah padam muka aku sewaktu kenyataan sebegitu dilemparkan kepada aku. Maklumlah, aku ini baru sahaja berjinak-jinak dengan Islam. Masih fakir lagi selok-belok berkaitan agama ini. Lamunanku terhenti apabila bahuku di sentuh oleh seseorang. Rupa-rupanya gadis penjaga kaunter di kafe ini yang melayan aku tadi.

"Cik dan encik okey ke? Ada kecederaan ke?"

"Saya tiada" balas aku dan uncle tadi serentak.

"Tak apalah nak, perkara nak jadi. Uncle pergi dulu lah ya" balas lembut lelaki yang berumur hampir separuh abad namun masih kelihatan segak berpakaian seperti koporat.

"Encik! Sekejap"

"Panggil saya Uncle. Uncle Adi"

"Oh.. okey Uncle Adi. Ini kad bisnes saya. Supaya senang nanti kalau uncle ada nak claim ganti rugi ke apa. Dan lagi satu.. Boleh saya dapatkan kad bisnes uncle?"

Lelaki tadi menghulurkannya kepadaku lantas bergerak keluar dari perkarangan kafe. Sejujurnya memang aku tidak menyangka aku akan berjumpa dengan lelaki sebaik Uncle Adi tadi. Lihatlah, walaupun sudah terang lagi bersuluh, bajunya kerjanya yang kemas itu telah aku cemari dengan air coklat panas. Itulah.. siapa suruh main telefon sambil berjalan. Kan sudah langgar orang dibuatnya.

___________________________________________

Hari ini merupakan hari yang amat panjang buat aku. Setibanya aku di pejabat, aku terus menyertai mesyuarat bulanan syarikat. Selepas itu, pada waktu tengahari pula aku makan tengahari di Hotel Hilton bersama pelabur baharu yang datang dari China. Kemudian, sebelum balik aku melawat kilang aku yang sudah hampir setahun beroperasi namun aku tidak pernah sempat untuk melawatinya dan melihat keadaannya. Alhamdulillah, dengan bantuan para pekerja yang sistematik dan komited, perniagaanku berjalan dengan lancara walaupun kadangkala ada juga masalah yang melanda.

Aku mencampakkan diri ke atas sofa empuk di ruang tamu. Inilah rutin harianku seusai pulang dari kerja. Beg tanganku aku buka bagi mencari kad bisnes Uncle Adi yang aku langgar siang tadi. Aku merenung teliti kad yang diserahkan padaku pagi tadi. Mata aku lantas tertancap pada nama syarikat yang berkemungkinan dimiliki oleh Uncle Adi tadi. 'Uhud Holdings' bukan nama yang asing di dalam bidang keusahawanan di negara Malaysia ini. Syarikat ini sedang giat melakar nama di persada antarbangsa dengan mengeksport makanan segera citarasa Melayu asli yang halal ke serata dunia.

"Termenung jauh anak papa ini. Kenapa, ada masalah ke?" soal papa sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

"Tak ada apa-apalah.. Papa awal balik hari ini. Tak busy ke?" soal aku memerli. Padahal papa selalu sahaja balik awal. Lebih kurang jam 5 atau 6 petang memang kereta papa sudah terpacak di halaman rumah.

"Eh.. eh.. suka hati sahaja perli papa. Yaya itu yang akhir-akhir ini selalu balik lambat kenapa? Banyak sangat ke kerja di pejabat itu"

Aku hanya mengangguk perlahan sambil mempamerkan muka kesian dihiasi dengan kepenatan. Kepala aku yang sudah berat ini aku labuhkan di bahu papa. Jujur aku katakan, memang penat berkerja seharian di pejabat. Namun, aku lakukan itu semua kerana aku ingin melupakan cinta tidak berbalas aku dahulu. Ustaz Syahir. Nama yang kian hilang dari diri aku. Nama yang hari-hari aku kikis sedikit demi sedikit walaupun sakit. Aku harus menerima suratan yang telah ditulis oleh Tuhan buat aku ini. Memang bukan takdir kita. Tetapi aku masih berpegang pada prinsip hidupku, jika ini coretan takdir kita, walaupun badai dan ribut yang menimpa, kita pasti bersama.

Aku membuka mata perlahan. Berat sungguh kelopak mata ini mahu diangkat. Terasa kepala ini berdenyut perlahan. Biasalah, aku memang tidak pandai tidur petang. Jika tertidur, pasti terasa macam hendak demam. Pelik kan? Tapi itu tidak penting. Yang pentingnya ialah dah pukul berapa ini?! Jam di pergelangan aku kerling, kelihatan pukul 7.59 malam. Ya Allah.. aku tak solat Maghrib lagi. Sepantas kilat aku berlari ke kamar tidurku. Air wudhu' aku angkat lalu tikar sejadah dibentangkan. Nasiblah sempat solat walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa. Seusai sahaja aku memberi salam, kedengaran suara pak lebai masjid melaungkan azan. Nafas berat dihela tanda lega.

Lamunanku terhenti sewaktu telefon bimbitku berdering. Siapa pula yang menelefonku malam-malam ini? Sudahlah nombor yang tidak aku kenali. Entah-entah orang salah nombor agaknya. Aku ketawa sendirian. Butang 'answer' yang terpapar luas di skrin aku tekan perlahan lantas mendekatkannya ke cuping telinga.

"Assalamualaikum" ucap aku dengan lemah lembut.

"Haha..haha.." balas pemanggil yang masih tidak menjawab salam yang aku beri tadi.

"Awak ini siapa ya? Sudahlah telefon saya malam-malam buta, selepas itu salam saya pun tak jawab. Ada hati awak nak gelakkan saya?!" Balas aku dengan tegas biar tertusuk di dalam kalbu pemanggil yang cuba mempermainkan aku.

"Waalaikummussalam sweetheart. Ini Raudhah lah. Raudhah Alia Tan Sri Zaidi."

"Ya Allah Raudhah! Kau ni suka main-main tau. Dari dulu tak berubah, suka kenakan aku kan?" Ucap aku yang kedengaran seperti sedikit merajuk.

"Alolo.. aku gurau saja. By the way, aku sudah balik Malaysia minggu lepas cuma aku lupa hendak jumpa kau. Hari ini baru teringat"

"Hari ini baru ingat! Jahat! Merajuklah macam ini." balasku lemah seperti tidak berminat dengan perbualan ini.

"Aku gurau sahajalah! Semalam bari penerbangan aku tiba dari Jordan. Kau kawan pertama yang aku telefon tau. Yang lain semua tak tahu lagi kepulanganku. Sebenarnya aku telefon kau ni sebab aku mahu ajak kau ke satu majlis. Majlis qasidah di kolej tempat Along belajar. Kolej Islam An-nur. Jom pergi esok!"

Aku setuju dengan cadangan Raudhah untuk menyertainya esok di Kolej Islam An-Nur. Cuma.. kenapa aku rasa macam tidak sedap hati ya? Seperti ada yang aku sesuatu yang aku lupa namun masih gagal mengingatinya. Tidak kisahlah! Kita tunggu esok apa yang bakal berlaku. Tak sabarnya esok!

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now